Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimi...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt.... Syukur Alhamdulillah.. hari ni 23 September 2013 genap umur aku 33 tahun.. walaupun masih terasa seperti sweet 23, ...
-
Alhamdulillah... Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... s...
-
Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan? tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain ...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku merangkap teman serumah masa zaman muda2 aku ...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa.. camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. ...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
13 Oktober 2014
12 Oktober 2014
Status Blog #25
Assalamualaikum wbt...
Hari ni aku ke IPN Sabak Bernam, esok aku start kursus hingga Rabu nanti.. seronok rasa sekali sekala kuar dari keje opis.. cuma yang tak syoknya kena tinggalkan anak2 la.. tapi takpe.. bukan selalu pun.. hehehe..
Mula mula aku ingat nak drive sendiri ke sini.. tapi oleh kerana aku tak berapa yakin, takut sesat maka aku pun mohon la kereta jabatan yang hantar ke sini.. tarik nafas lega jugakla aku sebab tak jadi drive sendiri.. kalau tak.. confirm sesat! ngeeeeee!
Okla.. nanti bila bila aku cerita apa aktiviti aku kat sini..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Categories
Status Blog
10 Oktober 2014
Kisah Hari Ini
Assalamualaikum wbt...
Hari ni, hari makan sedunia untuk aku.. apa tidaknya.. pagi, memang setiap Jumaat ada bacaan Yaasin kat surau.. lepas bacaan yaasin, diorang sediakan nasi goreng dengan kuih.. aku makan karipap 2 keping, kuih keria sekeping.. pastu nasi goreng aku bawak balik opis.. konon2 tak nak makan la sebab dah kenyang...
Masuk opis, rasa lapar pulak perut ni.. apalagi.. nasi goreng jadi mangsa.. tengahari aku ikut Kak Wani ngn Seha pegi Mydin. Kat Mydin aku makan set bawal panas.. adoila.. punah diet.. nasi lagi.. hahaha!
Lepas makan, aku masuk pejabat pos kat Mydin tu.. nak buat urusan asb.. mak aihhh.. no aku 2182, no waktu tu baru 2127.. jenuh aku nak menunggu, dah ke ramai orang, panas pulak tu..
Tetiba aku nampak Azie ngan Dina masuk... borak punya borak, dia ajak aku pergi RHB Bank Taipan jer, tak ramai orang.. aku ok jer.. kat RHB, memang takder orang.. terus dapat giliran.. yahoooo...
Settle urusan, teman Azie ngan Dina pulak makan kat paparich.. ok la.. aku memang dah kenyang, konon2 tak nak la makan.. sekali kena hasut ngan diorang, aku bantai cendol special plak.. hahaha!
Balik opis, si Seha beli Big Apple kat Mydin tadi.. adoila.. aku lemah betul bab kena paksa makan ni. tapi takperla, aku makan jugak.. ambik hati.. kekekeke!
Petang lepas keje, aku join diorang main bola jaring .. konon2 nak bakar la lemak lemak tu semua walaupun aku sebenarnya tak pandai main bola jaring.. takpe.. yang penting peluh keluar....
Balik rumah, ambik budak2 kat taska terus bawak diorang pegi makan kat oldtown white coffee.. ermmm.. aku makan laksa.. rasanya tak guna jugak aku bersukan tadi.. kan?
hehehehe..
kurus dalam mimpi jer la.......
Categories
Diariku
08 Oktober 2014
Kereta Untuk Disewa (Persona)
Iklan jap...
Proton Persona 1.6(A) untuk di sewa (Pandu sendiri)
Area Subang Bestari, Subang Airport, Kg Melayu Subang, Kota Damansara, Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Perkhidmatan penghantaran juga disediaka, caj minimum akan dikenakan mengikut lokasi.
Harian: RM 120.00
Mingguan: RM 680.00
Bulanan: RM 1,800.00
Mingguan: RM 680.00
Bulanan: RM 1,800.00
Dokumen / perkara yang diperlukan:
1.Salinan IC @ Passport.
