Sahabat

Halaman

03 Oktober 2014

Cuti - Cuti Malaysia : Sunway Lagoon, Selangor

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 03, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 29/9 yang lepas aku berkesempatan bawa anak-anak aku pergi bercuti ke Sunway Lagoon. Pada asal perancangan hanya aku dan suami sahaja memandangkan Ainul bersekolah. Saat akhir, rupanya sekolah direhatkan bagi persediaan kelas untuk peperiksaan UPSR keesokan harinya... So, memang bawaklah dia sekali, tak sampai hati nak tinggalkan kat rumah pengasuh.


2 keping tiket free... yeehaaaa... aku cuma belikan tiket untuk Ainul je RM65.. dak tecik tu free je masuk...
                                         
apa2 kita bekpes dulu kat mamak @ Bandar Sunway... (eh! nasi beriyani ni dah boleh dikira lunch dah ni)


bagi anak2 bersuka ria dulu..

cantik...

budak ni memang pantang kalau jumpa air...


Aku dengan Ainul sempat naik yang ular tu jer.. apa ntah ke namanya.. Vuvuzela aku tak naik.. gayatttttt... 

pemandangan dari atas...

Ainul lagi...


awal lagi... lengang je kolam.. 

benda alah ni pun macam kosong jer.. tapi masuk tengahari sikit berderet orang beratur... hehehe

anak mat salih ni sibuk kacau si kecik Arissa... nak berkawan kut.. tapi Arissa sombong... dia lari.. huhu!

muka budak demam...

tayangan 5D... keluar dari theathre semua basah lencun.. haha!

lai lai beli cendol...



Vuvuzela... (eh! betul ke ejaan tu?)

nikmatnya dapat makan nugget...

depan Zulu walk...
                                       

tempat budak2.. mak budak pun sama.. hehehe!

macam ada kat tepi pantai...

hamboiiiii...

yang muda.. yang tua.. semua enjoy!





bersantai ditepi pantai..


amboi... sukanya dia...




masa untuk lunch.. Subway menjadi pilihan utama.. yummyyyyy!
















best gak masuk rumah hantu ni... jerit je lebih.. tapi aku lebih banyak tergelak dari menjerit sebab tengok telatah si Ainul yang betul2 takut..






asben ajak aku naik menatang ni... tapi aku mintak maap banyak2 kat dia.. memang tak laaaaaa... gayattttt


naik buai pusing..



masing masing kepenatan...



                                        
balik dari Sunway Lagoon, kami pegi pekena asam pedas pulak kat Subang Bestari.. masing masing dah lapar..
                                     
tuuuu dia asam pedas ikan pari dengan dim sum...
 Siang punya lah seronok, malam berseronok kat Hospital Sungai Buloh pulak sebab budak kecik ni semput... adoilaaaa... dari jam 12pagi lebih sampai jam 5 pagi baru sampai rumah... 3 kali doktor bagi gas kat dak tecik ni... sian dia....


Oklaaaaaa.... tu je cerita aku ke Sunway Lagoon... 

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Status Blog #23

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 03, 2014 0 comments

Tadi lepas Isya' aku bersembang kat telefon dengan mak.. lama jugak yang kami borakkan.. aku pun meluah perasaan kat mak pasal bebanan atas kenaikan harga minyak..

tapi dengan selamba je mak jawab...

"selalu bertukar henpon mahal, cuti berjalan sana sini boleh pulak.. minyak naik dua posen pun nak merungut. syukurlah yang Msia kita ni masih aman"

adoila mak.. insaf sekejap. takpe la.. pasni akak beli henpon cap ayam je. Jenama N65 (Nokia 65hinggit) huhu!

01 Oktober 2014

Day 31 : Apa Yang Aku Dapat Dengan Berblog

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Entry terakhir untuk cabaran 30 hari. Bersemangat sungguh nak menulis walaupun aku sendiri tak tau nak tulis apa.. Haha!

Apa yang aku dapat dengan berblog? 

