Sahabat

Halaman

02 Oktober 2011

Adam Nufail : Kuatkanlah semangatnya

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 02, 2011 0 comments
Sedih, sayu, hiba bercampur baur bila melihat gambar2 Adam yang semakin kritikal. Air mata mengalir tak tertahan2.. Adam Nufail, si kecil yang menghidap barah dalam abdomen. . Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari ini, ulangtahun kelahiran Adam diraikan dalam suasana sederhana walaupun tarikh sebenar jatuh pada 18 Oktober.

Jumaat lepas, aku sempat sms Maznah bertanyakan tentang keadaan Adam. Menurutnya, Adam semakin kritikal dan ketumbuhannya semakin membesar.. dan Adam telah dibawa pulang kerumah, bersedia untuk sebarang kemungkinan... :'(

semoga Maznah, ibu Adam tabah menghadapi dugaan dariNya

gambar yang telah membuatkan air mata aku tak henti mengalir... :'(

walaupun doktor menjangkakan hayat Adam tak mampu bertahan lama, namun Adam masih kuat untuk duduk..

wajah si kecil yang bersih..

Adam ketika di Hospital Alor Gajah, Melaka.. Patung simpson, kopiah biru dan koleksi cerita Upin & Ipin, adalah 3 benda yang sentiasa menemani si kecil ini...

Kasih seorang ibu...





Sumber : Gambar Facebook Maznah Amir (Ibu Adam Nufail)

Aktiviti Ahad

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 02, 2011 2 comments
Aktiviti Ahad? Sebenarnya hari ni aku takder apa aktiviti pon... makan tido jer la kat rumah.. my asben keje, kat rumah aku pandang muka Ainul, Ainul pandang muka aku... asalnya ingat nak pergi KLCC, tapi bila pikir2 balik, malas lah pulak..... Dari pagi tengok tv sampai malam, sambil2 tu sempat juga la memasak Nasi Beriyani Pak Ngah... Nyum3... banyak gila, tak abis pon lagi dalam periuk tu.. hehehe...

Yang ni kek layer pandan, aku order dari kawan sekolah aku, Hairiyah.. aku punya dua bekas jer, yang lain2 tu semua kawan opis aku punya, esok baru aku bawakkan pergi kerja... kek ni memang sedap.. anak aku, Ainul, memang melekat jer kat peti ais sebab nak makan kek ni... nyum3..

Oleh sebab raya dah abes, apalagi... misi mengira angpau duit raya yang masih berbaki lagi... ermmm.. banyak juga lagi.. aku rasa aku dah bagi cukup banyak dah kat kanak2, tapi masih ada lagi.. rugi ar sapa yang tak salam aku time raya hari tu... hahaha!

Ni la rupanya baki duit raya yang masih berbaki lagi tu... RM1=58keping, RM5=11keping, RM10=9keping... okay! esok kita shopping!

29 September 2011

Tangan Harapan

By Dalia Hassan at Khamis, September 29, 2011 0 comments
Sharing Is Caring

Gambar dibawah ini mula diedarkan pada bulan November tahun lepas. Rasanya gambar ni adalah "The Picture of the Year," atau mungkin, "Picture of Decade." 


 
Gambar tersebut adalah bayi 21 minggu yang masih didalam kandungan bernama Samuel Alexander Armas, yang dikendalikan oleh pakar bedah bernama Joseph Bruner. Bayi itu disahkan dengan spina bifida dan tidak akan hidup jika dikeluarkan dari rahim ibunya. Ibu Samuel , Julie Armas, adalah jururawat obstetrik di Atlanta. Dia tahu prosedur pembedahan yang luar biasa dilakukan Dr Bruner. Amalan di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, dia melakukan pembedahan khas semasa bayi masih di dalam rahim. 


Semasa prosedur, doktor membuang rahim melalui seksyen C-dan membuat insisi kecil untuk beroperasi pada bayi. Ketika Dr Bruner selesai pembedahan pada Samuel, jari jemari comel bayi itu menggenggam jari pakar bedah, seakan menaruh harapan yang tinggi terhadap pembedahan itu. Dr Bruner telah dilaporkan sebagai berkata bahawa apabila jarinya digenggam si bayi, ia merupakan masa yang paling emosi dalam kehidupannya, dan ianya kaku kerana terpaku dengan keadaan itu.


 "Tangan kecil bayi 21 minggu Samuel Alexander Armas muncul dari rahim ibu seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana menghadiahkan kehidupan.


Dan pembedahan itu 100% berjaya....



Alia : Hadoi... susah jugak nak menterjemahkan ayat2 tu... kalau korang tak faham, buat2 faham dah la yer.. hihihihi!

My Incoming Holiday

By Dalia Hassan at Khamis, September 29, 2011 0 comments
Yeayyyyy! Confirm! My incoming holiday......

