Sahabat

Halaman

30 Oktober 2013

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2013 ( Part 2 )

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 30, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt

Lewat petang tadi berakhirlah sudah Kejohanan Bola Tampar yang menyaksikan kemenangan bagi pasukan IPK Selangor sebagai Johan kategori lelaki yang telah berjaya menewaskan IPD Ampang Jaya manakala IPD Kajang johan kategori wanita menewaskan juara tahun lepas, IPD Kuala Selangor...

Tahniah kepada semua pemenang... In shaa Allah tahun depan kami akan berusaha lebih keras untuk menandingi dan menyaingi anda semua (mudah2an... :p )











29 Oktober 2013

Mengantuk Dan Penat!

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 29, 2013 0 comments

Baru je sampai rumah... pagi tadi seawal pagi dah kuar rumah untuk ke dewan MPK di Klang... team lelaki Subang Jaya menentang Klang Selatan... tapi yang syok aku dok mengintai gelanggang sebelah.. sebab? Ada ketua pengawas aku masa sekolah dulu... dia pun main volleyball jugak... tapi dia memang pro.. tabik toing toing la kat dia.. kekeke!

Lepas habis kat MPK tadi, pegi makan jap dengan diorang semua.. pastu aku ngan kak wani plan terus ke Kenanga Wholesale City... jalan jalan cuci mata.. sebenarnya kitorang nak pergi kedai Beinashu je kat Jalan Kenanga tu tapi alang alang dah sampai sana terus jer la ke KWC tu.. parking pun senang.. bertingkek tingkek...

Balik sampai jer rumah rasa kepala dah mula tingtong.. yerla malam tadi pun balik lewat ada game malam kat IPK.. tak cukup tido.....

Tu jer la nak cerita.. mata dah kelabu jer ni minta direhatkan sekejap....

Daaaaaaaaaaaaaa.....

28 Oktober 2013

Kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 28, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermulanya kejohanan bola tampar piala KP Selangor... heheheh.. nak tergelak rasa.. ala.. main suka2 je pun.. yer la.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. kalau dulu boleh je main masa zaman sekolah... zaman kat uitm dulu pun aku main untuk Uitm Johor... tapi kudrat zaman remaja tak sama dengan sekarang bila dah beranak pinak.. skill pun dah tak sama.. jauh berbeza... kelaut.. hahaha!

Tapi apa ada hal kan? Menang kalah kan adat permainan... yang penting kita enjoyyyyy! Dapat lari dari keje kat opis.. tu yang paling syokkkkk.. hahaha! (Gelak jahat)

Cuma tadi sebelum lawan dengan IPD Klang Utara, emosi aku sedikit tercalar dengan sorang minah ni... sebelum tu masa lawan dengan Ampang Jaya aku rasa seronok dan bersemangat, siap pakai lipstic sebelum masuk gelanggang... tapi bila lawan dengan Klang Utara, game tak start pun lagi aku dah beremosi, melawan rasa sakit hati..  entahla..

Kalau sebelum ni, aku memang payah nak kecik hati walaupun diorang cakap lepas... tapi aku tak boleh terima apa yang minah ni cakap masa kami dok lepak kat tepi sementara menanti turn kami... yang bestnya, masuk game kedua dia masih nak banyak cakap kat kami.. bila aku sound dia mintak dia yang masuk ganti, terdiam plak.. tak nak.. tapi bab bercakap pandai plak... dia dok bangku simpanan.. tak main langsung.. tahun depan tak payah main la yer... yang pasti game malam ni aku tak nak main... bagi la kat diorg plak merasa.. banyak cakap plak kan? Orang nak main untuk happy2... suka2.. dia sibuk nak tunjuk pandai... spoil terus semangat... bergelodak dalam jiwa..

haisshhhhhhh!

Okla...  tu jer la nak cerita.. cuma kami player lelaki dan wanita game kat tempat yang berbeza.. tak best.. tak bersemangat.. tak ada daya penarik... *wink*


27 Oktober 2013

Majlis Persandingan Adik

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kalau aritu aku update entry pasal majlis pernikahan adik aku, hari ni aku cuma nak masukkan gambar2 di hari persandingan adik pada Sabtu 26 Oktober 2013, sehari selepas majlis pernikahannya...

Jom layannn!

mak usu aku amik tender jaga baby Sara..
sebahagian daripada goodies yang disediakan...

anak buahku... Nana..

persiapan sebelum tetamu datang..

rewang orang blok...

rewang orang blok...

rewang orang blok...

rewang orang blok..


skodeng orang rewang...


waktu pagi... majlis bacaan yasin, tahlil dan berzanji... bagi sapa2 orang luar dari Johor (wanita), kalau nak kahwin dengan orang johor sila pastikan yang anda boleh berzanji ya.. sebagai persiapan awal kut2 masa tengah2 orang ramai tu ada yang tetiba je sorongkan kitab berzanji meminta anda mengalunkan bacaan berzanji... takkan la kita nak tolak kan kalau orang dah sorongkan kitab berzanji tu... kekekeke (takut tak? takut tak??? memang aku saja nak takutkan korang)

Anak2 dan anak2 sedara...

masak untuk makan berhadap...

lai lai mai datang ice blended freeeeee jer...




Ya ampunnnnnn.... ni hidangan tengahari ni okeyyyy (Aira, anak abang Ijat)

Mak Long, Kak Noi Mala, Tan Sri Azmi Khalid yang sentiasa sempoi...

bergambar dengan waris...

Mak2 dan bapak saudara...

baru perasan ada ahli muzik kat sebelah tu... kekekekeke

kazen...

my bff datang dari jauh... thanks Asha..

kazenku.. abang polis dan abang askar (yang poyo)

bangga dengan encik asbenku dan kazenku yang sewel menguruskan gerai ice blended untuk diedarkan pada tetamu...





dapat souvenir dari kak mas yang baru balik dari convention kat korea...

hadiah pengantin...

sempat main mercun...

bukak hadiah time!

hadiah??????

sesi mengeluarkan dan mengira RM dari sampul (yang ni abah punya) ~ harap abah aku tak marah aku masukkan gambo ni...

sesi mengeluarkan dan mengira RM dari sampul (yang ni mak punya) ~ harap mak pun tak marah aku masukkan gambo ni...



Sekian..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review