Sahabat

Halaman

14 September 2014

Day 13 : 5 Blog Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 14, 2014 0 comments

Assalamualaikum ...

Terlewat sehari... Tapi takper kan asalkan aku masih berusaha dan bersemangat untuk ikuti cabaran ni. He he. Bukan apa, family mertua datang rumah aku sejak semalam.. So busy skit la. Bukan busy apa pun cuma taknak lah nampak sangat aku berkepit dengan gajet jer. He he

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Ok. Nak tulis untuk cabaran hari ke 13 dulu... 5 blog kegemaran aku...

Check it out!

5. Uzu

Jangan pelik sebab dari no.1 - 3 adalah blog masakan, almaklumlah ibu macam aku ni memang perlukan bimbingan dalam bab masak memasak ni. Sebab tu rujukan tu penting, kalau tak memang `honey lempengnya hangus` bak kata Ezad Exist... He he

Jangan tanya kenapa aku pilih blog Ben Ashaari kerna aku pasti korang pun tahu apa jawapannya... Blogger hebat, begitu juga si emas putih, Azu...

Ok.. Sekian...

12 September 2014

Day 12 : 5 Wishlist Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, September 12, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Sedang aku sibuk mengemas rumah, tiba tiba macam teringat yang aku tak buat lagi entry untuk cabaran hari ni.. cabaran hari ke dua belas ni, 5 wishlist aku.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Kalau ikutkan hati, memang banyak wishlist aku ni. Tapi aku akan bagitau top 5 je, sesuai la dengan kehendak cabaran ni.

1. Anak Lelaki

Aku teringin sangat nak anak lelaki. Memandangkan kedua2 anak aku adalah puteri, aku sangat berharap jika aku mengandung untuk kali ketiga nanti, dapat putera pulak. Oleh kerana kedua dua kelahiran sebelum ni adalah secara pembedahan, maka berkemungkinan besar aku hanya dibenarkan sekali sahaja lagi untuk mengandung,. itu yang sangat berharap untuk dapatkan baby boy. tapi andainya aku dapat baby girl, aku tetap terimanya dengan penuh kesyukuran...

2. Banglo Mewah

Aku selalu berangan miliki sebuah banglo mewah yang dilengkapi dengan kolam renang. OMG. hari2 aku boleh berenang... mesti pecah lemak2 dibadan... hahaha

3.  Toyota Vellfire

Entah kenapalah aku minat sangat dengan Alphard ni. kalau lah aku ada kuasa luar biasa, akan aku sumpah persona aku tu jadi Alphard.. boleh ker boleh ker?

4. Iphone 7

Oleh sebab S4 aku dah mula tingtong... haruslah aku masukkan dalam wishlist smartphone baru... hehehe!

5. Tunaikan Haji 

Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

By Dalia Hassan at Jumaat, September 12, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Terlewat sehari. Adoila.. Semalam memang tak sempat.. busy manjang... tapi.. hari ni nak cerita ringkas jer, janji ada... hehehe

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Kisah zaman kanak-kanak aku, kenangan yang kemas melekat kat kepala aku adalah ketika umur aku 5 tahun. Masa tu pokok rambutan depan rumah arwah pak itam aku (yang juga jiran aku) memang tengah berbuah dengan lebatnya. Bila tengok abang aku, abang ijat panjat pokok rambutan tu dan menikmati buah rambutan dari atas pokok, aku pun dengan terujanya memanjat pokok rambutan tu... agaknya aku lupa yang aku baru jer berumur 5 tahun. Yang bestnya bila dah sampai atas pokok, pandang jer bawah aku jadik gayat... Bila gayat, mulalah aku gelabah bila aku tak boleh nak turun walau sikit pun... Nak buat macamana? Jadi patung kat atas pokok sebab takut kalau gerak nanti jatuh...

Akhirnya dengan perasaan takut, aku teringat cara2 nak bertanya sesuatu pertanyaan kepada mentada mentaduk...

Aku pun dengan suara yang kuat (konon2 supaya mentada mentaduk boleh dengar suara aku), mula menjerit sambil berlagu....:

"Mentada Mentaduk Macamana Akak Nak Turunnnnnnnnnnnnnnnnn!!"

