Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua... raya kali ni agak syahdu skit sebab aku tak dapat balik kampung sebab cuti sehari je. Jumaat dan Sabtu memang aku kena kerja.. bertambah sadis dibuatnya...
So untuk merasai nikmat beraya walaupun tak dapat balik raya, aku dengan penuh semangat waja masak jugalah juadah raya seringkas adanya... biasa biasa je.. walaupun tak buat sate goreng, rendang daging, mahupun sambal jawa tapi cukuplah sekadar yang termampu walaupun tak sesedap masakan mak...
Dan inilah hasilnya....
Nasi Impit Segera... hajat hati nak je buat ketupat, tapi kat sini mana nak cari daun kelapa? Lainlah kalau kat kampung, senang je nak dapat... tak payah susah payah mencari.... |
Rendang Ayam.. mula2 ingat macam nak buat rendang daging, tapi tak sempat pula nak pegi pasar cari daging segar. Ermmm.. ayam pun ayamlah... sedap jugak... hehe! |
Kuah Lodeh... Tapi biasanya kuah lodeh ni aku dengan asben aku je la yang makan.. budak2 taknak makan, sebab sayur.. lebih2 lagi si Ainul tu yang memang dari kecil takutkan sayur. |
Tapai Pulut. Tapai ni aku dah buat sejak dua malam lepas.. pagi ni baru keluarkan dari peraman... Alhamdulillah.. sedap.. |
Tetiba teringat pulak kisah petang semalam perbualan aku dengan mak kat telefon :
Aku : salam mak.. akak ni.. mak tengah buat apa tu??
Mak : mak dengan dalia ni... tengah masak..
Aku : dengan dalia????
Mak : aah.. dengan dalia...
Aku : dengan dalia?????
Mak : aaahhhhhh... mak dengan dalia la ni kat dapur tengah masak... (sambil gelak2)
Aku : waaaaaaa mak perli akak ni tak balik raya....!!! sob sob sob!
Mak : (gelak besar)
3 comments:
salam aidiladha.. saya pun tak balik kampung, hari ni kena kerja lagi.. nampak sedap semua juadah..
Salam Aidiladha 1436H :)
Salam Aidiladha juga ya.. :)
Catat Ulasan