Sahabat

Halaman

28 Oktober 2013

Kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 28, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermulanya kejohanan bola tampar piala KP Selangor... heheheh.. nak tergelak rasa.. ala.. main suka2 je pun.. yer la.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. kalau dulu boleh je main masa zaman sekolah... zaman kat uitm dulu pun aku main untuk Uitm Johor... tapi kudrat zaman remaja tak sama dengan sekarang bila dah beranak pinak.. skill pun dah tak sama.. jauh berbeza... kelaut.. hahaha!

Tapi apa ada hal kan? Menang kalah kan adat permainan... yang penting kita enjoyyyyy! Dapat lari dari keje kat opis.. tu yang paling syokkkkk.. hahaha! (Gelak jahat)

Cuma tadi sebelum lawan dengan IPD Klang Utara, emosi aku sedikit tercalar dengan sorang minah ni... sebelum tu masa lawan dengan Ampang Jaya aku rasa seronok dan bersemangat, siap pakai lipstic sebelum masuk gelanggang... tapi bila lawan dengan Klang Utara, game tak start pun lagi aku dah beremosi, melawan rasa sakit hati..  entahla..

Kalau sebelum ni, aku memang payah nak kecik hati walaupun diorang cakap lepas... tapi aku tak boleh terima apa yang minah ni cakap masa kami dok lepak kat tepi sementara menanti turn kami... yang bestnya, masuk game kedua dia masih nak banyak cakap kat kami.. bila aku sound dia mintak dia yang masuk ganti, terdiam plak.. tak nak.. tapi bab bercakap pandai plak... dia dok bangku simpanan.. tak main langsung.. tahun depan tak payah main la yer... yang pasti game malam ni aku tak nak main... bagi la kat diorg plak merasa.. banyak cakap plak kan? Orang nak main untuk happy2... suka2.. dia sibuk nak tunjuk pandai... spoil terus semangat... bergelodak dalam jiwa..

haisshhhhhhh!

Okla...  tu jer la nak cerita.. cuma kami player lelaki dan wanita game kat tempat yang berbeza.. tak best.. tak bersemangat.. tak ada daya penarik... *wink*


27 Oktober 2013

Majlis Persandingan Adik

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kalau aritu aku update entry pasal majlis pernikahan adik aku, hari ni aku cuma nak masukkan gambar2 di hari persandingan adik pada Sabtu 26 Oktober 2013, sehari selepas majlis pernikahannya...

Jom layannn!

mak usu aku amik tender jaga baby Sara..
sebahagian daripada goodies yang disediakan...

anak buahku... Nana..

persiapan sebelum tetamu datang..

rewang orang blok...

rewang orang blok...

rewang orang blok...

rewang orang blok..


skodeng orang rewang...


waktu pagi... majlis bacaan yasin, tahlil dan berzanji... bagi sapa2 orang luar dari Johor (wanita), kalau nak kahwin dengan orang johor sila pastikan yang anda boleh berzanji ya.. sebagai persiapan awal kut2 masa tengah2 orang ramai tu ada yang tetiba je sorongkan kitab berzanji meminta anda mengalunkan bacaan berzanji... takkan la kita nak tolak kan kalau orang dah sorongkan kitab berzanji tu... kekekeke (takut tak? takut tak??? memang aku saja nak takutkan korang)

Anak2 dan anak2 sedara...

masak untuk makan berhadap...

lai lai mai datang ice blended freeeeee jer...




Ya ampunnnnnn.... ni hidangan tengahari ni okeyyyy (Aira, anak abang Ijat)

Mak Long, Kak Noi Mala, Tan Sri Azmi Khalid yang sentiasa sempoi...

bergambar dengan waris...

Mak2 dan bapak saudara...

baru perasan ada ahli muzik kat sebelah tu... kekekekeke

kazen...

my bff datang dari jauh... thanks Asha..

kazenku.. abang polis dan abang askar (yang poyo)

bangga dengan encik asbenku dan kazenku yang sewel menguruskan gerai ice blended untuk diedarkan pada tetamu...





dapat souvenir dari kak mas yang baru balik dari convention kat korea...

hadiah pengantin...

sempat main mercun...

bukak hadiah time!

hadiah??????

sesi mengeluarkan dan mengira RM dari sampul (yang ni abah punya) ~ harap abah aku tak marah aku masukkan gambo ni...

sesi mengeluarkan dan mengira RM dari sampul (yang ni mak punya) ~ harap mak pun tak marah aku masukkan gambo ni...



Sekian..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

25 Oktober 2013

Majlis Pernikahan Adik

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 25, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... selamat sudah majlis pernikahan adik bongsu aku, Adah.. lepas ni mak dan abah boleh tarik nafas lega sebab selesai sudah tugas menyempurnakan pernikahan keenam2 anak... harap2 tak ada la nanti yang *second round* punya persandingan.. hahahah

24 Oktober 2013

Apa Nak Jadi...

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 24, 2013 0 comments

Apa nak jadi entah sekarang ni...
Lepas satu, satu kes yang tak masuk dek akal.. kat mana ntah menghilangnya sifat perikemanusiaan.. sifat kasih sayang sesama insan semakin berkurangan.. entahlah...

Kadang2 aku jadi takut.. takut dengan apa yang terjadi kat sekeliling aku.. betul. Apa yang berlaku tu sudah ketentuan Allah.. kun fayakun.. tak kira kat mana kita berada, jika itu yang dikehendakiNya, maka itulah yang akan berlaku... apa yang penting kita berdoa mohon dijauhi dari segala malapetaka dan kecelakaan... In Shaa Allah.. Mudah2an kita selamat...

Terbaru petang tadi, kes lelaki yang dikatakan mengalami masalah jiwa.. gila isim mungkin kerana terlebih menuntut ilmu persilatan... apa yang aku tahu sepertimana yang diberitahu oleh mak aku, suspek memang budak dadah.. jiran aku kat kampung... selang hanya 5 buah rumah dari rumah mak.. tapi aku tak kenal dia, cuma kenal mak dia jer itupun tak pernah berborak.. maklumla masa aku pindah ke rumah tu, aku dah nak masuk tingkatan 5..

Ermmmmm...

23 Oktober 2013

Bola Tampar : Perlawanan Persahabatan

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 23, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... pagi tadi team kami menang perlawanan persahabatan bola tampar menentang IPD Sungai Buloh.. perlawanan ni diadakan sebagai latihan sebelum pertandingan sebenar bermula minggu depan..

Tapi macam ralat jugala sebab aku dapat main separuh jalan jer sebab luka lama kat kuku jari aku berdarah semula.. walaupun tak sakit, tapi ianya sangat pedih... huhu...




luka berdarah semula...
alolololo encemnya my ex boss ni.. sekarang bertugas sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) IPD Sungai buloh..  excited dapat jumpa dia... hahaha!
oh.. ini aktiviti lepas kepenatan main volleyball.. balik rumah je terus ambik anak2 bawak pegi makan.. papanya balik malam so tak dapat join kami..

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review