Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
25 November 2013
18 November 2013
Macam Yer Jer.... Macam Confirm Jer...
17 November 2013
Nak Cakap Juga....
Assalamualaikum wbt...
Meh sini aku nak cakap ni... buat kawan2 aku tak kira kat mana dan dimana pun... silalah jangan ambik hati kalau aku kawan dengan mana2 orang yang korang tak suka... yang bermasalah adalah korang, so korang yang kena settlekan secara baik... jangan pulak ko yang tak baik dengan dia, ko nak aku pun sama bermusuh dengan dia... Ini tidak baik untuk kesihatan (jiwa dan raga)... perkara kecik tak perlu dibesarkan...
Serius aku cakap ni... kalau pihak A yang salah, confirm aku akan berpihak pada B... begitulah sebaliknya... tak ada istilah memihak pada kawan baik... pada aku semua kawan adalah kawan baik aku... kalau aku rasa si B buat salah, aku tak akan sokong apa pun yang dia buat... vice versa...
Pada satu situasi aku boleh menyokong si A dan pada situasi yang lain aku boleh pula menyokong si B... jangan kata aku si batu api sebab aku tak akan bercerita apa yang aku rasa tidak boleh dicerita... aku hanya akan menyokong pihak yang aku rasa lebih betul...
Korang bayangkanlah jika si A dan si B yang bergaduh masing2 mengadu kat aku... apa yang aku patut buat sedangkan aku perlu buat2 tak tahu walhal aku dah tau dan aku tak boleh bagitahu yang aku dah tau... OMG... jangan akhirnya nanti aku yang bercelaru masuk hospital sakit jiwa sudah lar....
Sudah sudahlah tu....
Kami buddies... kami takkan terpisah... right????
15 November 2013
Hari Ini Dalam Sejarah : 15 November 2003
Ini kisah 10 tahun yang lalu... Pada tanggal 15 November 2003, entah kenapa hati aku tergerak nak keluar dari bilik aku kat opis dan berborak dengan staff opis yang dok kat kaunter pendaftaran (akademi memandu)... tapi memang itulah hobi aku... lebih suka buat keje kat luar bilik, sebab aku tak suka duduk dalam bilik sorang2.. bosan..
Masa aku tengah berborak dengan Ina, salah sorang staff kat kaunter pendaftaran tetiba je aku nampak ada dua orang mamat ni datang menghala kearah opis aku.. tetiba je aku jadi nervous.. hormon tak stabil... dup dap dup dap rasa didada... hahahah... macam poyo je kan, tapi itulah yang aku rasa... aku tanya Ina, budak berdua tu siapa? Ina jawab tu budak kolej YPJ, Sabtu aritu dah datang daftar untuk tambah kelas D... so diorang datang untuk masuk kelas la...
Sejak tu bila mamat tu datang nak belajar kereta untuk cukupkan tempoh jam, aku memang duduk dalam bilik jer... aku tak boleh tengok... deras degupan jantung... dup dap dup dap lagi...
Entah dah memang jodoh aku kut, mamat tu boleh mintak no tepon aku dari Ina... yang bestnya, dua2 mamat tu pun dok call dan sms aku hari2.. aku target yang sorang tu jer.. rupanya yang lagi sorang pun sangkut jugak.. hahahaha aptb.. tapi memang dari awal aku dah berkenan kat yang sorang ni...
15/11/2003 kali pertama aku kenal mamat tu...
4/7/2004 aku bertunang dengan dia...
24/12/2005 kami diijab kabulkan...
Alhamdulillah... kalau dah jodoh tak akan kemana... kannn??
Mode : Mengada ngada tahi kuda....
14 November 2013
Takder Tajuk
Tadi kan.. masa drive balik keje tetiba je dapat satu mesej kat facebook dari seseorang... hahahaha... akhirnya setelah 12 tahun berlalu... baru aku kenal siapakah si 'Ajie' yang pernah jadi kawan baik aku dalam talian (telefon).. yerla.. dah hari2 dia call dan sms aku tanpa bagitahu siapakah gerangan... dan aku layankan aje sebagai kawan... lagipun aku tahu masa tu dia junior aku masa kat uitm...
Pernah jugak siasat siapa budak Ajie ni.. tapi clue yang dia bagi tak membantu sangat... cuma dia kata, kalau nak kenal dia, kena jumpa dia kat benteng (kiranya macam gerai la kat dalam uitm tu)... tapi masa tu aku tak berminat sangat nak jumpa2 nak dating2 ni... aku lebih senang berborak dengan dia kat telefon.. baik tak payah jumpa kan.. lagipun sapa suruh taknak berterus terang siapa diri dia...
Tapi yang kelakarnya tadi dia ungkit pasal aku hantar Niza, adik sebilik aku sebagai wakil untuk jumpa dia.... hahahahha itu memang betul... dah dia sibuk nak jumpa, aku hantar adik roomate aku je la pergi berkenalan dengan dia sebagai wakil aku... alahai kenangan... kalau diingatkan semula memang kelakar...
Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pernah bertentang mata dengan dia.... Tak penting pun, kan?
Haha!
Tot vs Mamat
Overslept!
:)
13 November 2013
Pertandingan Bola Tampar Piala KPD 2013
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah... usai sudah debaran pusingan pertama petang tadi dan Alhamdulillah team PERKEP yang aku wakili berjaya dalam game tadi mengalahkan team KTA...
Main suka suka je pun.. menang kalah itu kan adat... no biggie...
Cuma tadi masa game aku rasa nak gigit2 je bos sengal aku tu, Baim Wong celup.... geram aku... dia dok tepi tu bukan nak bagi kata2 semangat, condemn lagi ada... grrrrrrrrrrr! habis hilang fokus.. nasib baikla menang... tapi takpe... esok turn team dia pulak yang lawan... aku nak tengok pulak dia camana... hebat ke tak hebat... hahaha (gelak jahat)
![]() |
cam biasa... pas bersukan kita makan... ngeeee |