Assalamualaikum wbt
Kehilangan yang tidak disangka. Selama ni abah mentua aku ni sihat walafiat, susah sangat abah nak sakit, apatah lagi demam biasa. Abah kuat, jaga mak mentua aku yang bedridden sejak 2017.. Abahlah yang uruskan mak, mandikan mak, tukarkan baju mak... abah masak, kemas rumah malah abah jaga anak-anak adik ipar aku yang masih kecil. Abah yang hantar dan jemput cucu-cucu pergi dan balik sekolah.
Tapi bila abah demam, jadi berlarutan. Tapi abah memang tak suka pergi hospital. Akhirnya berjaya juga pujuk abah untuk ke hospital, itupun selepas demam abah tak kebah.
Tapi abah tak lama kat hospital. Rupanya abah ada sakit jantung.. Sedih sangat. Bila suami aku bagitau yang abah masuk hospital, aku terus balik Kota Tinggi dari Subang. Kebetulan abah dan mak aku dari Segamat pun dah on the way datang Kota Tinggi.
|
barai muka aku dari Subang terus ke Kota TInggi, drive sendiri. |
|
Malam hari yang aku sampai tu, data perkhabaran yang abah tak ada. Sedih rasa. Abah seorang yang baik, semua orang senang berkawan dengan abah. |
|
Kesian Koreng.. Tercari2 dia abah. Tak lama lepas tu, Koreng hilang tak tahu ke mana... |
|
Selamat Jalan Abah.. Abah mentuaku yang tersayang... |
Update: Selepas genap 103 hari abah mentuaku pergi menghadap Ilahi, ibu mentuaku pula menyusul pada 4/7/2023.. AlFatihah buat keduanya...
0 comments:
Catat Ulasan