Sahabat

Halaman

18 Jun 2011

Awet Muda

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 18, 2011 2 comments

Xia Da adalah salah seorang kartunis manga (kartun Jepun) yang lahir di Hunan , China 04 April 1981 cukup terkenal kerana wajahnya yang awet muda. Xia Da kelihatan seperti remaja berusia 14 tahun dan ramai yang tidak menyangka usianya sudah menjangkau 30 tahun.

Selain dari karyanya mampu bersaing dengan kartun-kartun Jepun, wajahnya yang keanak-anakan dan tokoh kartun juga menyebabkan dia banyak menghiasi muka depan majalah game di Jepun.


Semalam di tempat kerja

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 18, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua...

Malam tadi sedang aku menulis tentang aktiviti di tempat kerja, aku tak tau apa yang berlaku sebab sedar2 je hari dah pagi.. Hehe.. Rupanya aku tertidur sebelum sempat habiskan penulisan aku. Apapun, walaupun terlewat sehari untuk publish, tapi tak kisah lah kan?

Pagi semalam lebih kurang jam 8.20am aku pergi surau IPD untuk menghadiri bacaan surah yassin yang memang diadakan pada setiap pagi Jumaat. Sejuk hati dan tenang fikiran bila berada di dalam surau. Sebenarnya aku ni bukannya baik sangat, tapi aku pun tak jahat sangat. Biasa2 jer.. Lebih kurang pukul 9.15am majlis bacaan yaasin pun selesai.

Selesai je majlis, aku terus ke dewan IPD untuk menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan dengan Pengurusan Integriti. Penceramah untuk LDP kali ni disampaikan oleh pegawai dari SPRM.. Erm.. Banyak juga maklumat yang aku perolehi dan rupanya masih banyak perkara yang aku tak tau.. Tapi yang bestnya, aku syok berborak dengan member sebelah pasal resepi kek dan macam2 lagi... My good friend pula, T~Ni yang duduk depan aku nampaknya begitu fokus pada penceramah. LDP berakhir lebih kurang jam 11.20am..










Oleh sebab Jumaat waktu rehat lama dari jam 12.15pm hingga 2.45pm, kami bercadang nak pergi ke Taman Medan untuk tapau makanan kat sana dan lepak di rumah kak wani yang tak jauh dari situ. Makanan kat tempat yang kami nak tuju tu memang sedap.. Teringat2 aku dengan kueytiaw sup, mee kari, mee kicap dan macam2 lagi.. Peh! Memang sedap. Dalam pada menunggu waktu untuk rehat, tiba2 aku dapat sms dari Puan Zura, dia minta aku naik ke bilik meeting untuk bantu encik zamran.

Arghhhh! Tension aku. 'Baim Wong' yang memang tengah melepak kat depan meja aku dah tergelak sakan bila aku bagitau dia yang Puan Zura suruh aku naik atas, sebab dia tau yang kami dah standby nak g kuar makan. Adoi la. Nak tak nak terpaksa la aku, ain dan iema naik atas, bantu diorang.. Abis je meeting tu, kami berempat berjalan kaki ke perkarangan masjid usj untuk beli makanan. Rombongan ke Taman Medan ditangguhkan ke Jumaat berikutnya. Huhu..


Petang, aku sempat tengok rehearsal pertandingan karaoke anjuran PERKEP.. Maklumlah, malam ni aku tak dapat datang sebab dah janji dengan kawan lama aku masa sama2 belajar dulu nak jumpa dia kat Summit Usj... Lama dah tak jumpa dia.. Oleh sebab first time dia datang ke Summit tu, terpaksa lah aku jemput dia kat tempat parking kereta. Takut sesat katanya.. Hehe.. Poyo je.. Tapi takper la, kawan punya pasal... Elok je aku tunggu dia kat depan lift B1, terserempak pula dengan budak2 IPD yang baru pas main bowling.. Hehe.. Glamour gak aku, pegi mana2 mesti ada orang kenal.. Haha perasan!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 Jun 2011

Menu Hari Ini

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 16, 2011 0 comments

Erm.. Hari ni operasi 'dietku' bermula.. Tengoklah menu aku tengahari tadi.. Makan kacang jer... Sebab tu jerawat berebut2 naik kat muka.. Hehe.. Tapi yang bestnya, balik kerja aku sempat masak sup tulang... Hah?! Sup tulang?! Camana nak diet ni... Oh tidak! Nampaknya esok la baru aku start diet.. Ngeh3..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 Jun 2011

Saiful Apek meriahkan opisku..

