Sahabat

Halaman

15 Februari 2013

Uri Yang Terletak Rendah (Plasenta Previa)

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments


Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
i) plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
ii) bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
iii) plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
iv) plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. itu semestinya bukan plasenta previa. semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan "bermigrasi" ke atas di waktu trimester ketiga.

APAKAH BEBERAPA PETANDA AMARAN PLASENTA PREVIA?
perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

ADAKAH SESETENGAH WANITA LEBIH BERISIKO DARI YANG LAIN?
wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara. 



Adab Ketika Menyambut Kelahiran Bayi

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

INTRAUTERINE INSEMINATION (IUI)

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Kredit : Facebook Senang Hamil

IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. iui hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat. indikasi bagi IUI termasuk:
1. masalah ovulasi
2. cecair serviks yang tidak memadai
3. endometriosis
4. masalah sperma (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. faktor immunologi (antisperm antibodies)
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. pendermaan sperma


dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari. ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau suntikan gonadotropin setiap hari. apabila diameter folikel telah mencecah 18 mm, suntilan hcg akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. suntikan hcg biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur iui dijalankan 36 jam berikutnya.

pada hari prosedur iui dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.

• mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum mengeluarkan sampel
• memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
• digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
• mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
• elakkan menggunakan pelincir atau sabun
• elakkan semen dari tertumpah

embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma aktif yang tinggi akan diinseminasi ke dalam uterus.

prosedur iui tidak memerlukan bius dan ianya hampir sama seperti pap smear. spekulum digunakan untuk membuka bukaan vagina. ini memudahkan doktor untuk memasukkan kateter ke dalam serviks

keseluruhan prosedur hanya mengambil masa 5 minit untuk selesai. selepas IUI, pesakit memerlukan sokongan peleutenan seperti tablet vagina atau suntikan. perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

• banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan. anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya
• minum air secukupnya
• elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan

Bersalin Menggunakan Forcep

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring
Credit : Facebook Senang Hamil

syarat-syarat untuk bersalin menggunakan forsep
1. doktor akan memastikan serviks telah terbuka sepenuhnya. ini kerana serviks yang tidak terbuka akan menjadi penghalang untuk menggunakan forsep
2. persembahan bayi mestilah sama ada puncak ataupun muka.
3. kepala bayi harus berada dalam keadaan tergantung di bukaan serviks.
4. pundi kencing mesti dikosongkan.

PROSEDUR

1. doktor akan memeriksa saiz kepala bayi san saluran kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran.
2. doktor akan memeriksa tulang pelvis bakal ibu dan kedudukan kepala bayi sebelum memasukkan forsep.
3. anda akan diletakkan pada kedudukan lithotomy (kedua-dua belah kaki diletakkan di atas pemegang di bahagian sisi katil).
4. kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.
5. sekiranya perlu, doktor akan membuat episiotomi untuk meluaskan lagi bukaan untuk memudahkan forsep dimasukkan dan seterusnya memegang kepala bayi.
6. apabila forsep telah memegang kepala bayi, doktor akan menarik dan pada masa yang sama anda perlu meneran untuk membantu bayi keluar.

Bersalin Menggunakan Vakum

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 15, 2013 0 comments

Sharing Is Caring

Kredit : Facebook Senang Hamil

Prosedur

1. doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.
2. berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.
3. anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy)
4. tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.
5. seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina.
6. cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.
7. semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran.
8. setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.
9. ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan.
10. antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.
11. episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar.
12. sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.
13. seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.
14. plasenta akan dikeluarkan.
15. luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.
16. selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. ia akan hilang selepas 3 bulan.

25 Januari 2013

MC Pertama Ainul

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 25, 2013 0 comments
Cian anak mama demam...

Dan hari ni, Ainul dapat MC pertama dia...

Tarrrrrraaaaaaaaaaaaa!



Hari Keluarga @ Sunway Lagoon

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 25, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ni aktiviti hari keluarga IPD Subang Jaya yang telah berlangsung di Sunway Lagoon pada 20 Januari 2013.. Walaupun dengan perut yang memboyot (masuk 8 bulan dah..), aku tak lepaskan peluang bawa Ainul ke sana.. lagipun percuma.. aku memang suka benda percuma ni.. lebih-lebih lagi kalau nak beli sendiri tiket sunway lagoon yang mahal tu, memang tak la... kedekut ckit... heheheh!

Jom layan gambar2 yang sempat aku tangkap..

Ainul dengan anak bujang Linie

ucapan dari tuan KPD Subang Jaya







Linie dan anak2..



Tuan KPD dan Tuan Timbalan...

apa yang diguraukan oleh Tuan KBKA dan Yana..


Ain logistik dan Wati transport : gossip ker? hahaha!

Yana yang tak reti senyap... pot pet pot pet jer.. haha!




Alamak Rayyan... auntie nampak la dia punya... tak aluuuuuuu! :p

seronok Ainul sekali sekala dapat beriadah macam ni...






Linie dan anak2 bujangnya...

Ainul gayat naik jambatan gantung...

mama pun gayat jugakkkkk... huhu!

sayupppppp je dari atas jambatan ni... huhuh!




mama, jom kita pergi sana pulak!

19 Januari 2013

Kek Keju Meleleh

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 19, 2013 4 comments
Assalamualaikum wbt...

Korang pernah dengar tak pasal kek keju meleleh? memang meleleh la.. air liur pun meleleh kalau tak dapat makan... ngeeeeeee!

Kek Keju Meleleh ni dibuat oleh Chef Sanif..

Meh layan gambar yang betul2 meleleh ni...



Dan aku dengan rasminya dah daftar sebagai pengedar... direct terus dengan Chef Sanif dan dah berborak panjang dengan dia... seronok berborak dan bertentang mata dengan dia dan isteri, banyak ilmu yang aku dapat.... Ilmu perniagaan... Sharing is caring, kan? heheheh!

Buat masa ni aku nak jual kat area2 cni jer, sekadar berkongsi kesedapan kek ni dengan kawan2 seopis dan jiran2... RM18 jer.. sangat murah dan rasanya memang terbaik... Didatangkan dalam 3 perasa... Pandan, Coklat dan Strawberry... Yummmmmmmyyyyy!

Lets makan!

Kek Keju Meleleh... 
kek keju yang meleleh dan gebu..paling huru hara dalam pasaran,tak hingat makan terus pengsan... 

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review