Sahabat

Halaman

15 Oktober 2013

Menu Sempena Hari Raya Aidil Adha

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 15, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt.....

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua... raya haji tahun ni buat pertama kalinya aku menyambut raya disini.. tahun2 sebelum ni aku akan balik beraya di kampung aku di Segamat atau kampung encik suami di Kota Tinggi.. tahun ni memandangkan cuti hanya sehari, so aku ambil keputusan menyambut raya dirumah sendiri jer..

Sedih jugak rasa sebab tak dapat balik.. kak long aku beri cadangan suruh aku balik Isnin petang selepas habis kerja, then petang raya balik Subang semula.. tapi macam terkejar pulak.. mesti penat.. tak apalah.. sekurang-kurangnya dapat pengalaman sambut dan masak raya sendiri... tanpa sentuhan air tangan mak... huhu!

Meh tengok apa yang aku sempat masak di pagi raya... walaupun tak sesedap masakan mak, tapi cukup puas hati sebab encik asben puji... weeeeeeeee!

hidangan dah tersedia.. tinggal nak ngappppp jer...
Satay goreng resepi dari mak...
Ayam masak merah...
Sambal kacang kesukaan Ainul... dia yang paling banyak makan sambal kacang ni...
Rendang Daging...
Kuah Lodeh
Nasi Himpit...
Lemang Segera... (first time buat... boleh tahan jugak rasanya walau nampak macam lembik skit)
So, untuk hari ni aku bercuti dari berdiet... esok sambung diet semula... ngeeeeeeeeeeeeeeee!

13 Oktober 2013

Al Fatihah Buat Sepupu

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 13, 2013 0 comments

DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali... Al Fatihah buat sepupuku yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ni di Hospital Lahad Datu, Sabah setelah beberapa hari dimasukkan ke dalam wad akibat stroke.. (Arwah bertugas di FELDA Sahabat 36, Lahad Datu)

Semoga arwah abg Din ditempatkan dikalangan hamba hambaNya yang beriman.. In Shaa Allah.. 

(Antara keluarga aku, hanya abang aku, abang Ijat yang sempat melawat arwah ketika di hospital Lahad Datu.. kebetulan memang dia sedang bertugas di Sabah sebelum balik ke Terengganu)

Al - Fatihah...

Arwah abg Din ketika masih sihat...
Makcik sedang membacakan surah Yaasin ketika arwah sedang terlantar di hospital..
 

Sumber gambar dari facebook anakanda arwah abg Din...

11 Oktober 2013

Hatimu Milikku ~ Akim

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 11, 2013 0 comments

First time dengar Akim cover lagu ni, terus daku jatuh cinta... (bukan pada lagu ya tapi pada Akim...)

Muahahahahaha!

*sambil buat muka gatal*




By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 11, 2013 0 comments

08 Oktober 2013

Baby Sara Demam

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 08, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni lebih kurang jam 11 lebih, pengasuh anak aku sms bagitahu yang si kecik Sara demam. Badan panas... Aku mintak dia jaramkan dengan kain basah sementara tunggu encik asben aku balik keje dalam kul 3... 

Tapi dalam kul 2 lebih dia sms lagi bagitahu yang badan Sara makin panas.. aku pun terus balik, risau juga takut ada apa2... kebetulan sampai je taska, asben aku pun sampai.. terus bawa baby Sara pegi klinik Azlina dan Sharipah kat Subang Perdana.. tapi yang bertugas bukan dr Azlina atau dr Sharipah tapi dr. Guna... 

Oleh sebab aku dah terbiasa dengan dr Azlina dan dr Sharipah, aku jadi janggal plak dengan dr Guna ni... mungkin sebab ni first time aku jumpa dia kut...

Harap2 baby Sara cepatlah sembuh... risau mama bila dia demam ni.. panas sangat sampai mama jaramkan dengan ais..


Get well soon ya sayang!

07 Oktober 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 07, 2013 0 comments

Sooooooo trueeee....

Puding Roti Bersos Kastad

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 07, 2013 0 comments

Oleh sebab Sabtu kelmarin aku keje, so hari ni aku off la.. So untuk mengisi masa lapang aku hari ni, dengan kerajinan yang ada aku plan nak buat puding roti dan sos kastad..
Pagi2 lagi aku dah ajak encik asben merempit pegi pasar beli barang untuk masak makanan tengahari sekali.. ingat nak drive sendiri, tapi memandangkan biasanya waktu2 pagi confirm jalan jem, tu yang aku ajak encik asben merempit.. senang dan cepat.. heheh.. sempat ikut encik asben pegi sungai buloh jap beli barang dia..
Siap jer masak makanan tengahari (ketam masak gulai cili api & kacang buncis goreng) serta pencuci mulut, puding roti bersos kastad, aku pun guling guling atas katil menikmati keindahan hari cuti yang begitu berharga sekali.. hahaha poyo jer.. bukan apa, susah nak dapat rilek camni.. Ahad walaupun cuti, tapi melayan si kecik dengan kakaknya tu pun boleh buat kita letih sangat.. tak cukup tidur lagi.. so hari ni taska buka, apalagi... inilah masanya... hahaha!

Puding roti yang aku buat ni, bukan aku makan sangat sebenarnya. aku suka buat je biar encik asben yang makan... aku kurang suka skit makan macam ni... tapi bila tengok encik asben makan banyak, senang hati aku.. (Biar dia banyak makan, takder la aku sorang2 yang gemuk)
Hahahhahaha!
tuuuu diaaaaa...
puding roti (lom simbah sos kastad lagi), ketam masak lemak cili api dan kacang buncis goreng...
yang ni sebelum masuk oven..
tengok encik asben ku itu.. ngulang makan entah yang ke berapa kali ntah... sedap katanya...

06 Oktober 2013

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 06, 2013 0 comments

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review