Assalamualaikum wbt...
Pagi ni kat tempat kerja aku ada program gaya hidup sihat. Senamrobik start pukul 6.45am... so, memang aku tak masak la untuk bekalan aku kat ofis nanti. Tak larat plak, petang semalam pergi zumba, so malam tadi memang tidur lena la... nak bangun pagi pun rasa malas apatah lagi nak masak.
So... lepas senamrobik tadi bff aku kata OC ajak makan ramai2 kat restoren Maju Maju. Ermm... sarapan kat sana jer la...
Ni la menu sarapan aku hari ni... telur separuh masak... dan ketiga2 gelas kat belakang tu akulah yang empunya... sekali minum je abis 3 gelas air suam. Sedapppp... haha! |
Ok. Gambar gambar kat bawah ni gambar aktiviti senamrobik kami pagi tadi... semput mak! Esok IPD SJ anjurkan program hiking pulak kat Bukit Gasing. Harap2 badan aku tak sakit2 la esok.. hehe!
0 comments:
Catat Ulasan