Sahabat

Halaman

06 Januari 2011

Gelanggang Generasi Baru

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 06, 2011 0 comments

Sumber: KosmoOnline





Anugerah Juara Lagu (AJL) kembali lagi. Apabila AJL yang kini masuk edisi ke-25 kembali, isu yang hangat diperkatakan adalah tentang siapa yang bakal menjadi juara. Maka berderet juga ramalan dan teka teki tentang 14 buah lagu yang dipertaruhkan.
Menariknya edisi kali ini. tiada penyanyi senior seperti Datuk Siti Nurhaliza, M.Nasir atau Ziana Zain misalnya beraksi di pentas final.
Seperti mana berjalan roda, begitu juga final AJL apabila semua 14 penyanyi yang bertarung merupakan penyanyi generasi baru.
Malah menariknya juga, separuh daripada peserta bukan sekadar menyanyi, sebaliknya mereka merupakan komposer dan penulis lirik terhadap karya yang dipertandingkan.
Ramai yang meramalkan Hanyut dan Selamat Malam milik Faizal Tahir akan menjadi juara. Namun tidak kurang juga yang berasa Drama King milik Meet Uncle Hussain tidak terlepas akan membuat kejutan kerana keunikan yang ada pada karya tersebut.
API, gabungan anak-anak muda berbakat besar yang mempertaruhkan lagu berjudul Pelita turut diberi perhatian sebagai lagu yang akan membolosi gawang juri untuk menumpaskan 13 lagu lain.
Juga, prediksi terhadap lagu-lagu lain yang menjadi kegemaran dan selera masing-masing turut dilihat mempunyai potensi untuk menang pada malam anugerah yang bertemakan pemetaan muzik yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Sengaja mengajak bijak pandai industri seni berkongsi persepsi dan prediksi mereka, penulis lirik tersohor, Habsah Hassan, penyanyi Misha Omar dan komposer Azmeer menumpahkan pandangan mereka.

YUNA beraksi kali kedua di pentas AJL.



Bagi penulis lirik popular, Habsah Hassan, dia hanya mampu memberi pandangan rambang tentang lagu-lagu bertanding. Tidak adil untuknya meramal karya bakal dijulang gelaran terbaik pada anugerah mencecah usia setengah abad itu.
“Kalau hendak kata, 14 lagu yang bertanding ada kekuatan masing-masing. Setiap daripada mereka ada peluang sama rata untuk menang. Yang pasti, pada malam itu, penyanyi akan diadili menerusi kreativiti, keaslian, penghayatan dan vokal semasa persembahan.
“Saya memandang semua lagu tersenarai pada peringkat akhir ini sebagai subjektif. Lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam itu sudah popular dan ada kelainan. Cuma, tinggal lagi, kami selaku juri ingin menilai mana satu paling berkualiti,” jelas Habsah berpendirian enggan berat sebelah.
Bagi penggubah lagu berpengalaman, Azmeer, semua yang bertanding pada AJL 25 dianggap sama hebat sehingga ketara setiap lagu tidak memiliki jurang perbezaan jauh antara satu sama lain. Mudah diungkap, 80 peratus lagu dipertandingkan dilihat ada ‘kuasa’ masing-masing.
“Saya dapati, 10 daripada 14 lagu menduduki senarai akhir ini ada peluang untuk bergelar pemenang. Justeru, sesiapa saja boleh jadi juara AJL 25. Berbanding zaman AJL lalu, lagu Isabella, Sekadar Di Pinggiran atau Tanya Sama Itu Hud-Hud dapat dirumus sebagai lagu-lagu hebat.
“Lagu bertanding lain hanya menyokong atau berada dalam kelas A- atau B. Tetapi, AJL 25 menyenarai karya-karya berkualiti sehingga sukar menentukan mana yang boleh diangkat sebagai juara,” luah Azmeer.

Meet Uncle Hussain dan Drama King punya kekuatan tersendiri.