Dan, abang ijat yang memang ada kat atas pokok gasak gelakkan aku gila babas... Tak lama lepas tu mentada mentadu besar datang selamatkan aku pakai tangga (mentada mentaduk besar tu kakak aku laaaaa yang dengar aku nyanyi dari atas pokok tu).....

Sampai sekarang abang ijat akan perli aku dengan nyanyi lagu tu dan aku selalu cerita kenangan tu pada anak aku sampai anak aku dah boleh hafal setiap baris ayat cerita aku ni.... haha! kenangan yang tak dapat dilupakan....

Errr... sebenarnya banyak lagi perkara lucu zaman kanak kanak... kalau sempat nanti bila2 aku akan selitkan cerita tu kat sini... untuk bacaan anak2 aku juga nanti...

30 Days Blogs Challenge 

10 September 2014

Day 10 : Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku

By Dalia Hassan at Rabu, September 10, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Nampaknya cabaran untuk hari ni kacang goreng jer.. rilek je tak payah nak pening-pening mencari idea yang kejap ada kejap takder tu... ( peh! berlagak!)

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬



 

 Ha! Ini saja la yang ada dalam handbag aku. Wallet, Smartphone, Monopod, Bedak Compact dengan lip balm. Aku bukan jenis yang make up tebal.. rimas rasa.. so tu je la alat make up aku cuma kadang2 kalau aku terajin sikit aku pakai la eye liner dengan mascara... itupun biasanya kejap je dah tanggal. Lepas solat Zuhor, memang aku takder la nak pakai semula....



 Yang kat atas ni pulak apa yang ada dalam wallet aku... semua kad2 penting.. mykad, mykid, kad nikah, kad bank (errrr.. kad maybank ada dua tu satu kad encik asben.. hehehe) kad keje, lesen, gambo Ainul... oh.. angpow kad atas tu semua ada duit.. yang warna biru + coklat putih + hijau tu semua aku dapat dari orang yang sama... koleksi duit raya 3 tahun berturut2 dapat dari my good friend. Angpow yang selebihnya tu memang aku standby siap2 kut2 nak pergi kenduri kawin...

Ok.. tu je la untuk hari ni.. 
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge



 

09 September 2014

Day 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku

By Dalia Hassan at Selasa, September 09, 2014 0 comments
Assalamulaikum wbt...

Cabaran ke 9, hari ke 9 : 5 lelaki yang menarik perhatian aku...

Yang ni pun kira aku nak bagi jawapan selamat la.. hahaha.. Mereka semua ni adalah orang yang terdekat dengan aku. Persamaan mereka semua adalah kesemua mereka ni tak merokok.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬


check it out!

1) En. Suhaimi Bin Bujang a.k.a en asben menarik tertarik kau memang da boom! tapi sakan bergambar dengan Marilyn Monroe celup tu, sikit lagi nak kena boom dengan aku! haha! Luv u!

entah bila la aku berubah jadi Marilyn Monroe ni? Konon2 hepi famili la ni??? (Jeles hokayyyy)


2. Hj. Hassan Bin Hj. Mohamad a.k.a my abah... Lelaki paling hensem dan ohsem aku pernah jumpa. Sayangggggg abah!

tengok tu tengok tu... ensem kan abah saya...

oh! kalau rasa2 data plan tu banyak lebih, sudi2 kanlah tengok yutiup yang kita buat untuk abah kita sempena hari bapa aritu.. simple je tapi amat bermakna...


3. Hj. Bujang Bin Menal a.k.a my abah mertua yang sporting, sentiasa bertolak ansur, kelakar dan macam2 lagilah! Respect toing toing kat abah! (tabik spring)


alamak! kabur la pulok gambo abah ni..

4. Mohd Haffizad Bin Hassan a.k.a my abang... camana nak cakap ek? macam ni la.. kalau aku takder duit, dia la yang jadi mesin atm aku... masa mula2 aku datang KL (masa tu aku tak kawin lagi), dia la tempat aku cucuk duit kalau duit takder.. haha! eh! eh! rasanya sampai sekarang pun kut.. nasib baikla abang bukan jenis berkira! hehe
jasamu akan kukenang ye abang!

geledah fb dia jumpa ni je gambar yang paling clear muka dia.. maklumlah dia ni tak berapa aktif fb.. gambar ni pun kawan dia yang tagged. huhu!

