Sahabat

Halaman

08 Februari 2012

Opsss Sorry Encik Polis! Tertekan Butang HELP....

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 08, 2012 0 comments
Tadi masa aku ngah layan perasaan dengan Mr.G kesayangan aku tu, tiba2 je aku tergerak hati nak tengok ainul buat apa ngan galaxy tab aku... katanya tengah main game, tapi hati aku rasa macam tak best... bila aku amik dari tangan dia, pelik gak aku bila tengok ada satu nombor ni banyak kali call aku... then tak lama pastu, aku dapat satu sms..

"tolong jwb tlpone, polis d bwh rumah, polis pronda ni kat bwh rumah"

terkejut gak aku bila baca sms tu, terus aku call no tu... rupanya anak bertuah aku tu, ainul dah tekan butang HELP kat MyDistress yang aku download kat tab aku... adoi la... bila aku turun bawah, 3 biji MPV polis dah tunggu kat bawah... nak cakap apa, sengih jer la... hehehe... nasib baik diorang faham bila aku kata anak aku yang main, aku tak perasan pon... mesti anak aku ingatkan tu game, pastu main tekan jer... tak pasal2 kecoh satu taman aku tu... huhuhu!



Takper, yang penting aku dapat dua pengalaman baru hari ni... "KENANGAN TERINDAH" dalam hidup aku... dan sekurang2nya aku tau sistem MyDistress PDRM tu memang berkesan... hahahaha! sorry ye menyusahkan encik2 polis semua (ketawa dalam luka)

Untuk rujukan korang tentang MyDistress ni, boleh la jenguk website ni  MyDistress Call

Sekali Terguris, Selamanya Terhiris....

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 08, 2012 0 comments
Sekarang jam 6:36pm aku masih lagi berada kat opis seorang diri... bukan menyiapkan kerja, tapi sedang menahan rasa di dada akibat kena marah ngan boss tadi... Aku yakin mesti ramai kawan2 aku kat tingkat 8 tu pun terkejut bila insp Rahman tiba2 mengamuk marahkan aku masa aku nak minta tandatangan dia tadi... Dia marah aku sebab tak jawab soalan dia, sedangkan aku tak tahu jawapan apa nak bagi kat dia...

Serius tadi, aku memang dah nak menangis... Dengan masalah aku yang belum settle lagi, dengan segala rasa yang aku simpan dalam, dengan senggugut lagi... dengan mood yang bercampur baur tak menentu, tetiba je kena marah dengan dia. Sedih sangat. Satu opis tingkat 8 tu dengar dia tengking aku sampai semua orang terdiam. Aku rasa kesalahan aku tak ada la besar sangat, cuma tak bagi dia jawapan yang tepat... Tapi, bila dia dah tengking2 aku, terpaksa lah aku jawab juga walaupun tak tahu samaada jawapan aku bagi tu betul ke tidak. Pastu bila dia tengok aku macam nak nangis, pandai pulak tu cakap "alaaa... janganlah sedih sangat"... yang buat aku lebih sakit hati tu, pas dia cakap ayat tu, boleh pulak dia gelak dan usik2 aku... sakit hati aku... dah la marah2 aku sesuka hati, memalukan aku... dia ingat aku ni tak ada perasaan, tak ada maruah?

Entahlah. Masa aku nak balik tadi, masa tunggu lif pun dia ada gak menyibuk kat depan pintu tu.. dia sempat pesan kat aku, esok datang awal skit jumpa dia, kalau terlambat takper, dia bleh tunggu... yang penting sms dia dulu kalau lambat... ermmm... nak amik hati aku la tu agaknya pas puas marah2 aku...aku ngah berkira-kira ni esok tak nak jumpa dia, baik aku mintak sign pak engku jer... harap2 esok pak engku dah balik la dari cuti.... serius... sekali aku terguris, selamanya akan terhiris (ayat tak boleh blah! hahaha)

Gara2 dia, hari ni aku dah membazir banyak air mata... lepas punch card, balik cops terus wat entah apa2 keje sementara nak tunggu kak wani kuar dari opis.. nak balik rumah tak bleh, emosi terganggu... tak berani nak drive.. tadi bila kak wani kuar je dari opis balik rumah, aku terus menangis... haihhhhhh.... lega segala beban bila dapat menangis.... Yang bestnya, Sarjan Musa sebelum dia balik sempat singgah kat cops, semata2 nak jumpa aku... dia pesan kat aku, janganlah terkejut sangat pasal tuan rahman tu... tuan tu memang perangai macam tu... moody.... tapi dia ok... ermmm... aku senyum jer kat sarjan musa, tak cakap apa2 (sebab masa tu aku tak boleh nak cakap apa2, sbb ngah tahan nangis)...