Berada dalam liga sendiri, penyanyi popular, Misha Omar, 29, tidak ketinggalan berkongsi prediksi. Dia berpendapat Drama King nyanyian Black bersama Meet Uncle Hussain atau Pelita (A.P.I) bakal bergelar juara AJL.
“Saya nampak dua karya ini didatangkan dengan idea segar. Terus terang, saya buat ramalan ini selepas mengetahui kekuatan Drama King dan Pelita secara keseluruhannya. Malah, susunan lirik dalam dua lagu ini juga bagus,” jelas Misha.
Tidak ketinggalan, penyanyi yang hampir sedekad bergelumang dalam lapangan seni itu sempat menasihati finalis AJL 25 agar bersedia sepenuhnya bagi mengadakan sebuah persembahan bakal diingati hingga bila-bila oleh peminat.
“Bukan mudah kelibat kita dapat dilihat di atas pentas AJL. Ambil peluang ini menonjolkan persembahan terbaik apatah lagi Shahir, Adira dan Ana Raffali yang pertama kali bertanding,” saran Misha buat anak seni pelapis.
Debaran Black, Adira
Dua nama ini, Black dan Adira masing-masing tidak mampu menyembunyikan debaran berada di padang AJL 25 selang beberapa hari lagi. Biar Black pernah berdiri di atas pertandingan sama tahun lalu, hakikatnya, anak muda itu masih dihantui kegentaran bersaing dengan penyanyi lain.
Mengungguli kategori Vokal Terbaik pada AJL 24 menerusi lagu Aku Rindu Sayang Kamu, Black atau Hanifah Md. Hanafiah akan mendendangkan dua lagu - Sofea Jane dan Drama King bersama Meet Uncle Hussain pada malam akhir AJL nanti.
“Kedua-dua lagu ini memberi tekanan kepada saya. Sofea Jane dan Drama King masing-masing punya kesukaran untuk dinyanyikan. Stamina saya sebelum sampai AJL 25 kena kuat. Kerana itu, saya terus bermain bola sepak dan bersenam bagi menambahkan tenaga dalam badan.

RAMAI yang meramalkan Faizal Tahir dengan Selamat Malam dan Hanyut akan menang besar pada AJL 25.



“Bercakap soal harapan, saya percaya setiap penyanyi yang bertanding mahukan lagu masing-masing menang. Sama hal dengan saya. Kalau boleh, dapat sangkut satu lagu, ia sudah menggembirakan hati saya,” jelas Black yang telah bersiap sebanyak 50 peratus untuk ‘berperang’ di AJL 25.
Anak muda berusia 23 tahun itu turut membuat ekspektasi bahawa Faizal yang mempertaruh dua lagu dan Adira berpeluang cerah membawa pulang trofi AJL 25. Itu bulat kata hatinya sementelah mengetahui lagu Hanyut, Selamat Malam dan Ku Ada Kamu memiliki kekuatan sendiri.
“Semua tahu kehebatan vokal Faizal ditambah lagu Hanyut dan Selamat Malam dilihat seperti memenuhi kriteria lengkap bagi diumum sebagai juara AJL 25. Tidak hanya itu, Ku Ada Kamu dendangan Adira juga boleh mencipta kejutan pada malam itu,” terang Black sambil membahas hujahnya.
Sementara itu, Siti Adira Suhaimi atau nama pentasnya Adira yang baru pertama kali melangkah kaki di gelanggang gah AJL mengaku hatinya bercampur baur pada waktu ini - gembira dan gementar untuk bersaing dengan deretan nama besar dalam industri seni tanah air.
“Lantaran itu, saya kena berusaha lebih kuat untuk memastikan dapat buat yang terbaik pada malam AJL 25. Semua lagu dipertandingkan tidak dinafikan, ada kekuatan dan keistimewaan sendiri. Untuk lagu Ku Ada Kamu, saya dapati, ia diperkuatkan dengan jalinan melodi dan liriknya.

BUCKFACE tercalon melalui Extravaganza.



“Sebagai pendatang baru, saya akui merasai sedikit tekanan berbanding penyanyi lain apatah lagi tidak pernah membabitkan diri dalam AJL. Kalau tidak mempersiap diri dengan sebaik mungkin, saya barangkali boleh mengecewakan sokongan daripada peminat.
“Sekarang, saya tengah giat berlatih vokal bagi memastikan diri dapat menterjemah lagu Ku Ada Kamu dengan jayanya. Selain itu, saya bakal memperlihat gimik tertentu kelak. Kalau hendak tahu, kena tunggu dan lihat sendiri,” luah Adira awal-awal lagi optimis soal menang atau kalah.
Mengulas tentang signifikan AJL menerusi kaca matanya sebagai penghias baru di laman seni, gadis berusia 19 tahun itu memberitahu, ia dapat memberi pendedahan meluas kepada artis baru sepertinya untuk lebih menonjol dan dikenali masyarakat berbanding sebelum ini.
“Saya lihat AJL sebagai platform terbaik untuk membantu menaikkan populariti artis dan penggiat seni lain seperti komposer dan penulis lirik. Pada waktu sama, saya dapat berhimpun dengan penyanyi lain di bawah satu bumbung sambil bertukar ilmu dan belajar benda baru,” ujar Adira.

