Sahabat

Halaman

06 Disember 2014

Kolam Awam Kerosel Dan Zoo Johor

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 06, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan cuti sekolah kali ni Ainul tinggal di kampung dengan abah tok dengan mak nek dia, so memang aku tak sempat nak bawa dia pergi jalan mana2. Bila dah kat sana, Mak Ucu dia lah yang ambil alih bawak dia pergi jalan2.

Dan inilah dua tempat yang mak ucu dia bawak pergi... Kerosel Water Park dan Zoo Johor. Nampak macam best jer, lain kali aku rasa macam nak pergi juga ke sana bawa dak tecik pulak.
















semenjak pandai mengapungkan diri (aku sempat ajar dia masa pergi ke Sunway Lagoon haritu), asyik nak terapung jer  dia.. hehe!












Si Anaqi dan gayanya...






dari kecik kalau pergi mana2 mesti orang ingatkan diorang ni kembar...











Zoo Johor




                                                            



                                   
                                 




Ingat lepas ni nak bawak diorang pergi Legoland pulak... tapi tak tahu la bila... (sebenarnya mama dia ni yang teringin sangat nak pergi LL)

ngeeeeeeeeeeeeee!

Nak Sambung Belajar

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 06, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Tetiba je mood nak sambung belajar datang.. haha! memang lah dulu aku pernah mohon untuk sambung ambik pjj kat USM, tapi bila dah diterima aku pula terpaksa tolak sebab mengandung anak kedua. Excited masa mengandung tu sebab jarak anak pertama dengan kedua tu tujuh tahun beza. Takut tak dapat nak bagi tumpuan, terpaksa la aku tolak.

Tahun ni aku cuba mintak sekali lagi. Tapi permohonan tidak diterima. Padanlah dengan muka aku kan... haha! Padahal aritu boleh je kalau nak sambung walaupun tengah mengandung.. awal2 lagi kut. pastu pandai2 le kalau nak cuti satu semester ke kan.. tapi nak buat camana.. benda dah lepas...

Semalam my good friend whatsapp. Mak aih. Berlagak. Nak sambung master pulak. Siap sent kat aku borang permohonan untuk sambung master tu.. eleh.. baru mohon je pun, belum tentu dapat (bercakap dengan nada yang penuh hasad dan dengki- haha!) Tetiba je kan semangat aku datang untuk mohon sambung degree walaupun dah sedikit terlewat... yerla.. sebenarnya memang dah lama pun nak sambung, cuma masa tak mengizinkan. kadang kadang rasa menyesal kenapa dulu aku tak settle kan sekali masa lepas abis diploma. Kalau tak, sekarang ni tak payah nak bersusah payah dah.. ingat lagi, sepupu aku merangkap lecturer finance aku siap datang rumah untuk pujuk aku sambung degree.. tapi masa tu dah gatal sangat nak kerja.. pegang duit sendiri la konon... memang tak termakan la pujukan dia..

Ok. aku rasa memang USM dah blacklist nama aku sebab aku tolak sebelum ni. So aku cuba mintak sambung kat UTM pulak. Harap2 dapat la.. Cuma aku tak pasti sebab diploma aku tu dah berzaman dah. Berlapok. Laku lagi ke tak agaknya.. hahaha! Yang paling penting, dengan penuh harapan semoga aku masih lagi layak untuk transfer credit bagi mana2 subject yang berkenaan tu. Kurang sikit bebanan ku nanti.. hehe!



Oklah...

Tu jer nak cerita... Malas nak bagitau my good friend yang berlagak tu yang aku mohon sambung degree. Confirm kena gelak jahat. Nyampah! mentang2 dia dah lepas. Aritu sempat dia tunjuk scroll dia kat aku dan cakap "ko aderrrrr?"

huh! poyo!
hahahah!

03 Disember 2014

Hari Keluarga @ Sunway Lagoon

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 03, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 29 November yang lepas, aku telah menghadiri Hari Keluarga IPDSJ yang diadakan di Sunway Lagoon Theme Park.

