Sahabat

Halaman

16 Januari 2014

Bengang

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 16, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Semalam pagi pagi lagi aku dah rasa tak sedap badan. Seram sejuk je seluruh badan tapi gagahkan diri juga datang kerja.. masuk tengahari rasa macam lagi teruk tapi lepas telan panadol 2 biji rasa lega skit walaupun gegaran kat kepala masih terasa..

Dalam pukul 4 lebih budak atas bagitau yang nama aku dengan kak wani naik untuk pergi majlis malam ni. Sebenarnya majlis tu memang aku ingatkan malam semalam, so memang aku dah standby nak pergi walaupun tak ada siapa yang ajak aku pegi. Majlis agama rugi kalau tak datang. Cuma masalahnya pengasuh anak aku cuma free rabu malam jer, khamis malam dia sibuk dengan bisnes dia tu, selalu tak ada kat rumah. Takkan aku nak mintak asben aku cuti lagi untuk jaga anak2. Dah banyak kali dah dia berkorban tolong jaga anak kalau pengasuh tak ada...

Yang buat aku berangin, sebelum tu aku dah curi2 dengar budak atas call kak sariha tanya nak suruh siapa pergi majlis tu sebab kebanyakannya kena bertugas kat Batu Caves sempena Thaipusam. So kak Sariha kata suruh je budak2 perempuan yang kat atas tu selain yang ada masalah anak2. Aku dengar jer tapi lepas tu memang aku tunggu siapa yang nama naik. Aku saja nak tengok sebab kalau sebelum2 ni pun kalau ada keluar nama memang akan naik nama orang yang sama seolah yang lain lain tu tak wujud.

Masa aku tau nama aku naik, aku masih cool lagi. Tapi aku mintak diorang senarai nama mereka2 yang berkenaan. Sah. Aku, kak wani, iema, zul, dan syikin. Selamba aku jawab dalam group whatsapp:

"Bagus... org yg sama je kalau ada apa2 aktiviti"

Lantaklah diorang nak cakap apa pun..

Apasal nama faizah yang bujang tu tak naik? Takut sebab faizah garang? Setahu aku faizah tu jenis tak kisah. Dia ok jer cuma asalkan jangan buat hal dengan dia.. 

Apasal nama As yang rumah dekat dengan opis tak naik? Padahal dia tak ada komitmen kalau balik lewat pun, lagipun dia duduk dengan parent dia. Tak perlu masak... tak perlu jaga anak...

Apasal nama Niza tak naik? Walhal dia buat bisnes sampai tengah malam kat luar hari hari boleh jer? Tak ada masalah anak pun sebab mak dia dok sekali dengan dia... takkan suruh datang majlis agama tiba tiba pulak ada masalah anak? Tak faham aku.. bak kata zul pulak, "aik?? Malam tadi dia ajak saya pergi dengar talk, boleh jer dia keluar malam.. tapi sy x dpt pegi.. rabun malam... " 

Tapi....

Kak wani yang ada anak empat, yang balik sekolah petang perlu dijemput.. tu yang kena hadir..

Zul yang rabun malam... memang dari dulu lagi memang kami tahu dia rabun malam... tu yang kena hadir..

Aku pulak si Ainul balik sekolah transport terus hantar ke rumah.. kalau aku tak sampai rumah lagi takkan dia nak duduk luar sebab pintu berkunci... nak suruh dia dok taska, taska pun tak bagi ambik lewat. Maklumlah orang bisnes malam... busy..

Sebenarnya aku.. tak kira apa aktiviti pun.. majlis agama ke.. majlis perasmian ker... sukan ker... bla bla bla ker.. aku dengan rela hati akan pergi asalkan tak ada apa halangan. Tak payah keluarkan nama dalam semboyan pun, aku rela pergi. Paling aku bengang bila nama orang yang call kak sariha tanya nak masukkan nama siapa, tapi nama dia sendiri tak ada dalam senarai. Mau aku tak hangin satu badan! Bak kata Sarjan Singh pada Kopral Adam : "Selama saya kat sini, first time saya tengok Dalia marah"

#Harap yang berkenaan tu baca apa yang aku luahkan. Mohon terasa.Ikutkan hati banyak lagi aku nak tulis ni, bagi pihak kawan2. Tapi takpe. 

Simpan dulu.#

12 Januari 2014

Penangan Kasih Bangla

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 12, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah seminggu tak update apa2 kat sini. Takder mood. Tak tau kenapa... Tapi hari ni aku terpanggil untuk berkongsi satu cerita...

