Assalamualaikum wbt...
Kalendar Puasa Wajib dan Sunat untuk tahun 2019.
Kalau tidak dapat sedikit insya-Allah banyak lebih baik
Puasa sunat dan wajib tahun 2019 ada 154. Jika dicampur dengan Puasa Syawal 6 hari tidak termasuk dengan puasa-puasa sunat yang lain, kita boleh berpuasa selama 160 hari.
Ini bersamaan dengan 43% setahun.
Kajian barat menunjukkan bahawa puasa seperti umat Islam adalah yang terbaik untuk fizikal, mental dan spiritual. Sehari berpuasa bersamaan dengan 10 hari detox.
Pesan Nabi, selepas berpuasa bulan Ramadhan, ditambah dengan puasa 6 hari di bulan syawal seperti berpuasa setahun.
30 hari ramadhan + 6 hari syawal = 36 hari.
Setahun = 365 hari
365 bahagi 36 hari = 10 hari
Jadi 160 hari berpuasa untuk tahun 2019 bersamaan dengan 1,600 hari detox = 4.3 tahun detox.
Kuncinya puasa beribadah kepada Allah, dan kebaikannya berganda-ganda. Tambahan pula banyak makanan dan minuman tidak sihat yang kita ambil, meningkatkan potensi sakit akut.
Ya Allah
kurniakanlah kami rezeki yang mendekatkan kami kepadaMu
jauhilah kami rezeki yang kami mengkufuri nikmatMu
Ya Allah
Lorongkan kami untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik dari sebelumnya
Sesungguhnya Engkau sahaja yang dapat menunaikan hajat kami
Amin YRA
Kredit:
Ihsan Husainy Hasbullah
Ketua Lajnah Belia & Riadah
Masjid Al Husna Bandar Sunway 2017-2018
Via :FB Jawatan Kosong Sektor Kerajaan
0 comments:
Catat Ulasan