Sahabat

Halaman

24 Jun 2012

Kenduri Kawin Di Jenderam Hilir, Dengkil

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 24, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku berkesempatan pergi ke majlis perkahwinan adik kepada bekas rakan sekerjaku, Ain di Kampung Orang Asli Jenderam Hilir, Dengkil. Ini kali kedua aku sampai ke kampung tu. Kali pertama aku sampai ke kampung tu pada tahun lepas, korang boleh baca cerita tu kat sini.

Kawan aku ni, walaupun tergolong dalam golongan orang asli, tapi rupa dia cantik.. Kurus.. tinggi.. memang cantik.. Ini kerana walaupun mereka berketurunan asli, tapi bapa mereka adalah keturunan pakistan yang telah lama menetap di Malaysia.

Meh layan gambar yang aku sempat ambil kat sana tadi..






kawan aku ni, ain,walaupun orang asli, tapi dia orang asli advance.. cantik. sebab ayah dia berketurunan pakistan.

Cam pelik plak tengok baju aku tu... (tapi baju tu mmg besar pun)
 
ainul yang terlebih excited

doa buat kedua mempelai..
 
adik ain (lupa la nama dia) hehehe.. ni lah pengantin perempuan..


Semoga berbahagia hingga keakhirnya...

Balik dari majlis, aku ngan linie terus melencong ke Jalan Tunku Abdul Rahman, KL... apalagi.. cari tudung la... hehehehehe...

23 Jun 2012

Oh Exam!

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 23, 2012 0 comments
Hari ni aku exam di Kolej Poly-Tech Mara, Bangi. Apa yang aku boleh cakap, aku sangat frust sebab lain yang baca lain yang keluar.. Sebenarnya soalan tu tak adalah yang susah sangat, tapi tak study, camana nak jawab kan? Hampir 30 soalan berkaitan dengan akaun.. ada yang aku ingat lagi, ada yang aku dah lupa, ada yang aku confuse.. erm. takper lah.. harap2 aku lulus la exam tu nanti. Mana tahu rezeki dan nasib kan? Tapi perasaan aku masa keluar dari dewan tadi tak sama dengan perasaan aku masa exam kewangan tahun lepas... masa exam kewangan tu, aku keluar dewan dengan perasaan yang sangat confident. Hari ni aku keluar dewan dengan perasaan yang serba tak kena.. susah hati.. haishhhh! Camana ni?

Balik dari exam, aku terus masuk opis coz aku dah janji ngan puan nora zura din, isteri bos sengalku Baim Wong celup nak jumpa dia... Dalam sejam lebih jugak aku melepak ngan dia kat cops tu, sampai tuan pun sms dia tanya bila nak balik... hahahah! aku kalau dah jumpa geng sekepala ni, memang susah nak berhenti bercakap... hahahahha! hilang rasa susah hati aku bila dapat bergelak2 ni...

Oklah.. tu je diari aku untuk hari ni... ngantuk ni.. esok ada kenduri kawin kat perkampungan orang asli jenderam hilir, dengkil.. jom!

21 Jun 2012

Hari ini punya cerita~

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 21, 2012 0 comments
Hari ni keje.. adoi la.. ngantuk gler aku hari ni, maklumlah semalam balik dari FINAS dah lewat, sampai rumah kul 12 lebih... pagi pulak pukul 6.15am dah keluar rumah sebab nak hantar adah balik rumah sewa dia kat shah alam sebelum aku pergi keje.. memang tersenggut2 la bawa kereta...

Sampai opis dalam pukul 7.15am.. sampai2 je aku terus bukak bekal yang aku bawa (2 biji telur separuh masak) sebagai sarapan aku pagi ni.. jadi la pengalas perut sementara nak tunggu makan tengahari... Serius! aku memang tak ada selera nak kerja hari ni.. kelopak mata pun tak boleh nak bukak besar2..  tak larat.. huhuhu! memang dari pagi aku dok perhati jam je yang seakan2 tak mahu bergerak.. tension je rasanya...

Dalam kul 3lebih, telefon aku berbunyi.. aikkk? cam kenal je no opis ni... tak penah2 dia kol aku guna no opis, inilah first time dia kol aku guna no opis... siapa? My good friend, T ~Ni la... terus cerah semula biji mata aku.. terkejut jugak coz setahu aku, dia cuti.. rupanya dia masuk opis jap, ada hal... dalam 20 minit lepas dia call aku, dia singgah opis aku jap... tak sampai 10 minit pun... okaylah tu, kan? ;-)

Tak lama pastu, mata aku mula mengada2... nak bukak pun payah.. pas jumpa Ain kat logistik, aku pergi tingkat 8 sementara nak tunggu waktu balik, nak terus punch card... baru je nak landing atas sofa, ada je yang mengganggu... akhirnya aku masuk bilik bos aku yang sengal tu (Baim Wong celup), mintak dia keluar jap dari bilik dia.. elok je dia keluar, aku terus tutup pintu bilik dan Zzzzzzzzz! Sorry ye bos.. dah terdesak sangat dah mata ni... hahahah!

Dalam kul 5pm, Azie masuk bilik, kejut aku cakap jam dah pukul 5, dah boleh balik.. jadikla kan dapat terlelap kejap.. kat bilik bos pulak tu.. hahahah! ala bos, bukan selalu pun.. kan.. kan.. heheh!

Alia : Sabtu ni lepas exam, nak melepak jap ngan puan nora.. jeng jeng jeng! sapa puan nora ni? hahahahaha! puan nora ni bini bos aku yang sengal tu la... Wife Baim Wong celup.. puan Nora ni pon inspektor jugak, tapi dia bertugas kat Bukit Aman... dia pun gila2 jugak sama macam asben dia.. hahaha!