Shahir: Tak Ulang Kesilapan

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 06, 2011 0 comments


SHAHIR menyedari impak 'kehilangannya' memberi reputasi kurang baik kepada dirinya, namun dia berharap dengan penjelasan yang diberi, dirinya masih diberi peluang.




SUSUN katanya teratur. Kadang-kadang ada bicara yang tersekat pada rongga dan paling banyak yang dilakukan bekas juara Akademi Fantasia 8, Shahir, adalah tersenyum.



Diasak dengan pelbagai persoalan, dia masih tenang. Nada suaranya kendur dan sesekali nafasnya dihela panjang dalam sembunyi segaris senyuman. Namun bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukannya pada hujung 2010, dia tidak gentar berdepan realiti.



“Apa yang telah berlaku sekitar bulan Oktober tahun lalu adalah satu ujian yang penuh hikmah buat saya. Selepas diberitahu saya sakit, malah disyaki menghidap kanser hati, saya dalam dilema.



“Saya masih muda dan ia adalah soal hidup dan mati. Itu punca yang membuatkan saya menyepi sebentar,” katanya berulang kali.



Realitinya, selepas menjalani pemeriksaan kali kedua, pemilik nama sebenar Ahmad Shahir Zawawi ini tidak menghidap kanser hati. Sebaliknya dia disahkan menghidap penyakit asid berlebihan dalam hati.



Katanya lagi sambil memohon maaf terhadap tindakan yang terpaksa diambil: “Sehingga sekarang, saya masih menjalani rawatan untuk penyakit tersebut. Mujur ia tidak begitu berbahaya dan membolehkan saya melakukan aktiviti terutama bekerja seperti biasa. Kini selepas kesihatan saya semakin baik, saya sudah kembali bekerja seperti biasa.”



Baru berusia 22 tahun dan masih mentah sebagai artis, anak kelahiran Ipoh, Perak ini boleh dikatakan seperti tidak serius dengan bidang yang diceburi.



Boleh dikatakan juga dia seperti kurang komited, tidak berdisplin dan menumpahkan sepenuh jiwa terhadap dunia seni apabila mudah untuk mengambil keputusan ‘ghaib’ begitu sahaja.



Apabila diasak dengan persoalan seumpama itu, Shahir tersenyum sebelum memberitahu dia tidak pernah menyesal menjadi artis. Dia menghormati pihak lain dan bekerja dengan komited. Hanya bagi isu soal mati yang dibangkitkannya, dia terpaksa kalah dengan perlawanan hati sendiri.



“Saya tidak pernah menyesal menjadi artis. Tapi saya akan lebih menyesal kalau saya tidak diberi kerja apabila saya menjadi artis. Saya faham dunia artis macam roda, jadi saya berusaha keras untuk bekerja dengan lebih baik.



“Jika selepas ini mungkin ada yang takut untuk memanggil saya bekerja, saya berserah. Tapi saya percaya bahawa apabila kita ikhlas melakukan sesuatu, rezeki akan datang kepada kita,” katanya yang kesal dengan tohmahan tidak berasas segelintir pihak terhadap masalah displin dan komitmen dirinya tanpa mengetahui punca sebenar.



Malah untuk 2011, dia bertekad untuk menjadi Shahir yang baru. Shahir yang lebih bersemangat dan masih mahu duduk lama dalam industri muzik. Dia mahu melupakan hal silam yang sekali lagi katanya, telah memberi pengajaran berguna buat dirinya.



Justeru untuk tahun ini, selain bakal muncul dengan single kedua, dia akan terlibat dalam sebuah filem milik KRU untuk bulan Mei nanti.



“Banyak agenda baru yang akan saya lakukan tahun ini, hanya buat masa sekarang, ia masih terlalu awal untuk saya umumkan. Cuma harapan saya, tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya dan saya akan terus belajar memperbaiki diri dalam bidang ini. Insya Allah juga insiden lalu tidak akan berulang lagi,” katanya penuh optimis.



Ditaja



Shahir ketawa kecil apabila soalan tentang dirinya ditaja seseorang diajukan. Dia tahu hal tersebut timbul selepas insiden dia kemalangan dan memandu sebuah kereta mewah jenama BMW.



Tidak mahu khalayak terus mengaitkan dia dengan hal negatif seumpama itu, Shahir menerangkan, BMW tersebut merupakan kereta milik keluarga angkatnya. Dia juga menafikan dirinya ditaja seseorang.



Jelas Shahir: “Saya tidak terkejut dengan gosip saya ditaja. Saya anggap ia sebagai satu usikan. Sebenarnya BMW itu kereta milik keluarga angkat saya. Keluarga saya juga kenal dengan keluarga angkat saya ini.



