Sahabat

Halaman

18 September 2014

Day 18 : Siri TV Kegemaran

By Dalia Hassan at Khamis, September 18, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Dalam banyak2 siri tv, aku paling gila cerita ni... MERLIN... memang best la... terbaikkkk..

Kalau cerita melayu, aku layan jugak cerita yang tv3 kul 7 tu.. best jugak drama2 tu.. paling aku ingat ialah 'Rindu Bertamu Di Abu Dhabi' dan 'Teduhan Kasih'..

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Apa pula pilihan korang?








30 Days Blogs Challenge

17 September 2014

Day 17 : 5 Perkara Yang Aku Rindui

By Dalia Hassan at Rabu, September 17, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah masuk hari ke 17 ni nak bercerita pasal perkara yang aku paling rindui pula...

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari


1. Rindu zaman sekolah. Terminat kat sorang cikgu ni. ensem banget. tapi malangnya cikgu ni dah bertunang dengan sorang cikgu perempuan yang mengajar kat sekolah aku jugak. frust. masa diorang kawin, aku sibuk menyanyi lagu "pelamin anganku musnah".. hahaha! sekolah2 lagi dah gatal nak kawin. Tapi yang syahdunya, target cikgu lain, cikgu lain pulak yang sangkut. cikgu tu seminggu dua tiga kali makan kat rumah, siap panggil mak bonda lagi.. adoila. please lah. sapa nak kawin dengan dia? tak sanggup aku kalau bangun tidur pagi2 tengok cikgu disiplin ada kat sebelah.. oh tidakkkk!

2. Rindu masa zaman kat uitm dulu... entah kenapa banyak sangat kenangan manis ketika tu. Paling aku ingat, masa aku wakil Uitm Segamat dalam Karnival Sukan Mahasiswa di Uitm Seri Iskandar, Perak.. masa tu aku main badminton.. rindu pada kawan2 satu kontinjen especially kawan2 satu pasukan badminton. Diorang sangat best especially "him".. hahaha! teeeeettttt! hanya tinggal sejarah...

3. Rindu sangat kat arwah atok dan nenek. ermmm.. kalau sebelah abah, aku langsung tak pernah kenal dan jumpa diorang. Masa aku lahir memang diorang dah tak ada. Yang aku sempat kenal cuma arwah atok dan nenek sebelah mak. Masa kecik2 memang aku rapat dengan arwah lebih2 lagi dengan arwah atok. dalam ramai2 cucu, rasanya aku kut yang dia paling sayang (perasan!).. memang dari kecik arwah atok dan nenek panggil aku 'darling".. sampai sekarang pun ada lagi makcik2 aku yang tersasul panggil aku 'darling'... bisa buat aku malu dong ah! hahaha!

4. Aku rindu kat housemate lama aku masa aku kerja kat Segamat. Teringat aktiviti2 yang kami lakukan setiap kali ada waktu yang terluang. Paling best adalah ketika dapat main badminton kat dewan sekolah convent. Join dengan budak2 pejabat tanah, MDSU, JKR.. lepas berpeluh sakan bakar lemak, kami pergi pekena "kueytiaw goreng basah pedas giler Mak Yam" kat Segamat Baru.. memang terbaikkkk!

5. Aku rindukan saat2 melahirkan anak. Sungguh tak tergambar perasaan itu. Pertama kali melihat wajahnya, hilang semua rasa kesakitan ketika bersalin dan hilang segala keletihan sepanjang mengandungkannya. Rindu saat itu. In Shaa Allah aku nak cuba tambah lagi satu... hehe!



30 Days Blogs Challenge

16 September 2014

Day 16 : Aku Lagi 10 Tahun

By Dalia Hassan at Selasa, September 16, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Untuk cabaran hari ke 16 ni, tajuknya adalah bagaimana aku 10 tahun lagi..


Secara ringkas...

Kalaulah aku panjang umur, mungkin ketika itu aku hidup bahagia disamping keluarga tercinta dan taraf hidup yang jauh lebih baik dari sekarang... berjaya dalam perniagaan.. berjaya dalam kehidupan.... In Shaa Allah. Aminnn.