Pulau Krabi, Thailand : 15, 16 & 17 Januari 2012... Aku cuma pergi bertiga jer ngan Kak Wani dan Kak Maz... Asben dan anak masing2 tinggal.. bujang sekejap... tak sabar rasanya nak tunggu waktu tu... merehatkan minda, lupakan kerja... best2...

Limastiga Homestay, Melaka : 25&26 Oktober 2011... yang ni pakej termasuk asben dan anak2.. kami akan pergi dua family, aku dan kak wani... cantik dan best! hehehe...



28 September 2011

Shooting Filem

By Dalia Hassan at Rabu, September 28, 2011 0 comments
Eh! Bukan aku tau yang shooting ni.. Diorang ni buat filem Taikun, shooting kat tempat aku.. So aku pun menyibukkan diri la sambil berkenalan dan beramah mesra dengan krew filem ni.. Diorang memang best! Peramah.. Hehe


skrip

Along Rajalawak yang mesra alam dan kecoh!

Samsun ngah menghafal dialog... sepatutnya watak dia ni Tuan Khai yang pegang, tapi Tuan Khai a.k.a Baim Wong busy bertugas di Empire Gallery yang meletup tu... haiii! melepas aku nak tengok bos aku berlakon..

tempat krew makan (kitorang pon join makan sekali) hahahah!

Sebenarnya banyak lagi gambar, insyaAllah esok aku masukkan lagi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Letupan di Empire Gallery Subang

By Dalia Hassan at Rabu, September 28, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi aku sampai opis dalam kul 7.45am.. punch card, turun bawah semula masuk opis, baru on komputer then my boss Tuan Khai a.k.a Baim Wong masuk opis aku sambil bawa senaskah skrip (saja ja la tu nak bagitau dia berlakon) Sambil berborak ngan dia, dia bagitau yang Empire Shopping Gallery Subang runtuh akibat letupan... terkejut jugalah aku, yer la... ingatkan kenapa, rupanya berpunca dari letupan dari saluran paip gas di bawah bangunan terbabit. Ramai anggota dan pegawai dari tempat aku ni diarahkan untuk bertugas di sana... Aku difahamkan bahawa empat orang cedera manakala lebih 300 yang lain terselamat dari letupan tersebut.






Gambar: kredit tu jiran sepagarku merangkap teman sekerjaku, Shahazrin yang bertugas ditempat kejadian. Thanks yer...

Empat orang yang terperangkap di tingkat bawah kompleks terbabit yang menempatkan sebuah hotel, di selamatkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. Letupan tangki gas pada jam  3.45 pagi berlaku di kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah juga merosakkan dua tingkat lagi kompleks berkenaan.


Mereka yang tercedera ialah seorang pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan yang mengalami luka-luka akibat terkena serpihan kaca yang pecah telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

27 September 2011

Stacy - Kisah Dongeng

By Dalia Hassan at Selasa, September 27, 2011 0 comments
Suka sangat lagu ni... tak tau kenapa, tapi lirik dia macam best jer.. kat opis dari pagi sampai petang aku dengar lagu ni jer.. bak kata kawan seopisku, "naik muntah aku dengar lagu ni!" hahaha

Hari Ini : 27 September 2011

By Dalia Hassan at Selasa, September 27, 2011 0 comments
Hari ni aku menyambung semula rutin harianku setelah tiga hari bercuti.. ermmm.. rindu juga kat opis.. tapi yang tak boleh blahnya, aku tak pernah lewat bangun pagi, tapi hari ni entah camana aku terlewat. 6.45am baru aku terbangun sedangkan biasanya 6.45am tu aku dah kuar dari rumah.. bila dah terlewat, aku sms linie bagitau yang aku terlewat bangun... kak wanie yang tau aku terlewat terus call aku, dia pelik sebab aku lewat bangun sebab biasanya aku tak pernah lewat... hahahaha! janganlah pelik yer kak wanie.. tadi kita dah terbangun dalam 5am, tapi oleh sebab awal lagi, sambung tidur semula... terlupa yang malam tadi aku silentkan handphone, tu yang alarm biasanya aku set pukul 5.45am, tak berbunyi langsung! huhuhu.... dan akhirnya aku kesiangan....

Walaupun terlewat, aku sempat kukus keledek madu yang aku beli kat cameron highland aritu... nyum3.. memang sedap cicah dengan sambal tumis yang aku dah siapkan malam tadi... (sampai terlupa nak amik gambar) Selain keledek kukus, aku bawak kek, jeruk jambu, buah kering, dan strawberry serta pokok cili yang aku beli kat cameron... saja nak letak pokok cili tu kat opis, senang nak amik kalau masak meggie.. hehehe..

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review