Rakaman Program Karoot Komedia X (Astro)

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 21, 2012 2 comments
Semalam, kami ahli PERKEP Ipd Subang Jaya telah dijemput sebagai penonton oleh pihak astro untuk menghadiri satu rakaman program astro iaitu Karoot Komedia X yang bertempat di FINAS, Hulu Kelang. Memang best, tak kering gusi dibuatnya...

sempat jugak aku sediakan sandwich ni untuk 40 orang makan... bekalan takut kelaparan dalam bas.. heheh
sandwich + air kotak dutch lady... jadik la...









Layan jer la gambar tu yer... sebenarnya aku terlupa nak ambil gambar artis2 yang datang tu.. shuib, yus, jep, ebby yus, johan dan marsha... asyik gelak je, lupa nak amik gambar.. hahahaha! tapi diorang semua memang best... barang baik..  hehe!

16 Jun 2012

Program Joy Ride (Berbasikal)

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 16, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Wah, menarik benar program yang aku pergi hari ni. Berbasikal anjuran PERKEP Kontinjen Selangor.. Lama betul tak berbasikal.. Cuak jugalah awal2 tu tadi mana tau skill masa zaman sekolah dulu dah hilang.. Hehehe..
 
Tapi pagi yang kurasakan sangat nyaman bertukar menjadi panas bila aku tersesat jalan dan tersilap tempat. Mak aih. Aku sampai ke Puncak Alam untuk mencari lokasi Bukit Cerakah yang aku memang tak pernah pergi sebelum ni.. Rupanya tempat yang aku tuju tu adalah kampung Bukit Cerakah dan FELDA Bukit Cerakah, bukan Bukit Cerakah yang sepatutnya aku tuju.. Rupanya Puan Meyra pun sama macam aku, tersalah lokasi. Lokasi yang sebenar adalah di Taman Pertanian Bukit Cerakah yang terletak tidak jauh dari IPK Selangor.. APTB! Masa aku dan Puan Meyra sampai di lokasi sebenar, mereka sedang mengadakan senamrobik sebelum acara bermula.. Dari jauh aku dah nampak kelibat seseorang... Seseorang yang aku kenal dari zaman sekolah, schoolmate aku, ketua pengawas aku.. Juga orang kampung aku.. Setahu aku dia berpangkat Inspektor di IPK Sel.. Tapi macam sebelum2 ni, aku buat2 tak kenal je bila terserempak dengan dia.. Harap2 dia memang tak cam aku walaupun aku rasa mustahil la kalau dia tak kenal aku.. Hahaa!



Inilah basikal yang aku tunggang... memang tunggang langgang jadinya.. hahahah!

Puan Juliana dan Puan Meyra

 Ok. Nak cerita sikit pengalaman berbasikal aku ni.. Ya ampun. Jalan berbukit bukau.. Turun bukit, syok la tapi tang naik bukit tu, nak pengsan je rasa.. Tapi aku berjaya habiskan kayuhan 10km di tempat ke 22.. Ok la kan? Daripada berpuluh2 peserta tu, aku yg ke 22, puan Juliana di tempat ke 25, puan meyra di tempat ke 6.. Yang best, peserta dari tempat pertama hingga 25, muzik yang diperdengarkan adalah paluan kompang.. Manakala tempat ke 26 dan seterusnya muzik yang dimainkan berbunyi agak sedih skit.. Heheehe..

Heheheh.. Bos yang jadik driver.. Ko ada? ;p

angka 66 yang membawa tuah.. (walaupun tempat ke-7)
 Dan sekarang, serasa urat2 kaki semakin menegang.. Adoi la.. Sakit badan2 dan kakiku ini.. Sapa nak tolong urut ni? Huhuhu!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Jun 2012

Homemade Jus Alpokat

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 12, 2012 0 comments
Akhirnya...

Setelah hampir dua minggu aku simpan buah avacado dalam peti sejuk, hari ni aku berjaya jugak jadikan ia jus alpokat.... untuk pengetahuan korang, buah avacado ni aku beli kat Jakarta, sebelum aku balik ke Malaysia tempohari... kalau nak beli kat Malaysia, sebiji lebih kurang RM4.90... Jadi, alang2 dah ke sana, aku borong la beberapa biji untuk dibuat stok aku kat sini...


Tuuuuuu diaaaaaa... Oleh sebab kat rumah aku tak ada sos cokelat hershey tu, so aku gantikan dengan aiskrim cokelat... Yang penting, rasanya memang menusuk kalbu.... Sedap banget....

Jemput minum......

Main Masak Masak

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 12, 2012 0 comments
Main masak2? apa tu? heheheh... sebenarnya semalam aku teringin sangat nak makan ketupat n rendang... tu yang aku masak menu raya tu, maklumlah semalam aku tak kerja... cuti... jom layan gambar ni... tak la sesedap yang mak masak, tapi bolehlah... sedaplah jugak.. hihihi...

Tengok Ainul tu... Sempat je dia menyelit bila aku amik gambar. Hehehe

10 Jun 2012

Oh My Good Friend...

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 10, 2012 2 comments
Hai hai hai...

Oh My Good Friend, T~Ni... Setelah hampir dua minggu menyepikan diri, akhirnya hari ni muncul semula... Dan hari ni juga kami meluahkan rasa ketidakpuasan hati masing2.. Rasa sakit hati yang dah melanda diri sejak penghujung March.. Dan, kini segala kebuntuan terlerai.. Segalanya kembali ok.. Harap persahabatan yang terjalin semenjak Januari 2011 akan sentiasa mekar mewangi (hahaha ayat macam ngah bercinta la plak)

Teeettttttttt!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review