Kelmarin di opis, aku terima panggilan dari kawan baik aku. Kesian dia. Kesian sangat sangat. Patutlah semenjak dua menjak ni macam tak ada mood jer... Tengok status update di fb pun tentang perkara2 yang sedih jer. Rupanya dia setiap malam menangis bila memikirkan masalah yang melanda dia dan keluarga tu. Masalah yang tak pernah diduga. Langsung tak pernah terlintas difikirannya apatah lagi ianya berlaku dalam keluarga yang boleh dikira sebagai keluarga yang besar. Pada mulanya aku membayangkan masalah yang menimpa dia tu berkaitan dengan suami dia, rupanya bukan....

''Dalia, mak dengan ayah aku nak bercerai''

Biar betul? Tak ada angin tak ada ribut tetiba jer nak bercerai? Si ayah berumur 67, ibu pula 57.. anak sulung dah berumur 41 tahun... Sukar nak percaya, sebab aku kenal keduanya.....

''Mak aku kata dia tak bahagia hidup dengan ayah......''

Tak bahagia dengan ayah? Setelah berpuluh tahun hidup bersama, dikurniakan 9 orang anak, masih tak bahagia?

''Kesian ayah, dah banyak dia bersabar... mak dah lama abaikan makan pakai ayah... ayah pergi kerja adik yang gosokkan baju ayah... ayah balik keje, mak tak pernah tanya ayah penat ke lapar ker... adik yang ambil berat pasal ayah... buatkan ayah air... masakkan ayah makanan...''

Aduh.... siannya pakcik....

''Awal tahun hari tu, mak jumpa ayah... mak minta ayah lepaskan mak.... mak nak pergi kat orang yang boleh bahagiakan mak... mak nak pergi kat orang yang boleh beri kasih sayang kat mak... mak tak nak bincang apa2 dah... kalau paksa mak, mak lari...''

''Dengan kami, mak selalu gunakan bahasa kesat.. macam dah tak ada kasih sayang kat kami, anak2 dan cucu dia.. aku tumpangkan anak kat mak, seharian anak aku tak makan... mak cuma bagi dia susu je kalau dia menangis....mak sibuk dengan handphone dan laptop dia... laptop dia memang orang lain tak boleh sentuh... kalau sentuh memang mak mengamuk... kadang kadang mak masuk bilik kunci pintu.. bila curi2 dengar mak tengah berborak (speaking) kat telefon sambil menangis.. agaknya mengadu masalah kat bangla tu"

Makcik... makcik.... kenapa sampai jadi macam ni.... bangla punya pasal, makcik sanggup runtuhkan istana yang sekian lama terbina... makcik sanggup tinggalkan segalanya semata mata makcik nak kejar 'kasih sayang' yang makcik harapkan... kasih sayang dari orang yang makcik tak pernah jumpa... hanya berkenalan di facebook.. makcik sanggup nak taja dia untuk datang ke Malaysia semata mata 'cinta' makcik... duhai makcik... dia bukan Shah Rukh Khan yang makcik minat setengah mati itu... dia hanya ingin mengambil kesempatan atas diri makcik... bukalah mata tu makcik. Makcik dah 57 tahun.... sanggup ke makcik runtuhkan segala yang makcik bina berpuluh tahun tu hanya kerana seorang BANGLA?

Aku tak tau nak cakap apa... aku hanya mampu menjadi pendengar setia yang akhirnya sama2 mengalirkan air mata.... tak mampu nak berkata apa!

 


Adakah Anak Sulung Bermasalah?

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 12, 2014 0 comments
 Sharing Is Caring
(respon sebuah artikel : adil jangan dipukul) 

Tidak berlaku adil kepada anak SULUNG...

ANAK SULUNG APAKAH MEREKA BERMASALAH???

Anak sulung...anak sulung....Sedarkah kita anak sulung sering kita aniayai secara sedar atau pun tidak? Anak sulung adalah anak yang lahir dari semangat cinta dan kasih yang mendalam. Semangat seorang ibu yang mendapat anak sulungnya tentu sangat berbeza. Perasaan dan sifat keibuan yang ada padanya dicurah sebanyak dan sedapat mungkin pada si anak sulung. Anak sulung diberikan apa saja yang baik-baik, ditatang bagaikan minyak yang penuh...........tapi sebelum datangnya anak yang kedua.

