Entah kenapa aku makin jatuh cinta dengan aktiviti outdoor ni lebih lebih lagi aktiviti mendaki. Betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta.. Iya kan?? walau bersusah payah macamana sekalipun, walau penat, tapi bila kita lakukan sesuatu yang kita suka, hilang semua rasa kepenatan tu.
Ni cerita Bukit Broga 3.0... Alkisah aku nak panjat Gunung Ledang tapi tak sempat nak bina stamina. Nak curi2 masa pun susah, jadual padat (sangat). Akhirnya sehari sebelum mendaki Gunung Ledang, aku dengan asben buat keputusan untuk panjat Bukit Broga... boleh la jugak untuk meregang2kan otot yang semakin manja dan mengada2 ni... haha!
Tapi Ya Allah... aku nak sampai ke puncak pertama tu pun dah rasa macam semput semcam. Ye la.. muatan berat kannnn... berat naik mendadak ni... aduhai... risau jugak ni esok dah nak panjat Gunung Ledang... Boleh ke idok ni???
dengan encik asben... |
tengok orang kat belakang tu... pewai lain macam!! hehehe |
0 comments:
Catat Ulasan