Sahabat

Halaman

04 September 2014

Day 4 : Buku Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014

Haaaa.. marathon sungguh. Satu hari nak buat 4 entry sekaligus... Almaklumlah... dah ketinggalan keretapi.. ahaks... tapi kugagahkan jua... yehaaaa!


Untuk hari ke empat ni, berkenaan buku kegemaran aku... ok. Aku memang minat baca novel. Dari zaman sekolah sampai sekarang memang novel la yang jadi peneman aku. Cuma sekarang ni agak terbatas juga la pembacaan aku disebabkan oleh gangguan makhluk halus.. hahaha.. halus la sangat.. si kecik ni memang suka mengacau aku.. so selagi dia tak tidur, jangan haraplah aku nak bukak novel.. abis dirampasnya... kejam! muahahahah!

Ok. Dalam banyak2 novel, aku paling suka baca novel ditulis oleh penulis thriller no.1 Malaysia, Ramlee Awang Mursyid.. kisah epik Laksamana Sunan. memang aku sentiasa tertunggu tunggu sambungan novel tersebut. Bila baca novel novel tu, terasa diri ada bersama Laksamana Sunan. Biasanya kita disajikan dengan novel2 cinta, tapi koleksi novel epik Laksamana Sunan ni memberikan 1001 kelainan.. Kalau korang tak baca lagi, bolehlah cari di kedai buku berhampiran. Aku pun nak kena beli yang baru, sebab ada yang pinjam tapi tak reti nak pulangkan. geram aku. huhu! (errr.. sesiapa yang terasa tu, silalah pulangkan ya novel saya.. ganti yang baru pun ok) hehe!


Ok. Gambar ni ihsan dari pakcik google. terima kasih pakcik!
 
Siri novel epik Laksamana Sunan :

1.  Bagaikan Puteri - 2005,Alaf21 
2.  Cinta Sang Ratu - 2007,Alaf21
3.  Hijab Sang Pencinta - 2008,Alaf21 (dipasaran Okt 08)
4.  Cinta Sufi - 2010,Alaf21 (dipasaran Mac 10) 
5.  Sutera Bidadari - 2011, Grup Buku Karangkraf (dipasaran Mei 11)
6.  Sunan Musafir - 2012 - Alaf 21, Mei 2012
7.  Sunan : Nanggroe Sang Kembara - 2014, Alaf 21 (dipasarkan Feb 14)

Ok. Tamatlah marathon untuk 4 hari yang perlu diselesaikan hari ni. 

Kita sambung esok dengan tajuk yang agak sedikit mencabar... (tapi tak sabar...)

hahahha tungguuuuuu!



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review