Sahabat

Halaman

25 Julai 2011

Hari Minggu

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 25, 2011 0 comments
Assalamualaikum semua....

Hari ni sekali lagi hari kemalasan buat aku.. Apa taknya, semalam (Ahad) hari yang sepatutnya aku berehat dirumah tetapi dipenuhi dengan aktiviti dari pagi sehingga ke tengah malam... pagi seawal jam 7.30am aku dah bertolak ke padang Dewan Alamanda Seksyen 20 Shah Alam untuk menghadiri acara sukan tahunan sekolah tadika strawberry kali ke 19. Seperti tahun lepas, anak aku masuk persembahan gimrama dan sukaneka. hehehe.. comel sungguh anak mama ni... macam mama masa kecik2 dulu..... ;)
















Dalam kul 11am aku bergegas ke IPK Selangor di Seksyen 9 Shah Alam untuk menghadiri Pertandingan Karaoke PERKEP Kontinjen Selangor. Jangan salah sangka yer, bukan aku yang masuk, tapi aku bagi sokongan pada kawan aku Nuraini Tuah yang mewakili IPD Subang Jaya. Pertandingan ini di adili oleh Abang Azmeer sebagai juri. Saringan pertama dilakukan pada jam 11am hingga 1pm, manakala saringan kedua bermula jam 2.30pm sehingga jam 4.30pm... 15 orang peserta dipilih ke peringkat akhir yang berlangsung pada sebelah malam.

22 Julai 2011

Chelsea Tabik Malaysia

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 22, 2011 0 comments

Sumber : Utusan Malaysia




Pemain Malaysia, Syahrul Azwari Ibrahim melakukan percubaan ke arah pintu gol Chelsea sambil dihalang John Obi Mikel (tengah) dan Frank Lampard pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.
Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.
Malaysia menolak peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi A. Thamil Arasu, namun dia gopoh apabila hanya berhadapan penjaga gol Chelsea, Peter Cech dan langsung tidak dicabar oleh pertahanan Chelsea, tetapi dia percubaannya jauh tersasar.
Tidak banyak harapan diberikan kepada skuad Pilihan Malaysia yang menggunakan 13 tonggak Harimau Muda di samping dibantu 9 pemain senior, namun persembahan mereka terbaik jika dibandingkan dengan dua keputusan sebelum ini ketika skuad Harimau Malaya kalah 0-4 kepada Arsenal dan 3-6 kepada Liverpool.
Seperti mana yang dijanjikan jurulatih Ong Kim Swee, dia menurunkan semua pemain senior pada permulaan perlawanan dengan hanya dua pemain skuad Olimpik, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Zubir Azmi mengisi kesebelasan utama.
Sementara Chelsea tidak menyenaraikan beberapa pemain utama seperti Peter Cech, Didier Drogba, Ashley Cole, John Obi Mikel dan John Terry sebaliknya memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Ryan Bertrand dan Joshua McEachran pada babak awal perlawanan.
Kim Swee berkata, percaturan menggandingkan pemain senior berhasil apabila dapat membimbing pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia sehingga mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama.
"Malahan pada babak kedua, apabila saya menurunkan sebahagian besar pemain muda, permainan lebih tersusun malahan kita hampir menyamakan kedudukan.
"Ia merupakan satu persembahan baik daripada skuad negara malam ini sebagai persediaan ke Kelayakan Olimpik," katanya.

20 Julai 2011

Badminton Lagi

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 20, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt.....


Dah beberapa hari kebelakangan ni, setiap petang selepas waktu pejabat aku penuhi waktu petangku dengan bermain badminton bersama Yana dan kak wani... selain kami, Ady Ice, Man Kcik, SM Yasin, Yusoff dan beberapa orang lagi pun ada join sekali main badminton.. Best sangat.. tapi badanku sakit2 plak rasanya... pandai tak jugak... hahaha!

Tapi tadi yang bestnya, kebetulan diorang tengah wat latihan untuk pertandingan karaoke anjuran PERKEP pada sabtu ni, so mmg best la main badminton sambil berjoget ikut rentak lagu.. hehehe... sempat jugaklah aku berduet dengan SM Yasin nyanyi lagu Seiring Sejalan... walaupun suara aku tak sedap, ada aku kesah? Bak kata pepatah, Biar Sumbang Asal Menyumbang... haha!

Oklah... cuma ni jerla yang mampu aku tulis... bahu aku sakit dong! daaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Jom karaoke lagu Seiring Sejalan (walaupun versi karaoke) layannnnnnnn!