Namun, andai ketika itu aku telah tiada, sedekahkanlah surahAl Fatihah buat aku.. sesungguhnya aku amat memerlukan...



30 Days Blogs Challenge

15 September 2014

Day 15 : Surat Buat Sahabat

By Dalia Hassan at Isnin, September 15, 2014 0 comments

Kehadapan sahabatku yang disayangi... Semoga sentiasa berada didalam kesejahteraan dibawah lindungan kasih dariNya dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Mudah-mudahan... In Shaa Allah...

Sahabat,

Entah kenapa aku sentiasa merindui hilai tawamu. Aku rindui gurau sendamu. Aku rindui usikan nakalmu. Kurindu suara gemersikmu tatkala menyanyikan lagu syahdu dikala kamu ditinggalkan kekasih. Segala-galanya kurindu. Kemanakah menghilangnya semua itu? Kau cuba menghindar dariku, apakah puncanya?

Sahabat,

Mungkin kau terasa hati tentang apa yang pernah aku katakan padamu dulu. Ya. Aku pasti itulah puncanya. Tapi percayalah, apa yang aku katakan itu semata mata demi masa depanmu. Aku tak mahu melihat kau meratapi pemergian dirinya dari hidupmu. Dia bukan jodohmu. Apa yang penting kau harus tabah meneruskan hidup tanpa perlu memikirkan dirinya lagi.

Sahabat,

Mungkin 5 tahun perkenalanmu dengan dia membuatkan hatimu terlalu teguh untuk dia.. Kau terlalu menyayanginya. Tapi sayang, hatinya telah dicuri oleh insan lain. Kau kecewa. Tapi percayalah, ini semua ketentuan yang Maha Esa. Dia mahukan yang terbaik untukmu. Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya, usah diragui.

Sahabat, 

Apa yang pernah aku katakan, jangan kau salah sangka. Aku ingin melihat kau bahagia setelah sekian lama kau harungi derita. Terimalah dirinya insan yang mencintaimu. Aku yakin dia mampu berimu bahagia. Aku kenal dia, dan aku yakin dengan dirinya yang mampu memimpin tanganmu menuju ke syurga.. In Shaa Allah.

Sahabat,

Yang lama usah dikenang lagi. Biarkanlah ia menjadi sejarah dalam hidupmu.

Salam sayang dan penuh kerinduan dari sahabatmu,

15 September 2014


30 Days Blogs Challenge

14 September 2014

Day 14 : Cerita Kasut Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 14, 2014 0 comments

Alamak! Nak cerita apa ek... Rasa macam takder cerita pasal kasut ni tapi kalau pasal selipar memang ada... boleh je la kan cerita pasal selipar.. adik beradik je dengan kasut...

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari


Kejadian ni berlaku setahun yang lepas (13 Jun 2013)..


Dan jiran aku yang tegur aku pakai selipar sebelah lain sebelah lain tu sebenarnya tokey kedai kasut Titan.. Mesti dia gelakkan aku punya... isk isk... maluuuu....



Day 13 : 5 Blog Kegemaran Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 14, 2014 0 comments

Assalamualaikum ...

Terlewat sehari... Tapi takper kan asalkan aku masih berusaha dan bersemangat untuk ikuti cabaran ni. He he. Bukan apa, family mertua datang rumah aku sejak semalam.. So busy skit la. Bukan busy apa pun cuma taknak lah nampak sangat aku berkepit dengan gajet jer. He he

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Ok. Nak tulis untuk cabaran hari ke 13 dulu... 5 blog kegemaran aku...

Check it out!

5. Uzu

Jangan pelik sebab dari no.1 - 3 adalah blog masakan, almaklumlah ibu macam aku ni memang perlukan bimbingan dalam bab masak memasak ni. Sebab tu rujukan tu penting, kalau tak memang `honey lempengnya hangus` bak kata Ezad Exist... He he

Jangan tanya kenapa aku pilih blog Ben Ashaari kerna aku pasti korang pun tahu apa jawapannya... Blogger hebat, begitu juga si emas putih, Azu...

