Assalamualaikum wbt
Kelmarin (Selasa) aku ke Hospital Besar Melaka untuk menziarah anak kepada seorang anggota trafik, Encik Poasa yang dimasukkan ke ICU kerana menghidap penyakit SLE. Norfaezah Binti Poasa. Baru berumur 22 tahun. Aku pergi bersama 3 yang lain. Jah, Seha dan Samsun dengan menaiki kereta pasukan.
Simpati kat keluarga pesakit. Tapi apa yang kami mampu lakukan.. hanya mampu memberi sokongan moral kepada ahli keluarga dan juga doa.
Semoga beliau cepat sembuh dan meneruskan kehidupan seperti sediakala. In Shaa Allah.. Amin..
Sebenarnya, terlalu banyak cerita yang diceritakan oleh ibunya.. luahan rasa tentang kawan kawan dan bekas tunang faezah.... sampai bila aku dah balik pun aku dan ibu beliau masih lagi bercerita di whatsapp.. ianya terlalu peribadi untuk aku ceritakan kat sini.
gigih Seha beratur |
Yer la yerla Jah oiii.. tak pah nak tayang sangat coconut shake ko tu... |
Amboi abam polis merangkap artis sendu yang selalu kuar kat tv berlakon jadi polis.. beria ko sedut coconut shake tu yer.. aku kat sebelah ni menahan rasa jer.. |
0 comments:
Catat Ulasan