Sahabat

Halaman

07 Oktober 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 07, 2013 0 comments

Sooooooo trueeee....

Puding Roti Bersos Kastad

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 07, 2013 0 comments

Oleh sebab Sabtu kelmarin aku keje, so hari ni aku off la.. So untuk mengisi masa lapang aku hari ni, dengan kerajinan yang ada aku plan nak buat puding roti dan sos kastad..
Pagi2 lagi aku dah ajak encik asben merempit pegi pasar beli barang untuk masak makanan tengahari sekali.. ingat nak drive sendiri, tapi memandangkan biasanya waktu2 pagi confirm jalan jem, tu yang aku ajak encik asben merempit.. senang dan cepat.. heheh.. sempat ikut encik asben pegi sungai buloh jap beli barang dia..
Siap jer masak makanan tengahari (ketam masak gulai cili api & kacang buncis goreng) serta pencuci mulut, puding roti bersos kastad, aku pun guling guling atas katil menikmati keindahan hari cuti yang begitu berharga sekali.. hahaha poyo jer.. bukan apa, susah nak dapat rilek camni.. Ahad walaupun cuti, tapi melayan si kecik dengan kakaknya tu pun boleh buat kita letih sangat.. tak cukup tidur lagi.. so hari ni taska buka, apalagi... inilah masanya... hahaha!

Puding roti yang aku buat ni, bukan aku makan sangat sebenarnya. aku suka buat je biar encik asben yang makan... aku kurang suka skit makan macam ni... tapi bila tengok encik asben makan banyak, senang hati aku.. (Biar dia banyak makan, takder la aku sorang2 yang gemuk)
Hahahhahaha!
tuuuu diaaaaa...
puding roti (lom simbah sos kastad lagi), ketam masak lemak cili api dan kacang buncis goreng...
yang ni sebelum masuk oven..
tengok encik asben ku itu.. ngulang makan entah yang ke berapa kali ntah... sedap katanya...

06 Oktober 2013

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 06, 2013 0 comments

05 Oktober 2013

Bola Lagi....

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 05, 2013 0 comments


Tahniah kepada pasukan TRW kerana berjaya mengalahkan pasukan JDT 6-1 malam tadi...

Buat JDT, aku akan sentiasa setia menyokong anda tak kira menang atau kalah... Menang kalah adat pertandingan.. mungkin kali ni bukan rezeki kita.. tapi mana tahu akan datang, kann? Yang penting usaha.. selebihnya biarlah Allah yang uruskan kerana Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita...

Errrr... tapi tadi memang aku tak sempat nak tengok perlawanan tu.. lepas maghrib tadi encik asben tetiba ajak pergi pasar malam kat Masjid India, KL.. teringin nak makan sesuatu katanya... (rupanya nak makan steamboat cucuk dengan beli kepok lekor mentah) ngeeeeeee!

Buat penjaga gol JDT, Al Hafiz, takziah atas pemergian anakanda kesayangan awal pagi tadi... Al Fatihah.... Syurga tempatmu dik...

Kerja Di Hari Sabtu

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 05, 2013 2 comments

Bekerja di pagi Sabtu memang membosankan... tapi dalam bosan seronok juga sebab Isnin bleh off.. Ala.. bukan lama pun,  sampai tengahari je.. tapi nak tunggu sampai tengahari tu rasa macam nak tunggu malam.. lambat tul masa berlalu...

Macam tau tau jer yang aku rindu kawan2 lama, Ayu msg aku.. dia tanya mana aku kenal si Kuyah tu, budak yang aku rekemen keje kat company tu.. Aku bagitau la yang aku tak kenal dia, tapi aku kenal Azie, sedara si kuyah tu.. Azie tu kawan opis aku. Aritu aku dengar dia sibuk tolong si Kuyah ni carikan keje. Bila aku tau dia bleh buat akaun, tu yang aku call si Ayu tanya ada kosong tak kat sana.. Aku tau company lama aku tu memang banyak nak guna staff akaun. Company besar. Yang best, kerja di bawah orang Melayu yang berjaya dan tidak meninggi diri.. itulah Dato Syed.

Nak dijadikan cerita bila Kuyah pergi interview kat sana, rupanya si Kuyah ni sepupu kak ina, staff company tu juga..  alahai keciknya dunia.. bak kata Ayu, pusing pusing kat situ jugak.. hahaha! Dan Alhamdulillah Kuyah dah pun keje kat sana start Isnin lepas... dia kena handle akaun syarikat balak Dato.. ok la tu.. kalau aku dulu pernah handle akaun syarikat yang membekal rangsum basah dan kering di kem2 sekitar Kelantan dan Pahang.. 