2.Salinan lesen memandu.
3.Utiliti bill asal/Kad pelajar
4. Deposit RM100 (akan dipulangkan jika tiada sebarang saman sepanjang tempoh sewaan)
2.Salinan lesen memandu.
3.Utiliti bill asal/Kad pelajar
4. Deposit RM100 (akan dipulangkan jika tiada sebarang saman sepanjang tempoh sewaan)
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut
Emi : 013-2666188
Categories
apa2 aje,
siapa2 aje
Status Blog #24
kadang2 dengan satu kejadian, mood kita boleh berubah dengan serta merta..
ya. aku bad mood sekarang ni.. hangin satu badan.
sekian.
Categories
Status Blog
07 Oktober 2014
Lirik Lagu : Alasanmu ~ Exist
Assalamualaikum wbt
Hari ni kat opis rasa macam takder mood nak keje.. yerla.. masih terasa lagi mood raya (alasan).. hahaha! tapi dalam banyak2 lagu, antara lagu yang aku suka dan jadi lagu wajib aku kalau nyanyi kat karaoke adalah lagu Alasanmu nyanyian Exist.
Teringat pulak kenangan masa kat Bandung dulu... aku, kak maz, kak wani, opik ngan ghani pergi karaoke kat pusat karaoke kepunyaan penyanyi dangdut Inul di Inul Vizta Family KTV.. aku sempat lagi berduet dengan Ghani nyanyi lagu ni.. Ghani, walaupun tak berapa tau sangat lagu ni, tapi dia hentam jer.. sporting.. hehe!
Jom layan lirik Alasanmu..
Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu
Categories
Diariku,
Lirik Lagu
05 Oktober 2014
Selamat Hari Raya AidilAdha
Assalamualaikum wbt...
Salam AidilAdha buat semua.. sedih rasanya bila tak dapat sambut raya kat kampung... sob sob sob... nak buat camana, encik asben petang raya je dah start keje... redha jer la...
Ni jer la yang mampu aku masak.. walaupun tak sesedap yang mak masak, tapi syukur Alhamdulillah... kita telan jer ye, encik asben, anak2.. Jangan banyak komplen yer!
sapa lah yang tangan langsung tak berseni ni? amik gambo pun senget! kekekekeke! (aku ler tuuuuu) |
ketupat dan lemang instant... cepat dan mudah bagi mereka2 yang malas nak menganyam ketupat macam aku... merenyam je pandai... hahaha! |
Sambal kacang... kacang tu boleh buat tutup lubang atap zink bocor sebab aku tak blend betul2.. tak berapa hancur.. hehehhe |
apa ke namanya entah.. sayur campur tempe tauhu so hoon fucuk dengan kicap... hahahaha hentam sajalah.. first time buat... |
Dendang Perantau... eh eh.. silap2.. Rendang Si Perantau.... |
Kuah Lodeh hai mak lodeh.. Lodeh anak Pak Salleh... |
Sekian....
Daaaaaaaaaaaaaaaaa!
Categories
Diariku
03 Oktober 2014
Program Gaya Hidup Sihat : Larian ( 03/10/2014 )
hahaha!
Biasa kalau program gaya hidup sihat kat tempat keje aku ni buat senamrobik je tapi kali ni diorang buat larian daaaaa... badan berat2 macam ni nak suruh lari.. bersiar2 boleh la...
Padahal tak jauh mana pun tapi semputnya macam apa.. stamina memang takder.. ramai yang main ngelat.. hahaha! termasuk aku..
Apa2 pun, sekali sekala ada aktiviti macam ni syok jugak.. lari dari keje opis.. muahahahaha!
Heppppppp! Sapa la yang shortcut tu.. Mengelat! Hahahaha |
Categories
Diariku,
Program Gaya Hidup Sihat
Langgan:
Catatan (Atom)