Assalamualaikum wbt...
Phewwww! Payah sungguh
tugasan untuk hari kelima ni... tapi menarik gak.. cuma boleh tak nak
ubah skit.. ubah kepada perkara yang ingin dikatakan kepada bekas
skandal... kekekeke! (choiii! memandai2 jer nak ubah yer? skandal? ada
ker????) muahahaha!
Ok2. Memang dah lama pendam sebenarnya. Kalau ikutkan banyak sungguh perkara yang nak dikatakan kepada bekas
skandal kekasih
ni... errrr... ok tak kalau nak mention nama-nama mereka sekali? (peh!
nama-nama tu... macam ramai jer.. haha!) Tapi sebagai langkah
berjaga-jaga takut pula nanti disaman, baik tak payah mention nama dia..
kalau tak nanti akakkkkk jugak yang susah.. ngeeeee!
Wahai bekas-bekas
skandalku kekasihku... dengarkanlah luahan hatiku ini.. (nak cerita yang baik baik jer ni... takut gaduh.. hahaha!)
1
- Aku pernah sayang giler kat korang... tapi semuanya dah tertulis
bahawa antara kita memang takder jodoh... walau sedalam mana pun kasih
sayang yang kita telah bina, sekuat mana pun ikatan yang kita cuba
pertahankan, tapi jodoh itu bukan milik kita...Pasrah itu berserah.. aku
redha atas segala ketentuanNya... kerana hanya Dia yang tahu apa yang
terbaik untuk kita... dan aku percaya, korang pun sekarang sedang hidup
bahagia bersama si dia..
2 - Buat M... aku minta maaf
banyak-banyak. Mungkin sebelum ni aku tak pernah berterus terang kenapa
aku terus menyepikan diri. Maaf. kejamkah aku? isk isk... kejam skit je
kut.. takut untuk berterus terang lantas melarikan diri.. isk isk.. nak
nyanyi la kejap...
♪♪♪ jika memang masih bisa mulutku berbicara
satu kata yang ingin terucap ♫♫
♫♫ kan kudengar caci dan puji dirimu padaku
kita masih muda dalam mencari keputusan ♪♪♪
♪♪♪ maafkan daku ingin kembali
seumpama ada jalan untuk kembali ♫♫
***pstttt... sila abaikan dua baris terakhir ya... kekekeke!
3
- Aku pernah rasa disayangi, jua disakiti. Pernah frust menonggeng.
Tapi macam yang aku dah sebutkan kat (1) tadi, itu semua ketentuanNya.
Tapi aku bersyukur sangat- sangat sebab sempat mengenali korang semua..
mengenali warna warni kehidupan. Bercinta. Putus cinta. Menolak cinta.
Cinta ditolak (hahahaha). Bercinta semula. Sehinggalah aku jumpa Mr.
Right yang kini jadi encik asbenku sekarang... Syukur Alhamdulillah.
Dalam sedar tak sedar koranglah yang telah menjadikan aku lebih matang
dalam kehidupan. juga telah mengajar aku erti rindu. Seronok weh bila
saling rindu rinduan ni...
hahahah! Ini semua poyo!
Yesssss! siap sudah cabaran hari ke 5 yang standard soalannya sama macam Tingkatan 5 (SPM)