5. Mohd Azhar Bin Hassan a.k.a my adik yang senget.. Malas nak cakap banyak la dengan dia ni. kalau aku suka pau duit abang aku, yang dia ni pulak suka sangat pau duit aku... adessss! yang peliknya setiap kali dia pau aku, aku tak banyak soal terus bagi je. pelik kan? 

wes azhar, awak ada baca2 kat muka saya ker?!
hahaha!

tengok tu.. muka pun muka ganazzz...

Ok.  Tapi selain dari famili sendiri, aku ada 3 orang lagi yang memang menarik perhatian aku..

1. Kawan baik aku dari kecik hingga sekarang (Manek)
2. Kenalan aku masa kat Uitm dulu (Ajie)
3. Teman sekerja aku (Pakcik)

My asben kenal ketiga2 mereka ni dan pernah jumpa dengan dua daripadanya... aku dengan asben memang takder rahsia dan aku suka bercerita tentang apa aja kat dia dan kadang kadang merasa jugak keperitan cubitan kat peha! haha!

Selesai sudah cabaran hari ke 9...

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Jumpa untuk cabaran esok!





08 September 2014

Status Blog #21

By Dalia Hassan at Isnin, September 08, 2014 0 comments

Hari ni lepas kerja pergi jogging lagi. Kalau haritu dapat 7 round padang MPSJ, tapi hari ni dapat 5 1/2 round je. pastu pancit dah.. ni mesti gara2 makan banyak sebelum jogging tadi. muahahaha..

Adik Abang

By Dalia Hassan at Isnin, September 08, 2014 0 comments

Hari ni kat opis aku ada orang shooting filem. Filem Adik Abang lakonan Farid Kamil (ensemnya dia) dan Intan Ladyana.. Tapi aku paling seronok sebab dapat jumpa Nisha. Nisha ni make up artist.. dulu dia gerak dengan MIG tapi sekarang kalau tak salah aku dia gerak sendiri...

Aku rapat dengan Nisha pun sejak 2,3 tahun lepas masa diorang shooting Adnan Sempit. Dia memang peramah n baik.. Sejak tu memang baik dengan dia. dia rajin masak. pernah sekali tu dia datang opis aku semata mata hantar rendang ayam dan nasi himpit yang dia masak sendiri. Memang terbaik la... Ada sekali tu ada shooting jugak kat opis aku, dia siap masakkan untuk aku sambal ikan bilis yang sedap. aku boleh ratah je sambal ikan bilis tu.. hehehe.. murah rezeki Nisha..

Hari ni dia datang siap bagi aku kain batik yang dia beli kat Langkawi masa diorang ada shooting kat sana baru2 ni. Aku yang rasa malu.. asyik dia je bagi aku tapi aku tak pernah pun bagi dia apa2.. hehehe..

Tapi hari ni kejap je dia kat opis aku.. satu scene je nak shoot. dalam kul 12 lebih dia datang, pukul 3 lebih diorang dah settle..

tuuuu dia farid kamil ngah beratur konon2 nak bayar saman... kekekeke
Makan...

Day 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Isnin, September 08, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Cabaran hari ke- 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari‬

Ok. Hari ni taknak tulis panjang-panjang. Kat bawah ni semua lagu cinta kegemaran aku. Setiap lagu ada cerita disebaliknya... susah nak cerita. Biarlah lirik yang berbicara....


1) Bila Wajahmu Aku Bayangkan - Allahyarham Sudirman Hj. Arsyad


2) Hatimu Milikku -  Akim Ahmad
    (Entah kenapa aku lebih suka Akim nyanyi lagu ni berbanding Nera)



3) Terminal Cinta - Samudera



4) Masih Mencintainya - Papinka



5) Kekasih Gelapku - Ungu



30 Days Blogs Challenge


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review