Erm.. boleh tak kalau esok aku malas nak datang kerja... jiwa aku dah tak ada kat sana... rasa macam nak mintak transfer jer... agak2 kalau tukar ke Bukit Aman, bleh dapat cepat tak? huhuhuhu...

01 Februari 2012

Amalan Memakan Buah-Buahan

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 01, 2012 0 comments
Sharing Is Caring


- Makanlah buah limau (oren),kerana ia mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan fikiran.

- Makanlah buah anggur satu persatu (sebiji demi sebiji) kerana cara ini lebih berkhasiat.

- banyakkan memakan buah terung.Sesiapa yang memakannya sebagai penyakit,maka ia menjadi penyakit.Dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat maka ia menjadi ubat.

- Jika Allah mempunyai pohon yang lebih ringan daripada peria,maka sesungguhnya Dia SWT akan membuatnya untuk saudara kita Nabi Nuh a.s.Peria baik untuk kencing manis dan darah tinggi.

- Jika kamu bercadang hendak memasak sup(kuah),dianjurkan supaya memasukkan labu kedalamnya kerana sesungguhnya ini menambahkan fikiran dan akal.

- Makanlah buah-buahan pada awal musim kerana ia menjana kesihatan kepada badan dan menghidar penyakit.Sebaliknya hindarilah buah-buahan pada hujung musim kerana ia membawa penyakit kepada badan.

- Kurangkan mengambil makanan yang masam seperti jeruk dan epal hijau.

Sumber:Buku Rahsia Minda Hebat

Perbezaan Ketinggian Nabi Adam Dan Kaum Terdahulu

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 01, 2012 0 comments
Sharing Is Caring

Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ 
update Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan KitaJoin Churp2 & SAYS TANPA MODAL dan Anda Akan Tahu Betapa Mudah Buat Duit Beberapa Ratus Ringgit SEBULAN Secara On9 Sama ada melalui Blog @ Facebook... [JOIN CHURP2!!] [JOIN SAYS!!]
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
tinggi nabi adam Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.
Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s kat bawah ni. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.

replika baju nabi2 Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

replika baju nabi3 Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.
Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadapa bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.
Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).

replika baju nabi1 Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita
Gambar Perbezaan Ketinggian Nabi Adam & Kaum Terdahulu Dengan Kita

Setinggi-tinggi manusia, segagah-gagah manusia, sebesar-besar manusia, raja kepada segala-galanya tetap Allah SWT.

sumber : seifkhales

31 Januari 2012

Hari-Hari Tanpa Nasi

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 31, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni masuk hari ke lapan aku tak sentuh nasi dan roti. Kenapa? Semuanya pasal berat badan aku yang semakin suka2 hati naik tanpa bagi peluang kat aku.... tension. jeles pada kawan2 aku yang dah beranak pinak pon badan masih maintain lagi... kali ni aku betul2 nekad nak diet... tak kurus pun takper la, asalkan kembali ke asal.... tengok kat gambar, sangat buruk dan pastinya aku akan sentiasa mengelakkan diri dari berhadapan dengan lensa kamera.

Hari kelapan, aku cam rasa ada perubahan skit walaupun perubahan tu tak nampak dek mata kasar... hanya aku yang merasa perbezaan itu. Harap2 aku mampu mengawal nafsu selera makan sehingga berat badan aku kembali ke asal.... sesungguhnya, aku nekad!

Selamat Tinggal Januari..

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 31, 2012 0 comments
Selamat tinggal Januari, panjang umur kita jumpa lagi tahun depan.... 2013.

Januari tahun ni banyak memori yang tak dapat dilupakan... tiga minggu berturut-turut aku pergi bersantai di tepi pantai dan pulau... destinasi pertama, Pulau Langkawi... Destinasi kedua, Pulau Krabi dan destinasi terakhir Port Dickson... ketiga-tiga tempat ni memang banyak meninggalkan kenangan indah buat aku, terutamanya Pulau Krabi... hingga ke hari ini aku masih terasa rindu untuk kesana... InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, hujung tahun ni atau awal tahun hadapan akan aku usahakan untuk kesana lagi, mengunjungi tempat yang tak sempat aku singgah....