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 15, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua...

Hari ni opis aku didatangi oleh Saiful Apek.. Meriah, memang meriah.. Kelakar sangat... Kami dah jadi macam budak2.. Seronok usik dia, dan dia lagi la menyakat kitorang.. Dari mula2 sampai opis, kitorang dah gelak sakan dengan lawak dia.. PA {HA=Hamba Abdi katanya} dia pun gila2 macam dia.. Mesti kalau bekerja dengan dia hati sentiasa ceria. Mesti tak bosan kerja..

Yang best, dia siap cakap ngan kitorang, kali ni dia datang dengan pakai uniform Gitu Gitu Production, bukan dengan uniform purple/orange macam sebelum ni... Haha! Korang tau tak uniform purple/orange tu apa? Tu pakaian OKT (orang kena tuduh) yang kena tahan lokap. Yer la, sebelum ni kan dia pernah pakai baju tu.. Masa dia dituduh memiliki 40 gram dadah yang dipercayai ganja tak berapa lama dulu.. Hehe!

Mengintip... haha!

Ala... 18 saman jer... tak payah la mintak kurang...


....peace.....


Apa2 pun, Saiful Apek memang sporting! Jangan lupa yer bagi kami t-shirt dan tiket final maharajalawak... Thanks!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

14 Jun 2011

Hari ini : 14 Jun 2011

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 14, 2011 0 comments
Hari ni tak ada cerita yang menarik sangat. Tapi aku nak cerita juga untuk koleksi kenangan aku di masa hadapan. Macam biasa, hari ni seawal jam 7am aku dah sampai opis.. Pas punch in card, aku terus masuk opis, buka facebook dan mengadap novel 'Cinta Tiga Suku' yang aku sentiasa bawa ke mana aja selagi tak habis baca. Hehehe.. Best gak jalan cerita novel ni... Sesuai dengan aku yang memang tiga suku juga ni.. Ngeh3..

Bukak je facebook pagi ni, aku tengok Eja, kenalan aku masa kursus hari tu dari IPD Paka, Terengganu ucapkan terima kasih kat aku. Hehe. Korang tau tak kenapa? Sebab, sebelum abis kursus aritu, aku dan Fauziah sempat kenen2 kan dia dengan Mizie, dari IPD Kuala Lipis. (Aku pernah cerita sikit pasal diorang dalam entry yang sebelum ni) Diorang satu group dengan aku. Kami perasan yang Mizie selalu pandang2 dan usik2 eja.. Pastu muka eja akan naik merah bila diusik oleh Mizie. Tu yang datang idea untuk kenen2kan diorang. Setelah risik2 dua2 belah pihak dan confirm yang masing2 belum berpunya, apa lagi.. Kami pun menjalankan tugas selaku CEO di company Cari Jodoh Sdn Bhd yang baru ditubuhkan. Hehe. Awal2nya si eja, malu2 kucing dan mizie, nampak sangat yang dia memang nak kat eja. Dia kata, 'abislah, malam ni saya tak dapat tidur asyik teringat kat dia'.. Gatai.. Gatai..

Bila abis kursus, aku sentiasa di update oleh kedua2 pihak. Hehe. Bila eja merajuk, zie ngadu kat aku.. Bila zie merajuk, eja gelabah cerita kat aku. Dan aku, bagaikan seorang kaunselor rumahtangga yang tak bertauliah, akan cuba mengurangkan rasa takut dalam diri masing2.. Eja, takut Mizie cuma nak main2kan dia.. Mizie, takut eja tak boleh nak terima dia. Adoiyai. Tapi masing mengaku kat aku yang diorang saling suka menyukai. Takper la, aku cakap dengan diorang, kenal hati budi masing2 dulu. Berkawan tak salah. Kalau rasa serasi, boleh la teruskan ke peringkat seterusnya. Kalau tak serasi, berkawan lebih baik. Ermmm.. Apa2 pun, aku sentiasa harapkan yang terbaik buat diorang...

Ok. Berbalik pada cerita asal aku tadi.. pagi bila semua kawan2 se opisku dah sampai, kami berkumpul untuk membincangkan semula tentang hal drama swasta yang berlaku petang semalam kat cops. Bukan nak menuding jari pada sesiapa, cuma nak mencari logika tentang apa yang telah berlaku. Erm. Apa2 pun, aku malas nak campur.. Dengar jer la...