Sebenarnya aku menulis blog ini adalah untuk kepuasan diri sendiri. Aku mula menulis blog ni sejak awal tahun 2010 dan pada ketika itu (mungkin sehingga kini) kawan baik aku sendiri tak tahu akan kewujudan blog aku ni.. Aku lebih selesa orang luar yang membaca blog aku daripada kawan2 aku.. Bukan apa, aku segan bila kisah aku dibaca oleh kawan2 aku sendiri. Lainlah kalau orang tu orang luar, diorang tak kenal aku siapa, jadi tak perlu aku segankan... Hinggakan kawan sebelah aku pun tak tahu aku ada blog...  Bukan saja kawan2, adik beradik aku pun tak tahu aku ada blog, hingga sekarang..

Cuma ada sekali kawan sekerja aku tanya aku, D`Alia Gallery ni blog aku ker? Dia terbaca satu kisah tentang lawatan kebajikan aku ke rumah orang2 tua di Puchong.. Alahai.. Terkantoi plak tapi aku iakan je la. Kemudian kantoi pulak dengan bespren I.. I siap pesan kat dia, "kalau u baca blog I, I tak kisah tapi tolong jangan bagitau I yang u baca blog I.. Senyap2 sudah...." Hahahaha entah apa2 je kan.. Tapi sekarang dan ramai juga kawan2 aku yang tau tentang kewujudan blog aku ni termasuk my boss yang entah dari mana dia dapat tau... Lantakla.. Jangan dia skodeng entry lama sudahlah sebab dulu aku selalu kutuk dia... Hahaha jangan marah yer Baim Wong Celup a.k.a my boss yang sweet...peace no war...

Tapi sekarang agenda aku dan berubah sikit.. Kalau dulu bermotifkan kepuasan dan minat semata2, tapi sekarang aku nak jadikan minat aku dalam berblog ni sebagai sumber pendapatan aku.. Apa salahnya kan? 2 in 1.. Kepuasan dapat, RM pun dapat.. Terima kasih nuffnang yang bermurah hati.. Aku akan cuba melipat gandakan usaha aku untuk menulis sesuatu at least sehari 1 entry.. 

Chayo chayokkkkk!


30 Days Blogs Challenge


Day 30 : Perkara Menarik Yang Aku Banggakan Tahun Ini

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Nampaknya, dah semakin ke penghujung dah  #‎cabaran30hari‬  ‪#‎kelabbloggerbenashaari ni.. tak sangka rupanya aku masih mampu menulis walaupun mempunyai kekangan masa.. nampaknya lepas ni, takder alasan la untuk biarkan blog aku ni bersawang tak berusik.. hehe! 

Apa yang boleh aku banggakan dengan diri aku, walaupun dibebani dengan tugasan di pejabat, tanggungjawab seorang isteri dan juga seorang ibu, aku masih mampu membahagikan sedikit masa untuk menulis di blog aku ni walaupun kadang-kadang tercicir juga untuk beberapa hari. Tapi aku masih boleh mengejar walaupun apa yang aku tulis mungkin seringkas yang boleh. 

Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa sebelum ni aku aku sentiasa beralasan untuk menulis sesuatu... tak cukup masa.. tak sempat.. anak kacau.. tapi bila aku sertai cabaan ni baru aku nampak bahawa semua tu adalah alasan.. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Yang pasti cabaran 30 hari ini adalah salah satu perkara yang membanggakan aku pada tahun ni.. nak banggakan benda lain, rasanya memang takder.. nak berbangga dengan kerja, kerja aku biasa2 jer.. tak ada pun yang perlu dibanggakan... tak ada pun pencapaian yang boleh buatkan hidung aku kembang kuncup.. tak pernah pun dapat APC.. sijil penghargaan pun baru sekali dapat, itupun sempena Hari Polis tahun 2012.. lepas tu tak ada dah...

Oh! baru aku teringat.. April hari tu aku masuk pertandingan menembak kat PGA Cheras... sebelum ni tiap tiap tahun masuk tapi tak dapat tempat.. tapi rezeki tahun ni aku dapat pulak hadiah. Dan hadiah tu aku dah gunakan pada Isnin baru baru ni.. 2 keping tiket masuk Sunway Lagoon.. memang berbaloi baloi.. kalau nak beli tiket sendiri memang tak lah! mahal.. haha! 

Ok. Tu je la yang mampu aku banggakan untuk tahun ni... semoga sebelum berakhirnya 2014, akan ada perkara lain yang boleh aku banggakan sebagai kenangan aku pada tahun 2014 ni...

Sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


30 Days Blogs Challenge





PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review