“Selepas saya kemalangan, mereka menawarkan saya untuk meminjam kereta tersebut agar saya senang bergerak sementara saya tidak memiliki kereta. Kini, saya telah mendapat hadiah kereta yang saya menang sebagai juara AF, BMW tersebut telah saya kembalikan kepada pemiliknya semula.”


Sumber: KosmoOnline

04 Januari 2011

Khairul Fahmi dapat hadiah rumah

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 04, 2011 0 comments
KHAIRUL Fahmi (dua dari kanan) disambut penduduk  di  Kampung Cherang, semalam.
KHAIRUL Fahmi (dua dari kanan) disambut penduduk di Kampung Cherang, semalam.


sumber: Berita harian 04/01/2011

PENJAGA gol Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010 Disember lalu, menerima ‘durian runtuh’ apabila kerajaan negeri Kelantan bersetuju menghadiahkan sebuah rumah kepadanya bagi menghargai jasa mengharumkan nama Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata langkah itu diambil sebagai menghargai sumbangan anak kelahiran negeri itu yang menunjukkan kemampuannya di peringkat antarabangsa menerusi sukan bola sepak.
“Pada tahun ini, untuk menghargai jasa beliau (Khairul Fahmi) yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat, maka kerajaan negeri setuju memberikannya sebuah rumah,” katanya pada Majlis Sambutan Meraikan Kepulangan Wira Negara di Kampung Cherang, di Kota Bharu, semalam.
Kepulangan Khairul Fahmi ke kampungnya disambut kira-kira 300 peminat sebagai tanda sokongan berikutan sumbangan penjaga gol muda itu menyelamatkan banyak cubaan bahaya Indonesia pada perlawanan akhir yang berkesudahan agregat 4-2.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, nilai dan lokasi rumah bakal diterima Khairul Fahmi belum diputuskan kerajaan negeri kerana ia perlu dibincangkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Abdul Fatah Mahmood.

“Harga rumah saya tak sebut nilai berapa, tapi benda itu rumahlah dan Insya-Allah akan disampaikan Abdul Fatah.”

Sementara itu, Khairul Fahmi berkata, beliau tidak menyangka kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah sebagai menghargai jasa dan sumbangannya.
“Saya tak sangka benda macam ini nak jadi (dapat rumah) dan sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri. Saya hanya menjalankan tanggungjawab, mewakili negara dalam bola sepak semata-mata untuk maruah bangsa,” katanya.

Katanya, popularitinya yang naik secara mendadak tidak akan mengganggu tugasnya sebagai penjaga gol untuk skuad kebangsaan mahupun Kelantan.

“Kehidupan sekarang memang beza dari dulu tetapi saya tetap fokus dan beri yang terbaik ketika bermain kerana ini adalah karier saya,” kata Khairul Fahmi.

02 Januari 2011

TsuFahmi : Terbaik dari Padang

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 02, 2011 0 comments
Tuah ayam nmpak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau. itulah yang terjadi kepada penjaga gol terbaik, Khairul Fahmi Che Mat yang kini menjadi kegilaan wanita2 diluar sana.. termasuk aku (harap2 laki aku tak baca entri ni) hehe.. Sekelip mata namanya menjadi sebutan malah antara carian google tertinggi di dunia! Wow! Dasyat betul penangan Khairul Fahmi ni kan sehingga mencetuskan fenomena "TsuFahmi". Suka sangat baca kisah cinta beliau dengan kekasih hatinya, Elia di laman blog JejariRuncing. Mesti ramai gadis2 diluar sana yang frust toing toing bila tau Khairul Fahmi dah berpunya.

Ni petikan dari Wikipedia tentang Khairul Fahmi:

Khairul Fahmi Che Mat (born 7 January 1989 in Kota Bharu, Kelantan) is a Malaysian goalkeeper[1] currently playing for Kelantan FA in Malaysia Super League[2] and the Malaysia national football team.
In 2010, he was part of the Kelantan's 2010 Malaysia Cup winning team[3]. He also won The Best Young Player and Best Goalkeeper awards at the 2010 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM[4].
Khairul first appearance for Malaysia under-23 was at the Football at the 2010 Asian Games[5].
In November 2010, Khairul was called up to the Malaysia national squad by coach K. Rajagopal for the 2010 AFF Suzuki Cup. Khairul kept a cleansheet against Thailand on a 0-0 draw. Khairul also kept a cleansheet against Vietnam twice in the semi finals. In the first leg of the finals, Khairul played well and saved lots of shots by the Indonesians. The match ended a 3-0 win to Malaysia, thus earning another clean sheet to Khairul[6]. In the second leg of the finals held in Indonesia, Khairul gave another outstanding performance by making numerous saves including a brilliant penalty save early in the match. The save proved to be a pivotal moment in the match in which Malaysia scored an away goal. Malaysia won on 4-2 aggregate and lifted the 2010 AFF Suzuki Cup title for the first time.[7]

