IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. iui hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat. indikasi bagi IUI termasuk:
1. masalah ovulasi
2. cecair serviks yang tidak memadai
3. endometriosis
4. masalah sperma (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. faktor immunologi (antisperm antibodies)
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. pendermaan sperma
dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari. ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau suntikan gonadotropin setiap hari. apabila diameter folikel telah mencecah 18 mm, suntilan hcg akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. suntikan hcg biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur iui dijalankan 36 jam berikutnya.
pada hari prosedur iui dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.
• mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum mengeluarkan sampel
• memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
• digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
• mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
• elakkan menggunakan pelincir atau sabun
• elakkan semen dari tertumpah
embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma aktif yang tinggi akan diinseminasi ke dalam uterus.
prosedur iui tidak memerlukan bius dan ianya hampir sama seperti pap smear. spekulum digunakan untuk membuka bukaan vagina. ini memudahkan doktor untuk memasukkan kateter ke dalam serviks
keseluruhan prosedur hanya mengambil masa 5 minit untuk selesai. selepas IUI, pesakit memerlukan sokongan peleutenan seperti tablet vagina atau suntikan. perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
• banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan. anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya
• minum air secukupnya
• elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan
0 comments:
Catat Ulasan