Sahabat

Halaman

15 Januari 2012

Check List

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 15, 2012 2 comments
Ya! kurang dari 5 jam aku akan terbang ke Pulau Krabi, Thailand bersama rakan2..... tak sabar rasanya nak pegi bercuti...

Okay... barang2 yang perlu aku bawa....

 ► Passport
 ► Boarding Pass
 ► Baht Thailand
 ► Galaxy Tab
 ► Pakaian secukup rasa
 ► Berus gigi, ubat gigi (yang lain2 tu boleh beli kat sana)
 ► Cokelat
 ► Kamera
 ► Charger kamera, handphone dan galaxy tab

Okay... semuanya dah tersedia... harap2 takder yang tercicir la... Doakan kami selamat pegi dan kembali yer... Adios!

Alia : balik dari Langkawi ke Krabi... Cuti Raya Cina nanti ke PD pulak ngan family... Mak dah pesan Mac nanti ikut dia ke Medan, Indonesia... Mei nanti nak ke Bandung pula ngan kawan2.... mana nak cekau duit ni???? harap2 ada le adik beradik aku yang nak sponsor.  ɧɘɧɘɧɘɧɘ!

12 Januari 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Langkawi Island

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 12, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt....

Nak cerita skit tentang percutian aku ke Langkawi pada 6-9 Januari lepas. Da nak masuk 32 tahun dah umur aku (arghhh tua dah) dan inilah kali pertama aku menjejakkkan kaki ke Pulau Langkawi dan juga kali pertama aku menaiki Air Asia. So ada sedikit perasaan jakun bila sampai di sana. Kali pertama menaiki Air Asia, memang terasa berbeza dengan penerbangan MAS yang sememangnya sangat selesa berbanding  dengan Air Asia yang agak sedikit sempit. Tapi sesuai lah dengan harga yang dtawarkan.... bila aku cakap ngan abang ijat yang Air Asia sempit skit berbanding MAS, dia kata memanglah... Air Asia menggunakan airbus, manakala MAS menggunakan boeing.... ermmm... patut pun...


Sempat la aku merakamkan gambar sekitar percutian kami disana. jom layan.

Chalet yang kami duduk. Simple je tapi ok lah...

kenderaan yang kami sewa... Avanza

mak dalam kereta kabel

mak dan abah

Ainul Mardhiah


posing baik punya... sampai tak nampak mata...

Azhar dan Abang Ijat try guna Segway...

sempat lagi tu....


Azhar dan Zila... sibuk nak bergambar dengan ular, tapi penakut.. apa pun tak bleh!

di suatu petang....

Tasek Dayang Bunting... Satu pengalaman yang sangat best!

Dayang Bunting, dari jauh....



jumpa sedara....

hisssshhhhhh! apa ke buruknya menayang 'benda' tu... maluuuuuuu saya....








actress mana tah tersesat ni....






Pulau Beras Basah


sempat meng 'go-kart' kan diri... sampai sakit2 bahu aku... maklumlah... 'paut steering'.. bukan power steering hokay!



Galeri Perdana



Jom makan!


Rezeki terpijak!

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 12, 2012 0 comments
Beberapa hari lagi nak pergi bersantai kat Pulau Krabi, Thailand, tetiba je semalam aku terima satu cek berjumlah RM399.47 dari Takaful Ikhlas. Syukur Alhamdulillah. Boleh tambah2 duit belanja kat sana nanti. heheheh...

Syukurrr Alhamdulillah...

Jika seorang ISTERI menangis..

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 12, 2012 0 comments
Sharing Is Caring....




 Sahabat.....

* Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!

* Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh
pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia-nyiakannya.

* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..


* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...

Semoga bermanfaat

07 Januari 2012

Selamat pagi Langkawi

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 07, 2012 2 comments
Selamat pagi Langkawi.....

Malam tadi lebih kurang jam 9pm aku dan family telah selamat sampai ke Langkawi.... Alhamdulillah.... dan pagi ni kami akan memulakan aktiviti menjelajah segenap ceruk dan pelusuk Langkawi ni....

