Sahabat

Halaman

05 November 2013

Cuti - Cuti Malaysia : Zoo Dan Pengkalan Balak, Melaka

By Dalia Hassan at Selasa, November 05, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Ini adalah percutian jarak dekat yang tak dirancang dari awal... Pada asalnya aku cuma nak pergi Melaka balik hari jer.. tujuan utama nak bawak Ainul pergi mandi pantai sebab kulit dia sama elergi macam kulit aku... sangat sensitif... aku ingat lagi masa aku lebih kurang sebaya Ainul dulu, kulit kaki aku banyak kudis, elergi dari ubat demam... masa tu parent aku bawak aku pergi mandi kat pantai Jason Bay semata mata nak bagi kudis tu elok... Selain tu tujuan ke Melaka nak bawak dak tecik Arissa tu berkenalan dengan haiwan2 kat zoo tu... pembelajaran awal la konon2nya...

So berbekalkan dari formula parent aku tu, aku pun bercadang nak pergi ke Melaka pada hari Sabtu dan balik semula ke Subang setelah semuanya selesai... lokasi sasaran yang pertama adalah Zoo Melaka... malang seribu kali malang perancangan perjalanan sedikit tergendala dari waktu yang dijadualkan sebab hiway tersangatlah jem dan terlewat lebih dari sejam... dan lebih kurang bernasib baik, sampai aje kat zoo Melaka hujan turun mencurah2... tapi nak buat camana kan redho jerla... ada hikmah disebaliknya...

Sempat gak masak bihun Singapore...

dan juga sandwich yang tak dibuang tepian itu.... (bukan malas nak buang tapi sayang nak buang.... tak baik membazir lagipun bukan keras punnnn...)

u see... sampai2 jer zoo terus carik gerai... nak wat camana kan hujan... kat zoo tu tak ada bumbung pun... hujan2 mesti megi menjadi pilihan... (ya! saya mesti pilihhhhhh.... *sorry Bank Rakyat pinjam jap yer wat iklan...)

tengok budak ni... dah macam lelaki pun ada... terpaksa potong rambut dia sependek yang boleh sebab kepala dia pun ada banyak kesan merah... apabila digaru, jadi kudis pulak... nak kata gatal sebab kutu, takder pun aku tengok... huhuh (megi yang dia makan tu megi akuuuuuu... berebut!)

I'm ready mama... lets go!

hello friend!

"mama, i'm so sleepy..."

Oh my..... mission failed... tak sempat nak kenalkan dengan haiwan2 kat zoo tu... tapi takper, next time kita pergi lagi yer sayang...
 
ehem ehem... sedang buat apa ya? kesiangan kah??? kekekekekke

Ok.. habis cerita pasal Zoo Melaka...

Bergerak dari Zoo Melaka lebih kurang pukul 4.45pm terus menuju ke Pengkalan Balak... Mula2 nak ikut jalan lain sebab takut jem kat Bandar Melaka tapi dengan membuat andaian sendiri konon2 jalan tak berapa jem, so terus jer la ikut jalan biasa nak ke PB... bila dah separuh jalan baru rasa menyesal ikut jalan tu... hahahhaha! bajet konon2 sampai pantai dalam kul 6.15pm pun dah cukup baik asalkan dapat celupkan Ainul kejap kat dalam air masin tu... tapi dekat kul 7pm baru sampai sana... adoiiillaaaaa... kalau dulu kakak aku yang brutal tu, kak Ani dok kuaters kat kem Sungai Udang tu bolehla aku lepak2 rumah dia... tapi masalahnya dia dah pindah ke Taman Sri Pandan... takdernya aku nak patah2 balik ke sana...

So encik asben kata try cari chalet, tido chalet jer pagi esok baru bawak Ainul mandi pantai... malangnya berapa tempat lalu tapi setiap chalet pun ada gantung benda alah ni "PENUH"... Frust gak dibuatnya tapi nak buat camana kan... encik asben tergerak hati nak tanya satu chalet ni, nampak macam banyak bilik kut2 ada plak yang kosong... masa mula2 tanya staff chalet tu kata semua dah penuh tapi tetiba je masa asben aku nak keluar dia panggil semula kata ada satu yang kosong tapi bilik besar... harga RM160.. tawar punya tawar dapatlah RM150.. encik asben kata ok, so aku pun okla sebab dia yang bayar kan... i followwwww... kekekeke (tapi aku rasa tu taktik owner chalet je tu berlakon konon2 bilik dah abis tetiba je ada... sebab dia upkan harga bilik... mungkin dia pikir kita terdesak so terpaksa jugak amik bilik tu... tapi aku rasa kalau RM150 tu dah kira berbaloilah pada aku... tak payah berlakon pun ok dah... satu katil besar dan satu katil kecik... berbaloi la kan... yang aku kata diorang tu berlakon sebab apa tau... masa pagi tu aku berborak dengan sorang kakak ni yang sampai dekat pukul 9malam, dia punya situasi sama macam aku... mula2 kata dah penuh tapi jer tetiba ada yang kosong bilik besar... kelakar kan??? tapi tak apalah... mungkin tu taktik dia meniaga... no hal la asalkan masih lagi reasonable...)

fikir dulu nak mandi ke tak...

sempat lagi tu....

inilah bakat istimewa yang terdapat pada anak2 aku... tak kira la si kakak atau si adik... dua2 punya bakat tido kat laut... dulu si kakak jadik bahan pakcik makcik dia... sekarang ni si adik plak...

oklah bilik dia... bilik aku nun dihujung sana...

syok plak tengok family day diorang ni... ada aerodance di pagi hari....

mama? mandi laut??? takperla... bagi anak2 pulak... mama dok tepi jer.... (boolatnya mama... 5kg tau naik berat badan lepas bersalin aritu... helppppppp meeeeeeee! huhuhu!)

tido dimana2... ngeeeeeee!