 Oleh sebab aku cuma dapat 2 keping tiket, so aku cuma bawak Ainul untuk sama berpoya2 dan bersukaria dengan aku.. haha! ye la.. my encik asben dah pergi dah aritu, kali ni aku dengan Ainul la pulak.

 Dak tecik Sara pulak, walaupun masuk percuma, tapi aku tak boleh nak bawak dia. serik sebab yang bulan sept aritu aku pergi bawak dia, tak pasal2 malam tu berkampung kat hospital sg buloh, ambik nebulizer. 

Ni je la yang sempat aku amik gambar. Baru perasan yang gambar sendiri takde. huhu!

Senamrobik... berpeluh2 wooooo!
                                 
ucapan dari tuan OCPD


                                 

                                  




















tarik tali team tuan timbalan.. aku join team ni la sebab syarat mesti ada 3 orang perempuan (tapi kalah laaaaaa) haha!





dalam kul 3 lebih hujan pulak... hujan selebat lebatnya...
                                     

Eh eh! baru perasan yang gambar sendiri takder.. tak sempat nak ambik... kekekeke!

26 November 2014

Makan2 @ Restoren Phad Thai, Taipan

By Dalia Hassan at Rabu, November 26, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sempena pertukaran SIO kami DSP Heisham ke IPK mulai Isnin depan, hari ni kami pegawai awam dari cawangan trafik telah bersama2 meraikan beliau di Restoren Phad Thai, Taipan. Meraikan sempena kenaikan pangkat dan juga perpisahan.

Walaupun hanya sempat setahun je bersama kami, tapi banyak jasa beliau kepada kami. Walaupun beliau seorang yang tegas, tetapi beliau sangat bertimbang rasa dan sering mendengar masalah kami.

 Terima kasih tuan. Jasamu dikenang.....





Facebook : Undur Diri Buat Seketika

By Dalia Hassan at Rabu, November 26, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam aku telah deactivate akaun facebook aku atas beberapa sebab. So, untuk beberapa ketika ni, aku cuma boleh ber wechat, whatsapp atau IG jer..

Akan cuba bertahan selama mana yang boleh... Tapi semuanya bergantung pada keadaan. Saja nak uji diri yang terlalu leka dengan facebook. haha! Silap2 petang ni aku dah aktifkan semula.. aku ni bukan boleh percaya... ngeeeeeee!

Harap2 berjaya!

22 November 2014

Perbezaan Umur Kita Dengan Kucing

By Dalia Hassan at Sabtu, November 22, 2014 0 comments
Sharing Is Caring

Sumber : Facebook Friends of BN - Barisan Nasional

Assalamualaikum wbt...

Cuma nak share apa yang aku baca kat facebook tadi.. ermmm... kucing kat rumah aku ( Shitam ) tu beranak masa umur dia tak sampai pun 6 bulan lagi.. maksudnya... aishhhhhh! tak cukup umur lagi tu... remaja sangat lagi dah gatal...



haha!

15 November 2014

Status Blog #32

By Dalia Hassan at Sabtu, November 15, 2014 0 comments

Alhamdulillah. Tepat jam 12.26am sampai rumah  my parent kat Segamat. Mencabar betul balik hari ni.. trafik jem + hujan... dah le aku balik bertiga jer dengan anak2, asben aku sabtu ahad pun keje.. nasib baik le tak mengantuk..

Sebenarnya tak plan pun nak balik kampung hari ni. Pagi tadi aku call mak, tanya mak tarikh sebenar mak ngan abah pergi dan balik umrah desember ni. senang aku nak rancang cuti. pastu mak cakap abah dah 2 hari tak sihat. tu yang aku terus plan nak balik hari ni juga..

Bertolak dari rumah pukul 7.40pm... dengan jem ngan hujan sampai kampumg kul 12.26am.. sampai rumah kena marah dengan mak sebab bahaya bawak kete malam2, katanya... sendiri pulak tu. sebab tu la aku tak nak bagitau mak awal2 yang aku nak balik.. takut mak risau selagi aku tak sampai rumah... hehe!

Okla. Nak tido dulu..
Zzzzz...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review