Ok.. Sekian...

12 September 2014

Day 12 : 5 Wishlist Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, September 12, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Sedang aku sibuk mengemas rumah, tiba tiba macam teringat yang aku tak buat lagi entry untuk cabaran hari ni.. cabaran hari ke dua belas ni, 5 wishlist aku.

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Kalau ikutkan hati, memang banyak wishlist aku ni. Tapi aku akan bagitau top 5 je, sesuai la dengan kehendak cabaran ni.

1. Anak Lelaki

Aku teringin sangat nak anak lelaki. Memandangkan kedua2 anak aku adalah puteri, aku sangat berharap jika aku mengandung untuk kali ketiga nanti, dapat putera pulak. Oleh kerana kedua dua kelahiran sebelum ni adalah secara pembedahan, maka berkemungkinan besar aku hanya dibenarkan sekali sahaja lagi untuk mengandung,. itu yang sangat berharap untuk dapatkan baby boy. tapi andainya aku dapat baby girl, aku tetap terimanya dengan penuh kesyukuran...

2. Banglo Mewah

Aku selalu berangan miliki sebuah banglo mewah yang dilengkapi dengan kolam renang. OMG. hari2 aku boleh berenang... mesti pecah lemak2 dibadan... hahaha

3.  Toyota Vellfire

Entah kenapalah aku minat sangat dengan Alphard ni. kalau lah aku ada kuasa luar biasa, akan aku sumpah persona aku tu jadi Alphard.. boleh ker boleh ker?

4. Iphone 7

Oleh sebab S4 aku dah mula tingtong... haruslah aku masukkan dalam wishlist smartphone baru... hehehe!

5. Tunaikan Haji 

Day 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

By Dalia Hassan at Jumaat, September 12, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Terlewat sehari. Adoila.. Semalam memang tak sempat.. busy manjang... tapi.. hari ni nak cerita ringkas jer, janji ada... hehehe

#‎cabaran30hari‬
‪#‎kelabbloggerbenashaari

Kisah zaman kanak-kanak aku, kenangan yang kemas melekat kat kepala aku adalah ketika umur aku 5 tahun. Masa tu pokok rambutan depan rumah arwah pak itam aku (yang juga jiran aku) memang tengah berbuah dengan lebatnya. Bila tengok abang aku, abang ijat panjat pokok rambutan tu dan menikmati buah rambutan dari atas pokok, aku pun dengan terujanya memanjat pokok rambutan tu... agaknya aku lupa yang aku baru jer berumur 5 tahun. Yang bestnya bila dah sampai atas pokok, pandang jer bawah aku jadik gayat... Bila gayat, mulalah aku gelabah bila aku tak boleh nak turun walau sikit pun... Nak buat macamana? Jadi patung kat atas pokok sebab takut kalau gerak nanti jatuh...

Akhirnya dengan perasaan takut, aku teringat cara2 nak bertanya sesuatu pertanyaan kepada mentada mentaduk...

Aku pun dengan suara yang kuat (konon2 supaya mentada mentaduk boleh dengar suara aku), mula menjerit sambil berlagu....:

"Mentada Mentaduk Macamana Akak Nak Turunnnnnnnnnnnnnnnnn!!"

Dan, abang ijat yang memang ada kat atas pokok gasak gelakkan aku gila babas... Tak lama lepas tu mentada mentadu besar datang selamatkan aku pakai tangga (mentada mentaduk besar tu kakak aku laaaaa yang dengar aku nyanyi dari atas pokok tu).....

Sampai sekarang abang ijat akan perli aku dengan nyanyi lagu tu dan aku selalu cerita kenangan tu pada anak aku sampai anak aku dah boleh hafal setiap baris ayat cerita aku ni.... haha! kenangan yang tak dapat dilupakan....

Errr... sebenarnya banyak lagi perkara lucu zaman kanak kanak... kalau sempat nanti bila2 aku akan selitkan cerita tu kat sini... untuk bacaan anak2 aku juga nanti...

30 Days Blogs Challenge 

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review