Ok... sambung next entry cerita seterusnya.........

04 November 2013

4 November (Setiap Tahun)

By Dalia Hassan at Isnin, November 04, 2013 0 comments

4 November setiap tahun....(sejak 2001)

Aku pasti tak lupa tarikh ni...

Apa yang aku boleh kata...

Happy birthday sahabat... yang ke 36...

Semoga sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta....

Dikelilingi oleh anak2 yang soleh dan solehah...

Isteri yang dicintai....

Keluarga dan saudara mara yang disayangi....

Serta sahabat handai yang sentiasa mewarnai hidupmu....

Aku takkan pernah lupa...

Kamu dan...

Raket badmintonmu...

Kamu dan...
Sifat gelabahmu...

Kamu dan...
Tutur katamu...

Kamu dan...
Sopan santunmu...

Kamu dan...
Kacang tumbukmu...

Kamu dan...
Vegetarianmu....

Kamu dan...
Seluar pendek yang menutupi auratmu...

Kamu dan...
Aku....

Serta teguran pertamamu..

"Amboi... sombong nampak"

Mood : Nak tengok hindustan cerita Mann....

31 Oktober 2013

Petua Melayan Suami

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 31, 2013 0 comments
Sharing Is Caring

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan... menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
 
Photo: Petua Melayan Suami

30 Oktober 2013

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2013 ( Part 2 )

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 30, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt

Lewat petang tadi berakhirlah sudah Kejohanan Bola Tampar yang menyaksikan kemenangan bagi pasukan IPK Selangor sebagai Johan kategori lelaki yang telah berjaya menewaskan IPD Ampang Jaya manakala IPD Kajang johan kategori wanita menewaskan juara tahun lepas, IPD Kuala Selangor...

Tahniah kepada semua pemenang... In shaa Allah tahun depan kami akan berusaha lebih keras untuk menandingi dan menyaingi anda semua (mudah2an... :p )

29 Oktober 2013

Mengantuk Dan Penat!

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 29, 2013 0 comments

Baru je sampai rumah... pagi tadi seawal pagi dah kuar rumah untuk ke dewan MPK di Klang... team lelaki Subang Jaya menentang Klang Selatan... tapi yang syok aku dok mengintai gelanggang sebelah.. sebab? Ada ketua pengawas aku masa sekolah dulu... dia pun main volleyball jugak... tapi dia memang pro.. tabik toing toing la kat dia.. kekeke!

Lepas habis kat MPK tadi, pegi makan jap dengan diorang semua.. pastu aku ngan kak wani plan terus ke Kenanga Wholesale City... jalan jalan cuci mata.. sebenarnya kitorang nak pergi kedai Beinashu je kat Jalan Kenanga tu tapi alang alang dah sampai sana terus jer la ke KWC tu.. parking pun senang.. bertingkek tingkek...

Balik sampai jer rumah rasa kepala dah mula tingtong.. yerla malam tadi pun balik lewat ada game malam kat IPK.. tak cukup tido.....

Tu jer la nak cerita.. mata dah kelabu jer ni minta direhatkan sekejap....

Daaaaaaaaaaaaaa.....

28 Oktober 2013

Kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 28, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermulanya kejohanan bola tampar piala KP Selangor... heheheh.. nak tergelak rasa.. ala.. main suka2 je pun.. yer la.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. kalau dulu boleh je main masa zaman sekolah... zaman kat uitm dulu pun aku main untuk Uitm Johor... tapi kudrat zaman remaja tak sama dengan sekarang bila dah beranak pinak.. skill pun dah tak sama.. jauh berbeza... kelaut.. hahaha!

Tapi apa ada hal kan? Menang kalah kan adat permainan... yang penting kita enjoyyyyy! Dapat lari dari keje kat opis.. tu yang paling syokkkkk.. hahaha! (Gelak jahat)

Cuma tadi sebelum lawan dengan IPD Klang Utara, emosi aku sedikit tercalar dengan sorang minah ni... sebelum tu masa lawan dengan Ampang Jaya aku rasa seronok dan bersemangat, siap pakai lipstic sebelum masuk gelanggang... tapi bila lawan dengan Klang Utara, game tak start pun lagi aku dah beremosi, melawan rasa sakit hati..  entahla..

Kalau sebelum ni, aku memang payah nak kecik hati walaupun diorang cakap lepas... tapi aku tak boleh terima apa yang minah ni cakap masa kami dok lepak kat tepi sementara menanti turn kami... yang bestnya, masuk game kedua dia masih nak banyak cakap kat kami.. bila aku sound dia mintak dia yang masuk ganti, terdiam plak.. tak nak.. tapi bab bercakap pandai plak... dia dok bangku simpanan.. tak main langsung.. tahun depan tak payah main la yer... yang pasti game malam ni aku tak nak main... bagi la kat diorg plak merasa.. banyak cakap plak kan? Orang nak main untuk happy2... suka2.. dia sibuk nak tunjuk pandai... spoil terus semangat... bergelodak dalam jiwa..

haisshhhhhhh!

Okla...  tu jer la nak cerita.. cuma kami player lelaki dan wanita game kat tempat yang berbeza.. tak best.. tak bersemangat.. tak ada daya penarik... *wink*

PayPal

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review