16 Julai 2011

Mood Yang Hilang

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 16, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ermmm.. Dah beberapa hari aku tak menulis kat blog aku ni... Ada tak ada itulah aku masukkan lirik lagu.. Entah kenapa semenjak beberapa hari yang lepas, aku langsung tak ada mood nak menulis walaupun pada hakikatnya setiap hari aku mengadap lappy ku yang cute tu...

Aku pun tak tau kemana terbangnya moodku itu.. Puas aku cari kat merata2 tempat sejak kelmarin, akhirnya baru hari ni aku ketemu mood aku yang hilang tu.. Hahaha.. Apa entah yang aku merepek ni...

Semenjak beberapa hari yang lepas, aktiviti aku sangat padat dengan latihan badminton.. Badanku sakit2 sampai ke hari ni.. Tapi tak kisahlah walau badanku sakit2 pun, yang penting kepuasan bila dapat pegang raket badminton tu... Serius memang best! Dah berapa minggu aku tak dapat main badminton sebab dewan digunakan untuk Ops Padam... Tp minggu lepas, aku gunakan sepenuhnya waktu yang ada untuk main badminton... Balas dendam sebab lama tak pegang raket. Haha!

Hari ni, walaupun Sabtu, aku tetap kena kerja.. Nak wat camana, dah turn aku kena keje minggu ni. Sebenarnya aku suka kerja Sabtu, sangat tenang, aman dan damai.. Kebetulan pulak hari ni my good friend, T~Ni singgah opis aku.. Sempatlah borak2 ngan dia kejap.. Banyak jugak semangat yang aku dapat dari dia... Pulih la semula mood aku yang dah beberapa hari hilang tu.. Dia memang kawan terbaik yang aku ada.. Terima kasih kawan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Julai 2011

Lirik Lagu : Disaat Aku Mencintaimu ~ Dadali

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 13, 2011 0 comments
Lirik Lagu Disaat Aku Mencintaimu - Dadali


Mengapa kau pergi,
Mengapa kau pergi,
Di saat aku mulai mencintaimu,
Berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku..

Menyendiri lagi,
Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku...

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta...

Menyendiri lagi,
Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku...

Semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini,
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta),
Maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu,
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta...

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta...



Nama Panjang

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 13, 2011 0 comments
Untuk merilekkan kepala otak yang tengah serabut.....


Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%


07 Julai 2011

Kosong...

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 07, 2011 0 comments
Kosong? Ramai yang tertanya2 tentang status aku di facebook pagi tadi... ramai yang cuba meneka apakah kosong yang aku maksudkan... ada yang kata kosong sebab perut aku kosong, sebab belum bekpes... ada yang kata kosong sebab Ainul tak dapat adik lagi...dan macam2 lagilah... tapi sebenarnya jawapan tu semua salah...

Kosong.... entahlah... aku pun tak tau kenapa kosong.. mungkin sebab aku rindu kat my good friend... yer la... semenjak dua menjak ni dia busy sangat... tadi pun masa dia sms aku, dia kata busy sangat sampai demam... erm.. ciannya kat kawan aku tu... tapi aku tak tau kenapa aku sayang sangat kat kawan aku yang sorang tu... sayang sebagai seorang kawan kepada kawannya yang lain.... ermmm... tadi dia datang opis aku sekejap, tapi tak dapat nak borak lama.. tegur2 macam tu ajer.. terasa kosong bila tak selalu dapat borak dengan dia macam dulu... :'(

Petang ni aku plan nak balik keje awal skit... ingat nak pergi Selayang kejap, pergi kedai kereta.. ingat nak beli kereta satu lagi... kereta second hand jer... bajet dalam RM35k... tak boleh nak beli kereta yang mahal sebab aku tak nak buat loan bank... so banyak tu jer la bajet yang aku mampu sebab nak bayar cash.... huhu! agak2 dengan RM35k tu kereta second hand apa yang aku boleh beli?

Lirik Lagu : Aishiteru ~ Zivilia Band

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 07, 2011 0 comments

Tak tau kenapa aku suka sangat dengar lagu ni, Aishiteru, ost sinetron Cinta Melody... dan bila aku dengar lagu ni, ianya mengingatkan aku pada seseorang...


Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

              Walau raga kita terpisah jauh
              Namun hati kita selalu dekat
              Bila kau rindu pejamkan matamu
              Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

             Satu sendiri pikiran melayang terbang
             Perasaan resah gelisah
             Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
             Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
             Akhiri semuanya cukup sampai di sini
             Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
             Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo


Wo wo wo.. a a ai aishiteru

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review