Ayu bagi cadangan nak buat reunion semua staff dan x-staff dato.. ermmm.. macam best je kan? I like~ Ngeeeeee...

04 Oktober 2013

Jumaat Yang Indah

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 04, 2013 0 comments


Jumaat yang indah? Betul ker indah? Hahahahha takder maknanya indah... esok aku kena kerja...

Haishhhhhh!

Aku Tetap Aku...

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 04, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Serius. Biasanya kita cuba menjaga hati sahabat kita sehabis mampu walaupun kadang kadang ianya memberi kesan kepada kita. Sejak dari sekolah aku bukanlah jenis yang suka ambil tahu hal orang lain. Tak minat. Tak suka. Tak kuasa... dalam kelas aku dan teman sebelahku lebih suka buat hal sendiri dari bergosip tak tentu pasal... tapi dalam masa yang sama aku masih boleh bergaul dengan sesiapa mengikut keadaan. Bersukan. Zapin. Gerko. Lain2.

Walaupun berada dalam kelas yang dikategorikan sebagai kelas terpilih (akademik dan sukan), aku lebih selesa bergaul dengan kawan2 dari kelas2 lain.. kenapa? Sebab aku kurang selesa dengan sikap mereka yang 'macam bagus' 'perasan cantik' 'akulah yang bijak' dll..... aku tak mahu dan tak ingin jadi seperti mereka.  Tapi dalam masa yang sama, aku tetap mengaktifkan diri dalam apa2 aktiviti bersama mereka. Kami tetap kawan. Bergelak ketawa suka duka sama sama.

Aku bercerita bukan sebab nak menunjuk yang aku ni baik. Bukan aku meninggi diri. Aku manusia biasa yang banyak kelemahan. Banyak lakukan kesilapan. Betul. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni.. walau macamanapun kita cuba elakkan sesuatu itu terjadi, tapi jika ianya sudah tertulis, ianya akan tetap terjadi...

Belajar dari pengalaman membuatkan aku cuba untuk jaga hati dan perasaan aku sendiri daripada menjaga perasaan orang lain. Susah. Sangat susah. Terkadang aku terpaksa mengiyakan sesuatu yang tidak benar demi menjaga air muka seseorang. Bukan sekali tapi kerap kali.. ianya berlaku sejak dulu lagi dan berlarutan sehingga kini... cuma, sekarang aku lebih berani berterus terang walau dihati timbul perasaan risau andai mereka terguris dengan kata2 aku.. sungguh.. mungkin pernah timbul persoalan dan tanda tanya yang mungkin aku panjangkan pada teman rapatku, tapi percayalah ianya setakat berakhir hanya disitu. Sekadar cuba meluahkan apa yang terlintas difikiran. Meleraikan apa yang terbuku diminda..

Buat sahabat2ku... Andai kalian pernah terasa hati dengan segala tutur kataku, segala tingkah laku aku, maafkanlah aku.. walau sejauh mana aku melangkah, walau setinggi mana aku di angkasa, walau sedalam mana aku aku didasar, AKU TETAP AKU YANG DULU... sahabat amat penting dalam hidup aku.. melengkapkan hariku agar lebih ceria...

Sekian.

Mode : Rindu kawan2 lama....

02 Oktober 2013

Badminton

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 02, 2013 0 comments

Puas hati. Seronok. Best sangat dapat main badminton hari ni kat badminton court usj 23.. Aku, Yatz, Shikin, Iema n As... Dapatlah lepaskan rindu dendam yang dah dipendam dekat 2 tahun walaupun aku tak terror mana pun.. hahaha..

Sampai naik berkapok dah beg raket aku.. nak putus dah tali kasut aku... reput dah stokin aku yang tak berbasuh tu.. haissshhhhh!

Harap2 pasni dapatlah berterusan main badminton atau apa2 aktiviti yang menyihatkan selepas waktu kerja.. sekurang kurangnya ada jugak aktiviti sihat yang aku buat.. kalau dulu, seminggu 2-3 kali aku join budak2 ipd main badminton, tapi sejak partner aku si Yana tu mengandung, terus stop lama... apa taknya, pas yana bersalin, aku pulak yang mengandung... heheheh!

Errrrr... yang tak sihatnya cuma, balik dari main badminton terus order mee sup... aci tak? Ngeeeeeeeee!

#lupakanlah niat sucimu untuk kurus yer Dalia!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review