Sahabat

Halaman

13 Jun 2011

Kerja Sedikit.... tapi banyak yang lebih...

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 13, 2011 0 comments
kerja sedikit mengaku lebih
kerja sedikit merungut lebih
kerja sedikit menuntut lebih
kerja sedikit mendakwa lebih
kerja sedikit belanja lebih
kerja sedikit ambil masa lebih
kerja sedikit guna tenaga lebih
kerja sedikit penat lebih
kerja sedikit mengungkit lebih
kerja sedikit mengumpat lebih
kerja sedikit berehat lebih

Err.... korang masuk kategori yang mana? semua? hehehe! Anda sendiri yang tahu....

5 Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur Untuk Wanita

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 13, 2011 0 comments
Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.
 
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.
 
Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
 
Ucap syukur kerana Anda dapat tidur malam tadi. Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.
 
Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
 
Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyayangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
 
Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.
 
Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.
 
Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.
 
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!
 
Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.
 
Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.
 
Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalahan orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.
 
Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.
 
Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.
 
Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.
 
Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

5 Sikap Positif Yang Perlu Anda Bina

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 13, 2011 0 comments
1. Berhenti mengomplen.


Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. Jika Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.


Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda bagus, pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri


Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga hal orang. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.


Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi.


Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya
5. Doakan orang lain selalu supaya mereka jadi berjaya.


Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.

12 Jun 2011

Hazama Juara AF9

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 12, 2011 0 comments
Yeayyyyyyy! seperti yang telah dijangka2, Hazama jadi juara AF9... sememangnya dia memang layak untuk bergelar juara.... Erm... rezeki Hazama pada musim AF yang terakhir ini...rupanya ada hikmah disebalik kegagalan Hazama pada konsert prelude AF3 dulu.... tahniah Hazama, tahniah Akademi Fantasia kerana telah melahirkan ramai bakat2 besar yang mewarnai dunia hiburan tanahair. Kami pasti akan merindui kemeriahan Akademi Fantasia....


Hazama ketika menyanyikan lagu pukau..

gambar : credit to Facebook Akademi Fantasia 9

Bob Kerbau

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 12, 2011 0 comments
sekadar hiburan semata2... layan...

cid:1.4200909165@web121405.mail.ne1.yahoo.com
ngeh3....

Lagi...

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 12, 2011 0 comments
Lagi gambar sekitar kursus di PLPGA.. Walaupun tak banyak, tapi memberikan 1001 kenangan buat kami peserta kursus..

Ibu mengandung- Fauziah (Gombak)

Azie (Raub)
Jogging di pagi hari...
Group presentation

pengkritik


On the way balik, encik driver bawak kami pergi makan kat Laksa Asam Limau, Kuala Kangsar... memang sedap dan terbaekkkk... thanks en azlan, abg driver. hehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Esok Kerja!

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 12, 2011 0 comments
Yahoooo! Esok kerja.... dah seminggu aku tak masuk opis... rindu rasanya dengan gelak tawa kawan2 aku kat opis tu... tak sabar nak tunggu esok... kak wani, linie, ain, faizah and encik adam... nantikan kedatangan aku kat opis yer esok... pasti opis tu meriah semula dengan kehadiran aku... aku tau, semalam aku chatting ngan ain, dia kata bila aku takda kat opis, opis senyap sunyi... takder sapa yang nak usik en adam... takder sapa yang nak buli 'Baim Wong'..... ngeh3... korang semua jangan risau...esok pasti semuanya kembali ke sediakala.. ceria macam biasa...

Dan yang penting sekali, aku nak jumpa my good friend, T~Ni... banyak benda aku nak kongsikan dengan dia... banyak cerita aku nak ceritakan kat dia... pagi semalam dia ada call aku, tapi banyak benda yang aku tak sempat nak cerita, sebab dia jer yang banyak bercerita... hahaha! tapi takper... jumpa nanti boleh borak panjang dengan dia... maklumlah, sebelum aku pergi kursus, dia dah bercuti dulu... lapan hari lagi... balik kampung... tu yang masing2 banyak cerita nak dikongsikan....

11 Jun 2011

la la la la la

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 11, 2011 0 comments
wahhh... arini aku goyang kaki kat rumah... kenapa? sebab, pagi2 lagi my beloved asben yang buat sarapan, tengahari dia yang masak, minum petang pun dia yang buat, makan malam pun dia yang sediakan... pendek kata, dari pagi sampai malam dia la yang uruskan.. ngeh3... abang, kalau hari2 macam ni kan best...  terasa macam puteri pulak...(pemalas sebenarnya) hahaha!

Sebenarnya asben aku ni memang pandai masak... walaupun nampak simple, tapi rasa memang sedap... sebab tu la aku suka kalau dia yang masak... memang berselera nak makan... anak aku pun cakap, "papa masak sedaplah, mama masak tak sedap" anak aku pun pandai bagi komen... heheh!

Tapi, oleh sebab gelojoh sangat, sampai terlupa nak snap gambar2 makanan tu... adoiyai... takper la... next time kalau dia masak lg, aku masukkan kat sini...


daaaaaaaaaaa...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review