Sahabat

Halaman

13 Jun 2011

Hari Ini : 13 June 2011

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 13, 2011
Assalamualaikum semua....

Hari ni aku pergi kerja dengan penuh semangat... maklumlah dah seminggu tak masuk opis... Jam 6:57am aku dah punch card, walhal waktu kerja 8am baru bermula... erm... bersemangatnya aku!  My good friend, T~Ni awal2 lagi dah sms aku, dia kena pergi klinik hantar anak2 dia buat ujian darah sebab dah lima hari demam. Katanya takut kena denggi, maklumlah seminggu bercuti balik kampung.... sempat aku usik dia kata yang budak2 tu demam sebab nak dapat adik baru.. haha! tengahari dia sms aku bagitau yang budak2 tu darah dah dijangkiti kuman... erm... siannya... harap2 diorang cepat sembuh....

Petang, berlaku satu drama di opis aku antara kak sariha dan encik halim... adoi la... macam budak2... pada masa tu, aku dan lini ada kat tingkat 12, tetiba kak wani call bagitau kat cops ada drama swasta... aku dan lini punya lah nak kejar berita, terkocoh2 turun ke bilik KBKA untuk tandatangan audit roll, konon2 nya pas settle semua kerja, nak balik opis dan tengok drama tu... tapi sampai kat bilik KBKA, aku pulak yang kena soal siasat oleh Pak Engku... Ni 'Baim Wong' punya pasallah ni... kebetulan masa aku masuk bilik KBKA, dia ngan Sarjan Musa ada kat dalam bilik tu... Boleh ker pak Engku tanya aku pasal komputer2 baru yang baru sampai tu.... dah le aku tak tau apa2 cerita disebaliknya, maklumlah masa komputer2 tu sampai dari Bukit Aman minggu lepas, aku tengah berkursus kat Perak.... macam2 pak engku tanya aku, mati kutu aku dibuatnya... akhirnya aku cakap dengan dia "mintak maaf tuan, saya tak tau apa2... lagipun masa komputer2 tu sampai, saya takder kat sini... Hari ni baru saya masuk kerja tuan"... hehe... ayat selamat... 'Baim Wong dah gelak2an aku... Jahat! Semua ni dia punya pasal.... takper... takper... ada ubi ada batas... lain kali aku balas...

Sebelum aku keluar dari bilik KBKA, 'Baim Wong' pesan kat aku jangan balik dulu.... sebab dia nak buat meeting... adoi! dah pukul 5pm baru nak buat meeting?? pukul berapa pulak nak abes? huhuhu... jangan lewat sangat sudah, aku nak tengok Nora Elena yang dah seminggu aku tak tengok... dalam meeting tu, kak sariha bagitau yang dia marah sangat kat encik halim bukan sebab encik halim ambil komputer tu bawak pergi enquiry, tapi yang membuatkan dia marah sangat encik halim ambil tanpa minta kebenaran dulu... sekurang2nya bagitaulah yang dia nak ambil komputer tu... ni tak, datang2 terus cabut wayar and angkut bawak pergi tempat dia.. memang patut lah kak sariha marah... aku sebenarnya malas nak masuk campur hal ni... diorang masing2 dah matang... anak2 dah besar sebaya kitorang... tapi perangai masih lagi macam budak2.... berebut barang baru... alahai!                                                   

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review