Then, dalam jam 9.30am kami pun pergi mengeteh kat warung en zamran yang baru beroperasi seminggu, dan ni la kali pertama aku makan kat sana... Sampai2 je, aku nampak 'Baim Wong', Sarjan Musa, pakcik2 trafik, ema and the gang tengah bersarapan kat sana. Sempat jugaklah bergurau senda dengan diorang.. Ada jugalah satu group polis baju biru kat satu meja tu. Tapi aku tak tengok pun siapa.. Masa tengah pilih2 kuih, aku terdengar satu suara yang memang aku kenal sangat. Suara tu datangnya dari meja brother2 polis berbaju biru tu. Bila aku tengok, rupanya my good friend, T~Ni ada kat situ... Belum sempat nak tegur dia, dia dah pergi entah ke mana2.. Kecik ati aku... Bila aku sms dia tanya dia pergi mana, jawapan pertama yang aku dapat, "erm. msg pun tak balas"... Hah! Bila masa plak dia msg aku? Bila aku tanya bila dia msg aku, dia kata pagi2 lagi dia dah msg... Owh! Rupanya dia msg kat no maxis aku.. Patutlah aku tak perasan. Handphone aku yang tu sejak aku sampai tadi tak kuar lagi dari beg.. Yang aku bawak kehulu hilir nombor celcom aku.. Tp takkan tak balas msg pun nak marah? ;)

Kak wani and lini arini keje separuh hari.. So after lunch hour, aku dan ain tak tau nak buat apa + keboringan di tahap maxima.. Apa lagi, ain buka lagu kuat2, pastu kitorang berduet nyanyi lagu How Deep Is Your Love... Dua tiga kali jugak la ulang.. Yang bestnya, en adam pun join sekali menyanyi. Masing2 dah buang tebiat agaknya.. Tapi sekali sekala gila2 macam ni, best juga.. Hehehe

Petang pas anta duit kat logistik, aku menyinggah tingkat 8, saja nak abiskan masa sementara nak tunggu kul 5.. Yang lebihnya sebenarnya, saja nak menyakat diorang.. Tapi yang aku tak bleh blah, kalau bercakap ngan encik musa, mesti dia nak menang... Ish ish.. Bila la turn aku plak nak menang. Ada je idea dia nak kenakan aku. Bila aku balas balik apa yang dia cakap, nanti aku yang kena balik. Ini tidak adil! Huhu.. Tapi kalau dengan Baim Wong, aku selalu menang.. Hehe! Suka2...

Okaylah.. Esok aku cerita lagi...

Daaaaaaaaaa!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempa Bumi di Sumatera...

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 14, 2011 0 comments
Assalamualaikum...

Aku pasti ramai yang terasa gegaran kan pagi tadi? Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara jam 8.08am. Gegaran terasa di Malaysia lebih2 lagi yang berada di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka.

Tadi kat opis, Ain, kawan sekerjaku mengadu yang dia terasa macam nak pitam.. Katanya kepala dia rasa macam bergoyang.. Pada masa tu, aku dan kak wani tengah rancak berborak.. Bila ain kata dia rasa kepala bergegar, kak wani spontan kata mungkin kerusi yang dia duduk tu bergoyang.. Erm.. Rupanya memang bergegar pun kesan dari gempa bumi kat Utara Sumatera tu..aku dan kak wani tak rasa gegaran tu mungkin sebab kami sedang rancak berborak sambil bergelak ketawa... agaknya gelak ketawa kami tu lebih kuat dari gempa bumi... hehehe

Apa2pun, harap2 kat Utara Sumatera sana takder la yang jadi mangsa sehingga menyebabkan kematian. Ermm.. Sian kat diorang...


Alia : ermmmm... ni kali kedua aku terasa gegaran. Kali pertama hujung tahun 2004.. Masa tu aku lepak rumah kakak aku kat Kerinchi. Tiba2 kepala aku rasa macam bergegar, dan pandangan aku rasa macam berpinar2. Cepat2 aku mintak minyak angin kat kakak aku. Yang peliknya kakak aku pun kata dia sakit kepala. Rupa2nya gempa bumi kat Sumatera sehingga menyebabkan tsunami kat sana. Acheh lah tempat paling teruk dilanda bencana tersebut.. Terlalu ramai penduduk yang jadi mangsa.. Harap2 ianya takkan berulang... Amin...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Jun 2011

Hari Ini : 13 June 2011

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 13, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua....