Khairul Fahmi Che Mat
KhairulFCmat.png
Personal information
Full name Khairul Fahmi bin Che Mat
Date of birth January 7, 1989 (1989-01-07) (age 21) (laaa... baru 21 tahun... muda lagi..)
Place of birth    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Height 1.70 m (5 ft 7 in)
Playing position Goalkeeper
Club information
Current club Kelantan FA
Number 19
Youth career
2008-2009 Kelantan FA President Cup
Senior career1
Years Club App (Gls)*
2009
2010-present
Kelantan
Kelantan
0 (0)
17 (0)   
National team2
2010-present
2010-present
Malaysia Malaysia U-23
Malaysia Malaysia
3 (0)
7 (0)

 Sumber: Wikipedia

01 Januari 2011

Tahun Baru 2011

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 01, 2011 0 comments
Tahun 2010 ditutup dengan penuh gaya dan terlalu manis apabila pasukan bolasepak Malaysia berjaya merangkul juara Piala AFF Suzuki 2010 apabila menewaskan sang Garuda (indonesia) dengan aggregat 4-2. Pencapaian cemerlang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan juga penjaring gol terbanyak Safee Sali banyak membantu kejayaan Malaysia ini. Tahniah, tahniah dan tahniah untuk pemain2 dan jurulatih Malaysia!




 
Hari ini, 1.1.11 dan pada tarikh ini juga kita dikejutkan dengan pemergian pelakon Faizal Yusof (bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana) akibat serangan jantung. Takziah untuk keluarga arwah, dan Al-Fatihah buat arwah. Suka tengok arwah berlakon semasa hayatnya... selamba dan bersahaja...


Ajal dan maut ditangan tuhan kan? tak kira muda atau tua, bila sampai masanya pulang jua kembali kepada Pencipta. entah bila sampai giliran kita... Mati itu pasti. cuma cepat atau lambat jer.

18 Disember 2010

Hari - hariku....

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 18, 2010 0 comments
Arghhhh... lama betul aku tak post kan something kat blog aku ni... bukan apa, sibuk ya amat... pukul 6.30am dah keluar rumah pergi kerja, pukul 9pm baru kuar dari opis... letih, penat, tension semua bergabung menjadi satu.... tapi Alhamdulillah, cuti aku selama seminggu telah diluluskan... Yes!! hari ni aku dah start cuti dan malam ni jugak aku akan gerak balik ke Johor selepas menjemput parent aku kat KLIA.... rindu kat diorang, lama dah tak jumpa....

Bermula 01.12.2010, rutin harianku menjadi sedikit kelam kabut... mana taknya, sejak PDRM mengumumkan tentang pengurangan kadar kompaun saman trafik, maka berkampunglah mereka2 di depan opis aku... maklumlah aku ni kerja di cawangan trafik, jadinya secara tidak langsung aku pun terlibat sama.... setelah dua minggu berhempas pulas melayan karenah org2 yang datang, rutin harianku kini kembali menjadi normal.. dan bila OKS yg datang semakin berkurang, maka waktu rehatku dan juga kawan2ku yang sama2 turun padang kini kembali seperti sediakala... klu sebelum ni aku hanya rehat selama 10minit (kadang2 tak rehat langsung), sekarang tidak lagi...

dan yg lebih penting, aku dapat cuti seminggu.... yahoooooo! kepada bos aku yang baik hati dan sudi meluluskan cuti aku tu, terima kasih Tuan!

20 November 2010

Kisah2 Tauladan

By Dalia Hassan at Sabtu, November 20, 2010 0 comments
Korang ingat tak dulu dalam hujung2 tahun 80an, kat RTM selalu keluar kartun yang memaparkan kisah2 tauladan. Memang berkesan kat hati aku sampai sekarang walaupon pada ketika itu aku masih kanak2 lagi. Jom kita layan semula kisah2 tersebut.....











17 November 2010

Mukjizat Di Sebalik Kalimah Bismillah

By Dalia Hassan at Rabu, November 17, 2010 0 comments
Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu
dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah
Barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan
terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang
sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di
atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada
19.  Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah
kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa
kedua orang tuanya.
9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung
kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran,
maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review