Entah kenapa aku sentiasa merindui hilai tawamu. Aku rindui gurau sendamu. Aku rindui usikan nakalmu. Kurindu suara gemersikmu tatkala menyanyikan lagu syahdu dikala kamu ditinggalkan kekasih. Segala-galanya kurindu. Kemanakah menghilangnya semua itu? Kau cuba menghindar dariku, apakah puncanya?
Mungkin kau terasa hati tentang apa yang pernah aku katakan padamu dulu. Ya. Aku pasti itulah puncanya. Tapi percayalah, apa yang aku katakan itu semata mata demi masa depanmu. Aku tak mahu melihat kau meratapi pemergian dirinya dari hidupmu. Dia bukan jodohmu. Apa yang penting kau harus tabah meneruskan hidup tanpa perlu memikirkan dirinya lagi.
Mungkin 5 tahun perkenalanmu dengan dia membuatkan hatimu terlalu teguh untuk dia.. Kau terlalu menyayanginya. Tapi sayang, hatinya telah dicuri oleh insan lain. Kau kecewa. Tapi percayalah, ini semua ketentuan yang Maha Esa. Dia mahukan yang terbaik untukmu. Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya, usah diragui.
Apa yang pernah aku katakan, jangan kau salah sangka. Aku ingin melihat kau bahagia setelah sekian lama kau harungi derita. Terimalah dirinya insan yang mencintaimu. Aku yakin dia mampu berimu bahagia. Aku kenal dia, dan aku yakin dengan dirinya yang mampu memimpin tanganmu menuju ke syurga.. In Shaa Allah.
Yang lama usah dikenang lagi. Biarkanlah ia menjadi sejarah dalam hidupmu.
Hari Ketiga - Sesuatu Yang Menguatkan Aku
Hari Keempat - Buku Kegemaran Aku
Hari Kelima - 3 Perkara Yang Ingin Aku Katakan Kepada Bekas Kekasih
Hari Keenam - Apa Yang Aku Makan Hari Ini
Hari Ketujuh - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Aku
Hari Kelapan - 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku
Hari Kesembilan - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku
Hari Kesepuluh - Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku
0 comments:
Catat Ulasan