 Apabila mengandungkan anak yang kedua, perhatian si ibu kepada anak sulung sedikit kurang. Anak yang sulung menyedarinya seawal kandungan si ibu 4 bulan lagi. Apatah lagi jika si ibu tadi bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan rumahtangga selepas waktu bekerja. Dalam konteks ibu bekerja, mengandung dan memberikan perhatian kepada si sulung, tentunya akan ada perkara yang akan terlepas pandang. Ada keperluan dan rutinnya yang akan berubah ...dan si sulung akan menyedarinya dan menguatkan diri sebagai satu pengalaman baru menjadi yang sulung. Apabila si adik muncul di sisi, walau apa cara sekalipun si sulung perlu menyesuaikan diri pada yang mungkin dianggap pesaing, atau teman atau apa-apa lagi dengan naluri diri menyayangi si adik ini. Cuba anda membayangkan keadaan si sulung. Percayalah, ada yang dapat menyesuaikan diri menyayangi adik tetapi ada juga yang sering merenggek, cuba memberitahu perasaan diri tentulah kepada si ibu yang selalunya tak mengerti... 

Waktu terus berlaku, diri si sulung semakin membesar, tugas si ibu semakin bertambah. Jangan nafikan....mesti pada masa ini, tangan si sulung sangat bernilai. Si sulung mula mengambil alih sedikit tugas-tugas membantu, juga pada masa yang sama si ibu yang kepenatan mula bertukarlaku. Nak garang masa inilah kan. Di minta diambilkan cawan dan si sulung pun terpinga-pinga, banyak betul kosa kata ibu ni yang aku tak tahu rupanya. Hah! singa, naga, harimau tetapi selalunya tarzan mula hidup bersama-sama, mula memainkan peranan. Kesian si sulung...selalunya tidak faham kehendak si ibu. Bahasa sayang mula bertukar menjadi ayat-ayat suruhan yang banyak. Si sulung mesti tahu...kau yang sulung mesti tahu! Sedarkah kita akan kosa kata anak sulung kita pada masa ini... Betulkah mereka faham akan apa yang kita sampaikan, yang selalunya kesalahan mereka membuahkan kemarahan kita. Harapan si ibu terlalu tinggi. Pukul....siapa tidak pernah memukul anak sulung mereka. 

Suruh...Marah...Pukul....rutin baru dalam hidup si sulung itu. Apa jadi kepada anak kedua???????? Play save mak! I always do.... Anak kedua di mata kebanyakkan ibu adalah anak yang selalu lebih baik dari yang sulung. Lebih mendengar kata, lebih alert, lebih faham, lebih segala-galanya. Kalau disuruh anak yang sulung mandi, anak kedua akan buat dulu. Di suruh membuat kerja rumah...anak kedua akan berkata dia dah siap pun. Si sulung..tahan untuk dimarah bahkan tahan juga untuk dipukul. Itu bahasa biasa ibu kepada saya, yang sulung. Anak kedua lebih memerhati lebih melihat penderitaan yang sulung apabila dimarah dan dipukul. Tentu pendekatannya adalah untuk menyelamatkan diri agar tidak kena seperti yang sulung. Si ibu pula, ibarat jika sukakan pasukan JDT, busuk macamana pun suka juga. Ibarat kata jika bencikan TRW, bagus macamana pun tidak bermakna. Itulah nasib si sulung dengan para pesaingnya, adik-adiknya. Berikanlah harapan baru kepada si sulung. Fahamilah mereka. Ceriakanlah hidup mereka. Kaulah cinta ibu dan ayah, yang sulung... 

05 Januari 2014

Muzium Kapal Selam

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 05, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Al kisah tengahari semalam mak call aku ajak aku tido rumah kak ani kat Melaka... aku pun on je la lagipun tak jadi nak hantar kereta kat bengkel minggu ni, tangguh ke Sabtu depan... nak ketuk dan cat semula belakang kereta aku yang eksiden aritu... so lepas zuhur aku gerak ke kenduri kawin anak Sarjan Tauhir kat Taman Medan.. encik asben tak dapat ikut sebab keje, so aku dengan Ainul dan si kecil Arissa je la..

