Sahabat

Halaman

04 September 2014

Day 1 : Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Diri Aku

By Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014 0 comments

Fuh.Berdebar debar la pulak sertai cabaran ni. Agak agak berjaya tak aku lengkapkan 30 days blog challenge ni (eh eh.. rasanya 31 days kut?) hehehe.. 

ok. ni gambar semalam... dan spec tu bukan spec aku... aku pinjam kak Sariha punya... ngeeeeee! terserlah ke'makcik'kan aku...


Ok. 5 fakta tentang diri aku..

1) Sebenarnya aku ni seorang yang pemalu. sangat pemalu ok.. tapi pemalu aku ni pada orang yang aku tak kenal / baru kenal / tak rapat... tapi bagi mereka yang rapat dengan aku, memang aku ni seorang yang sangat tak tahu malu.. haha!

2) Aku sebenarnya janggal bila bercakap mengunakan kata ganti nama 'aku' 'engkau' walaupun dalam blog aku biasa gunakan 'aku'.. semenjak kecil hingga sekarang aku bahasakan 'saya' 'awak' bila bercakap dengan adik beradik dan 'kita' 'awak' bila cakap dengan kawan kawan..

3) Suka masak. Aku memang yang jenis suka memasak tapi hakikat sebenarnya tak pandai masak.. kalau nak masak mesti kena buka buku resepi / google resepi.

4) Dalam tahun 2008, aku pernah jatuh. Jatuh tersungkur dari landasan kehidupan yang mencabar. Perlahan lahan aku bangkit untuk memperbaiki kehidupan supaya tidak tersungkur lagi. Pengalaman banyak mendidik aku menjadi seorang yang lebih matang (erm. matanglah sangat. haha!)

5) Cepat rasa tersentuh. Touching. Cepat terasa hati. Rasanya dulu tak macam ni. Dulu hati kering. Sekarang ni tak taulah kenapa.. faktor usia kut yang semakin meningkat. mungkin...

Tu la fakta tentang diri aku... ok. nak kejar entry kedua untuk hari kedua pulak.. hehehe!



Status Blog #19

By Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014 0 comments

Tetiba je rasa nak join 30 days blog challenge... walaupun dah agak kelewatan untuk beberapa hari, tapi tetap bersemangat nak buat. ok. semoga aku berjaya tamatkan misi ni. hahaha.. jom mula!

walaupun cabaran ni tak menyediakan sebarang hadiah, tapi sekurang2nya ini akan membuatkan aku sentiasa rajin dan bersemangat untuk update blog agar tidak bersawang lagi... weeeeeeee!

Status Blog #18

By Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014 0 comments

Terasa hati dengan seseorang... makan dalam.. sedalam dalamnya...

sekian.

02 September 2014

Kek Lapis Masam Manis

By Dalia Hassan at Selasa, September 02, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Siang tadi sempat juga aku buat kek lapis masam manis.. tapi frust skit la.. rupa paras kek lapis aku tak berapa menjadi... resepi pun hilang entah kemana, so aku guna resepi 'ingat-ingat lupa'.. dan hasilnya memang agak mengecewakan sikit tapi rasanya tetap sedap...

Kesilapan paling besar yang aku buat adalah aku gunakan loyang saiz besar skit daripada loyang yang sepatutnya.. bila loyang besar, kek aku tak berapa nak tinggi... dah le tu, loyang yang aku gunakan tu pulak yang boleh tanggalkan tapak dia tu.. memang bijak... bijak sangat.. dah le kek tu kukus.. air dari wap tu pun menyelinap masuk ikut buntut loyang tu... ermmmmm... pasrah je la...

Lagi satu, aku gunakan asam hawflakes yang saiz besar. biasa aku guna yang saiz kecik sepeket rm0.80 je tu.  sepatutnya bila aku dah guna saiz besar, aku jarak2 kan skit asam tu... tapi aku susun baikkkk punya rapat2... haishhh... tengoklah bila dah potong kek tu.. meriah dengan asam je.. huhuhu...
Takpe.. aku nak buat lagi minggu depan. nak buat betul2 punya.. kasi cantikkkk... ngeeeeeee!

setelah dipotong-potong...

01 September 2014

Status Blog #17

By Dalia Hassan at Isnin, September 01, 2014 0 comments

P/s : Wake me up when September ends...


31 Ogos 2014

Merdeka 57

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 31, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt.... 

Selamat Hari Merdeka yang ke 57. Hari ni pagi2 lagi lepas Subuh aku dah pesan kat Ainul jangan sambung tidur sebab mama nak Ainul sama sama mama saksikan acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke 57 kat tv. Biar dia rasa macamana bangganya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup aman damai sejak sekian lama... aku dulu memang setiap tahun akan keluar sambut Hari Kemerdekaan di Dataran Segamat. Dari zaman sekolah hinggalah ketika melanjutkan pelajaran di Uitm Segamat. Ingat lagi kata kata pakcik driver van uitm yang bawa kami ke Bandar Segamat ;-

"Aku tengok setiap tahun korang bertiga je yang awal2 pagi 31Ogos dah tunggu kat sini nak pergi dataran... yang lain2 mana?"

hehehe... memang la kami ni bersemangat waja.. patriotik sungguh. setahun sekali la pun... semenjak ada anak memang jarang dah sambut hari kemerdekaan di padang. cukuplah hanya didepan tv. tunggu anak2 besar skit, In Shaa Allah akan aku angkut masing2 ke dataran. Merasai semangat kemerdekaan. 

Apa yang dikhuatirkan, Hari Kemerdekaan yang kebanyakan orang faham sekarang tidak lebih dari cuti umum satu hari. 

Sedih!








30 Ogos 2014

Status Blog #16

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 30, 2014 0 comments

Status Blog #15

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 30, 2014 0 comments

Rindu pada yang tak sudi..

hahaha senget...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review