Oh Ya... kenangan januari tahun lepas.... seingat aku tak pernah aku ceritakan pada sesiapa walaupun di blog ni.. Januari 2011, bulan dimana aku telah disapa oleh seseorang yang aku tak pernah kenal dan semenjak tu sehingga sekarang orang yang aku tak kenal tu dah jadi kawan baik aku....ngam. sekepala. hahahaha! Selamat ulangtahun perkenalan kita yang pertama ya, my good friend, T~Ni.... kejap jer dah setahun, rasanya macam baru tadi je T~Ni tegur aku.... "aiiii... fotostat apa tu?" sambil jeling2 kat salinan ic yang aku fotostat tu... hahahah! kenangan.. kenangan... agaknya kalau masa tu mesin fotostat kami tak rosak, takder la aku merempat pergi kat tempat dia dan tumpang fotostat kat sana dan mungkin juga sampai sekarang aku tak geng ngan dia.... terima kasihlah pada mesin fotostat sebab sudi rosak.... hahahaha! ~biul~

27 Januari 2012

Happy Hour

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 27, 2012 0 comments
Ermmmm... tadi aku ngan Linie sempat ikut geng2 logistik, Ieyla, Tuan Naser, Cik Din, Halimi ngan Shaari pergi karaoke kat USJ 19.... Lama tak berkaraoke, sekali sekala best jugak... lebih lebih lagi diorang ni memang jenis yang kepala gila gila jugak, ngam ar ngan aku n linie ni yang tak berapa nak sudah... heheheh! mula2 segan la jugak kat diorang, tapi bila microfon dah ada kat tangan, hilang terus rasa segan tu... (eleh, entah bila la plak aku ni jadi penyegan kat diorang pon aku tak tau.. hahaha)

Oleh sebab tak banyak masa aku ngan Linie yang dah sememangnya berpakat dari awal akan nyanyi sama2, lagu pertama aku pilih lagu ni...

 

Gadis dan Bunga (Rahimah Rahim) pitching toksah cerita la, memang ke lautan lepas... tapi takper, yang penting biarlah sumbang, asalkan menyumbang... heheheh! (lepaskan tension kerja)

 

Then, Linie pilih lagu Kau Tetap Dalam Anganku (Azie).. lagu ni, memang aku tak berapa nak tau, so aku biarkan dia nyanyi sorang... heheheh


Yang atas ni, memang lagu wajib aku kalau pergi karaoke. Lagu Kembali oleh Intan Sarafina.. Tak taulah kenapa entah aku suka sangat lagu ni walaupun aku tau kalau aku nyanyi memang ke laut jugak... tapi, ada aku kesah? hehehehe...

Tu je la lagu yang kami pilih sebab sebenarnya kami kena balik awal... yang lain diorang la yang menyanyi lagu pilihan masing-masing... Ieyla ngan Che Halimi nyanyi lagu duet Achik ngan Siti Nordiana... Sedap gak suara Halimi tu walaupun pitching lari skit (ok la kalau nak dibandingkan dengan yang lain, especially Tuan Naser... hahaha! errrr... harap tuan tak baca apa yang aku tulis ni)

Ada satu satu lagu tu, kami nyanyi ramai2... memang happening la...



Cukup masa, sebelum aku ngan Linie balik, kami 'dipaksa' untuk menyanyikan sebuah lagu yang dipilih sendiri oleh tuan... nak tak nak terpaksalah jugak aku ngan Linie nyanyi.... Lagu Tenda Biru yang hampir-hampir jadi lagu 'Haru Biru'.... huhuhu! (nyanyi jugaklah.... kalau tak, diorang tak bagi kami balik)



Aku ingat, bila dah selesai nyanyi lagu Tenda Biru tu, kami dah boleh balik... rupanya kami ada kejutan!! hahahaha... memang takkan ku lupa sampai bila2 bila tuan suruh kami dengar balasan dari Tenda Biru ni yang dia nyanyikan... Ini baru la betul2 Haru Biru! hahahahah! tak sangka lagu macam ni pon ada.... inilah first time aku dengar lagu ni, serius! ketawa guling-guling aku, Linie ngan Ieyla bila dengar tuan menyanyi dengan gayanya sekali... sampai keluar air mata tengok dia menyanyi sambil di backup singer oleh Halimi, Shaari, ngan Cik Din... hahahaha! Nyesal aku tak rakam, kalau tak boleh tengok siaran ulangan... hahahaah!


Okaylah... Sekian cerita untuk hari ini...

Daaaaaaaaaaa....! (sambil tersenyum-senyum)

Suhaimi Bujang : Selamat Hari Lahir ke-30

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 27, 2012 0 comments
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu......
Allah selamatkan Suhaimi Bujang....
Allah selamatkan kamu....

Abang, selamat hari lahir yang 30 hari ini (27/1). Semoga sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya... Amin...

Mmmuaaaahhhhxx!
(tak leh cakap lebih2 kat cni.... segan... hahahahahahah!)

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review