Sooooooo trueeee....
Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
07 Oktober 2013
Puding Roti Bersos Kastad
Oleh sebab Sabtu kelmarin aku keje, so hari ni aku off la.. So untuk mengisi masa lapang aku hari ni, dengan kerajinan yang ada aku plan nak buat puding roti dan sos kastad..
Puding roti yang aku buat ni, bukan aku makan sangat sebenarnya. aku suka buat je biar encik asben yang makan... aku kurang suka skit makan macam ni... tapi bila tengok encik asben makan banyak, senang hati aku.. (Biar dia banyak makan, takder la aku sorang2 yang gemuk)
![]() |
![]() |
tuuuu diaaaaa... |
![]() |
puding roti (lom simbah sos kastad lagi), ketam masak lemak cili api dan kacang buncis goreng... |
![]() |
yang ni sebelum masuk oven.. |
![]() |
tengok encik asben ku itu.. ngulang makan entah yang ke berapa kali ntah... sedap katanya... |
06 Oktober 2013
05 Oktober 2013
Bola Lagi....
Tahniah kepada pasukan TRW kerana berjaya mengalahkan pasukan JDT 6-1 malam tadi...
Buat JDT, aku akan sentiasa setia menyokong anda tak kira menang atau kalah... Menang kalah adat pertandingan.. mungkin kali ni bukan rezeki kita.. tapi mana tahu akan datang, kann? Yang penting usaha.. selebihnya biarlah Allah yang uruskan kerana Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita...
Errrr... tapi tadi memang aku tak sempat nak tengok perlawanan tu.. lepas maghrib tadi encik asben tetiba ajak pergi pasar malam kat Masjid India, KL.. teringin nak makan sesuatu katanya... (rupanya nak makan steamboat cucuk dengan beli kepok lekor mentah) ngeeeeeee!
Buat penjaga gol JDT, Al Hafiz, takziah atas pemergian anakanda kesayangan awal pagi tadi... Al Fatihah.... Syurga tempatmu dik...
Kerja Di Hari Sabtu
Bekerja di pagi Sabtu memang membosankan... tapi dalam bosan seronok juga sebab Isnin bleh off.. Ala.. bukan lama pun, sampai tengahari je.. tapi nak tunggu sampai tengahari tu rasa macam nak tunggu malam.. lambat tul masa berlalu...
04 Oktober 2013
Jumaat Yang Indah
Jumaat yang indah? Betul ker indah? Hahahahha takder maknanya indah... esok aku kena kerja...
Haishhhhhh!
Aku Tetap Aku...
Assalamualaikum wbt...
Serius. Biasanya kita cuba menjaga hati sahabat kita sehabis mampu walaupun kadang kadang ianya memberi kesan kepada kita. Sejak dari sekolah aku bukanlah jenis yang suka ambil tahu hal orang lain. Tak minat. Tak suka. Tak kuasa... dalam kelas aku dan teman sebelahku lebih suka buat hal sendiri dari bergosip tak tentu pasal... tapi dalam masa yang sama aku masih boleh bergaul dengan sesiapa mengikut keadaan. Bersukan. Zapin. Gerko. Lain2.
Walaupun berada dalam kelas yang dikategorikan sebagai kelas terpilih (akademik dan sukan), aku lebih selesa bergaul dengan kawan2 dari kelas2 lain.. kenapa? Sebab aku kurang selesa dengan sikap mereka yang 'macam bagus' 'perasan cantik' 'akulah yang bijak' dll..... aku tak mahu dan tak ingin jadi seperti mereka. Tapi dalam masa yang sama, aku tetap mengaktifkan diri dalam apa2 aktiviti bersama mereka. Kami tetap kawan. Bergelak ketawa suka duka sama sama.
Aku bercerita bukan sebab nak menunjuk yang aku ni baik. Bukan aku meninggi diri. Aku manusia biasa yang banyak kelemahan. Banyak lakukan kesilapan. Betul. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. walau macamanapun kita cuba elakkan sesuatu itu terjadi, tapi jika ianya sudah tertulis, ianya akan tetap terjadi...
Belajar dari pengalaman membuatkan aku cuba untuk jaga hati dan perasaan aku sendiri daripada menjaga perasaan orang lain. Susah. Sangat susah. Terkadang aku terpaksa mengiyakan sesuatu yang tidak benar demi menjaga air muka seseorang. Bukan sekali tapi kerap kali.. ianya berlaku sejak dulu lagi dan berlarutan sehingga kini... cuma, sekarang aku lebih berani berterus terang walau dihati timbul perasaan risau andai mereka terguris dengan kata2 aku.. sungguh.. mungkin pernah timbul persoalan dan tanda tanya yang mungkin aku panjangkan pada teman rapatku, tapi percayalah ianya setakat berakhir hanya disitu. Sekadar cuba meluahkan apa yang terlintas difikiran. Meleraikan apa yang terbuku diminda..
Buat sahabat2ku... Andai kalian pernah terasa hati dengan segala tutur kataku, segala tingkah laku aku, maafkanlah aku.. walau sejauh mana aku melangkah, walau setinggi mana aku di angkasa, walau sedalam mana aku aku didasar, AKU TETAP AKU YANG DULU... sahabat amat penting dalam hidup aku.. melengkapkan hariku agar lebih ceria...
Sekian.
Mode : Rindu kawan2 lama....