Hari ni aku pergi kerja dengan penuh semangat... maklumlah dah seminggu tak masuk opis... Jam 6:57am aku dah punch card, walhal waktu kerja 8am baru bermula... erm... bersemangatnya aku!  My good friend, T~Ni awal2 lagi dah sms aku, dia kena pergi klinik hantar anak2 dia buat ujian darah sebab dah lima hari demam. Katanya takut kena denggi, maklumlah seminggu bercuti balik kampung.... sempat aku usik dia kata yang budak2 tu demam sebab nak dapat adik baru.. haha! tengahari dia sms aku bagitau yang budak2 tu darah dah dijangkiti kuman... erm... siannya... harap2 diorang cepat sembuh....

Petang, berlaku satu drama di opis aku antara kak sariha dan encik halim... adoi la... macam budak2... pada masa tu, aku dan lini ada kat tingkat 12, tetiba kak wani call bagitau kat cops ada drama swasta... aku dan lini punya lah nak kejar berita, terkocoh2 turun ke bilik KBKA untuk tandatangan audit roll, konon2 nya pas settle semua kerja, nak balik opis dan tengok drama tu... tapi sampai kat bilik KBKA, aku pulak yang kena soal siasat oleh Pak Engku... Ni 'Baim Wong' punya pasallah ni... kebetulan masa aku masuk bilik KBKA, dia ngan Sarjan Musa ada kat dalam bilik tu... Boleh ker pak Engku tanya aku pasal komputer2 baru yang baru sampai tu.... dah le aku tak tau apa2 cerita disebaliknya, maklumlah masa komputer2 tu sampai dari Bukit Aman minggu lepas, aku tengah berkursus kat Perak.... macam2 pak engku tanya aku, mati kutu aku dibuatnya... akhirnya aku cakap dengan dia "mintak maaf tuan, saya tak tau apa2... lagipun masa komputer2 tu sampai, saya takder kat sini... Hari ni baru saya masuk kerja tuan"... hehe... ayat selamat... 'Baim Wong dah gelak2an aku... Jahat! Semua ni dia punya pasal.... takper... takper... ada ubi ada batas... lain kali aku balas...

Sebelum aku keluar dari bilik KBKA, 'Baim Wong' pesan kat aku jangan balik dulu.... sebab dia nak buat meeting... adoi! dah pukul 5pm baru nak buat meeting?? pukul berapa pulak nak abes? huhuhu... jangan lewat sangat sudah, aku nak tengok Nora Elena yang dah seminggu aku tak tengok... dalam meeting tu, kak sariha bagitau yang dia marah sangat kat encik halim bukan sebab encik halim ambil komputer tu bawak pergi enquiry, tapi yang membuatkan dia marah sangat encik halim ambil tanpa minta kebenaran dulu... sekurang2nya bagitaulah yang dia nak ambil komputer tu... ni tak, datang2 terus cabut wayar and angkut bawak pergi tempat dia.. memang patut lah kak sariha marah... aku sebenarnya malas nak masuk campur hal ni... diorang masing2 dah matang... anak2 dah besar sebaya kitorang... tapi perangai masih lagi macam budak2.... berebut barang baru... alahai!                                                   

Lakukan Yang Terbaik

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 13, 2011 0 comments
Sharing is caring....

Macam biasa, aku terjumpa artikel ni, entah siapa forward kat aku dalam emel... Jom kita layan....

Setiap hari adalah hari baru.
 
Jangan cemarkan hari ini dengan mengingat balik kesilapan-kesilapan lalu. Anda akan hidup di masa lalu, menjadikan Anda sukar untuk bersemangat pada hari ini. Anda terhalang mencipta kehebatan pada dari ini dan hari di masa depan.
 
Segala yang dah berlaku, biarkanlah berlalu. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Tetapi, Anda masih boleh mengubah hari ini dan hari di masa depan Anda. Anda masih ada peluang melakar kecemerlangan bila-bila masa pada hari ini.
 
Bertekadlah cemerlang hari ini. Buat yang terbaik!
 
Jika Anda menyediakan sarapan untuk keluarga, hasilkanlah yang terbaik.
 
Jika Anda menggoreng mee dan membancuh kopi untuk santapan keluarga di pagi ini, hidangkahlah mee yang paling sedap pernah Anda hasilkan.
 
Bukan buang tebiat, tapi untuk melatih diri Anda menghasilkan tahap terbaik dalam apa jua yang Anda lakukan, bermula dari perkara-perkara kecil dan perbuatan asas bermula dari rumah.
 

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review