InsyaAllah balik dari Langkawi nanti aku akan update aktiviti aku disini....
chow!

02 Januari 2012

Blogwalking blogwalking blogwalking...

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 02, 2012 1 comments
Assalamualaikum...

Pagi tadi aku sempat ber blogwalking ke beberapa kediaman rakan blogger.. Ada yang dah beberapa kali aku singgah, dan ada juga yang kali pertama...

Aku nak share tentang satu blog ni, (klik sini)...



Kali pertama mengunjungi blog ni, no bertuah yang aku dapat adalah "05880" dimana 5880 adalah 4 digit terakhir di ic aku... kebetulan yang aku suka! ngeh3!


Jom kita singgah blog (,")Princess1405 (",)

Gara2 Adam Adli, aku ditempelak!

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 02, 2012 1 comments
Wah wah wah! tajuk memang tak boleh blah... tapi, inilah realiti, bukan fantasi. Gara-gara aku share satu link kat facebook berkaitan dengan rusuhan kecil di UPSI yang diketuai oleh Adam Adli, aku 'di doa' oleh seorang hamba Allah ni supaya Allah melaknat aku sebab sebarkan fitnah... Aisehhhh... tak tahu plak aku tak bleh nak share link pasal demontrasi kat UPSI tu... sebenarnya aku bukanlah penyokong mana2 parti politik, aku tak berminat pon nak ambik tau. Pada aku, Malaysia dah cukup aman dah... bila ada rusuhan kecil macam ni, aku rasa cam susah hati skit. Tapi tak boleh nak tuding jari salahkan mana2 pihak sebab, pada sebelah pihak mungkin beranggapan perbuatan diorang tu betul, begitu juga dengan pihak yang lagi satu...

Mamat ni kata sebab aku kerja ngan PDRM, semua kesalahan PDRM kita nak support. Ermmm.. aku rasa sebab aku kerja dengan PDRM lah, baru aku nampak warna sebenar depan mata aku sendiri. Kalau dulu aku tak berapa nak nampak, tapi sekarang semuanya jelas depan mata. Kadang2 kita dimaki walaupun bukan salah kita. Tapi nak buat camana kan, kalau kita 'berbalas pantun' dengan orang awam, silap2 esok pagi keluar muka depan akhbar, pihak polis itu ini begitu begini... haissshhhh! malang betul nasib pihak polis ni..

Inilah puncanya... aku share link "Pelajar UPSI Mengaku Adam Adli Dan Geng, Ganas!" Seingat aku, sejak aku berkecimpung dengan dunia facebook beberapa tahun yang lepas, inilah kali pertama aku share link ataupun update status yang berbaur politik. Inilah kali pertama. Aku tak berminat langsung dengan dunia politik, tapi aku juga tak sukakan keganasan, rusuhan, bla bla bla... Lebih2 lagi ianya melibatkan bakal2 guru yang berkemungkinan akan mendidik anak2 aku suatu hari nanti... Aku share link tu juga agar sama2 kita menilai, jangan hanya dengar sebelah pihak jer... terpulanglah pada mereka nak percaya yang mana satu... lagipun pendapat masing2 tak sama, cuma perlu hormat pendapat satu sama lain. Tak guna bergaduh, bertegang urat... kalau sebelah pihak mempertahankan hujahnya, begitu juga dengan sebelah pihak lagi... benda ni sampai bila2 pun takkan selesai.. masing2 ada hak untuk mengundi, gunakan hak anda sebagai pemilih...


Alia : Kepada sesiapa yang berkenaan tu, janganlah sampai minta Allah melaknat aku sebab share link yang dikatakan berita PALSU itu... masalahnya, kita tak tahu sama ada ia benar atau palsu... bagaimana jika kata2 'Cahaya Hidayah' adalah benar??? Adoiyaiiiiii.... :'(

01 Januari 2012

Hello 2012

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 01, 2012 0 comments
Selamat datang 2012... Semoga tahun baru ni akan membawa seribu berita gembira buatku dan juga keluarga. Aminnn.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review