Dalam pukul 3 aku baru gerak ke Melaka dari Taman Medan... lewat skit sebab hujan masa kat rumah Sarjan Tauhir so disebabkan parking agak jauh, terpaksalah tunggu hujan reda sambil sambung makan mee sup pulak (sebelum tu makan nasi minyak)

Hujan sepanjang jalan. Seriau gak aku tapi Alhamdulillah selamat sampai ke rumah kakak aku kat Taman Seri Pandan, Melaka... mak dan abah pun dah lama sampai rumah kak ani.. malam tu kami borak2 je tak pergi mana pun cuma mak dengan kak ani keluar beli asam pedas dengan satay.. tapau bawak balik...
Pagi tadi kami sempat bawa budak2 ni pergi ke Muzium Kapal Selam kat Pantai Klebang. Tapi aku yang jakun lebih sebab sebelum ni aku ingatkan kapal selam ni kecik je, rupanya besar macam saiz kapal terbang... jakun... memang jakun dibuatnya... hahaha

Lepas pergi ke Muzium Kapal Selam, bawak si Ainul dengan Adib merasa macamana bawak motor... seronok sangat diorang sebab dapat pengalaman pertama bawak motor.. ikutkan hati nak je aku join sekali tapi apakan daya aku ni pemalu orangnya....

Sebelum balik, singgah Pantai Puteri jap makan rojak.. hahaha!

31 Disember 2013

Berbasikal @ Taman Botani Shah Alam

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 31, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Lama dah rasanya tak berbasikal.. kali terakhir berbasikal masa aku mengandungkan si kecik Arissa tahun lepas... itupun sebab masuk pertandingan yang dianjurkan oleh Perkep..
Dan hari ni di lokasi yang sama aku, encik asben dan Ainul sempat mengeluarkan peluh bertingkek tingkek sambil mengayuh basikal.. yang untung, Ainul sebab dia duduk rilek je kat kerusi belakang, papa dia yang mengayuh...
Alang alang dah mengayuh tu, singgah terus la kat rumah 4 musim yang kebetulan tengah musim salji... feel oversea la sekejap... hehehhe!

30 Disember 2013

Bercuti Di Kampung

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 30, 2013 0 comments

Lama dah rasanya aku tak balik Segamat... kali terakhir aku balik masa kenduri kahwin adik aku pada penghujung oktober yang lalu... aku bukan apa, semenjak si kecil ni semakin membesar dan lasak, aku kurang keyakinan skit nak bawa dia jalan jauh kalau encik suami tak join sama.. encik suami pulak kalau Ahad memanglah dia susah skit nak cuti sebab Ahadlah hari terpenting bagi dia (customer ramai) Pekerja dia pulak selalu mintak cuti hari Ahad... so memang tak boleh buat apa la...

Tapi Sabtu lepas aku nekad jugak bawak anak2 balik Segamat.. Alhamdulillah.. si kecik tak banyak ragam... elok je letak dia kat atas carseat dia, automatic dia pandai bawa diri.. hahahha.. siap nyanyi2 tepuk tangan lagi... si kakak pulak tukang melayan...

Kebetulan balik kali ni buah rambutan dan pulasan memang dah masak (sebenarnya dah nak abis pun, tinggal saki baki je skit kat atas pokok).. so, sarapan buah, lunch buah dinner pun buahlah.. hahaha...

Meh layan gambo2 ni...

27 Disember 2013

Dan Apabila Kesengalan Melanda...

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Pagi tadi, encik asben keluar seawal jam 4.30am untuk ke terminal bas Shah Alam kerana menunggu barang yang dipesan dari Kelantan yang dihantar melalui bas (kiranya tumpang bas untuk bawa barang2 tu dari Kelantan)... Supplier kata bas dijangka tiba di terminal Shah Alam seawal jam 5am... sebenarnya memang kerap encik asben aku ni order barang dari sana dan kebiasaannya bas akan sampai tepat pada masa (atau kadang2 lewat dlm 10-15minit jer)...

Lebih kurang jam 6.40am encik asben sms aku bagitahu yang bas tak sampai lagi.. menyirap jugak darah aku sebab biasanya 6.40 tu aku dah keluar rumah untuk pergi kerja... aku bukak semula tudung, kemas apa2 yang patut kat rumah tu.. pukul 7.10am baru encik asben gerak dari Shah Alam...

Dah takder benda nak buat (anak anak masih lagi tidur), kat bawah ni la keje aku sementara tunggu asben sampai... towel dan cermin mata anak yang jadi mangsa... hehehe... sekali sekala mama nak tingtong skit, apa salahnya kannnnnn... hehehe

24 Disember 2013

Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke - 8

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 24, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alahai... kejap je masa berlalu... 24/12/2005 ~ 24/12/2013.. Genap 8 tahun bergelar isteri kepada Encik Suhaimi Bin Bujang... semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah... In Sha Allah.. Amin..

 Kebetulan mak mertua dan adik ipar satu keluarga ada kat sini, sempat jugalah buat bacaan doa selamat sempena ulangtahun perkahwinan kami serta ulangtahun anak saudaraku Anaqi yang ke 7 tahun...





PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review