Sahabat

Halaman

09 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 09, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam telah diadakan sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat IPDSJ... Kalau ikutkan jadual, kami akan berarak dari perkarangan IPD hingga ke surau IPD.. Memandangkan hujan turun dengan lebatnya, perarakan terpaksa dibatalkan dan majlis diteruskan di dewan.

rewang. rasa macam kenduri kawin pulak.. tapi seronok dapat kumpul buat kerja sama2... lebih2 lagi ada kak Muna yang memang tak berhenti bercakap sampai aku usik dia "kak Muna... apsal kuah rendang ni makin banyak?" hahaha! tapi dia memang sentiasa ceria dan buat kami terhibur...
                                         
Ima... tengah isi beg goodies...  umur dah masuk 29 tapi tetap comel macam budak sekolah...
                                                                                                   
pakcik2 trafik bersiap sedia untuk berarak.. (tapi tiba2 hujan pula)
                                                             
Kumpulan kompang....
                             
posing dulu... (apsal aku boleh takder dalam gambar ni???)
Bacaan doa oleh ustaz Zul dari cawangan BAKA

Selawat...
 

Otai2 cawangan trafik...
 




wakil dari logistik...






Alhamdulillah. Selesai sudah untuk sambutan kali ni walaupun sambutan secara sederhana. Jumpa lagi Disember nanti. In Shaa Allah.

04 Januari 2015

Jalan - Jalan Cari Makan : Mee Bandung Muar

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 04, 2015 5 comments

Assalamualaikum wbt....

Semalam sewaktu perjalanan pulang ke Subang dari Kota Tinggi, tetiba je rasa macam nak makan mee bandung Muar. Bila cakap dengan encik asben, dia kata dia ok je kalau nak singgah Muar. Aku pun apalagi, google la kat mana ada jual mee bandung Muar yang sedap.

Hasil siasatan aku yang dibantu oleh Assistant Investigate Officer (Mr.Google), aku dapati ada dua restoren mee bandung kat Muar yang agak terkenal. Restoren tersebut adalah :

  • RESTORAN ABU BAKAR HANIFAH - Restoren ni terletak di tengah2 bandar Muar.
  • RESTOREN MEE BANDUNG MUAR - Restoren ni terletak di Tanjung Agas (kalau keluar dari tol Tangkak, Tanjung Agas ni terletak sebelum jambatan Muar.. so tak perlu menyeberangi jambatan)
Memandangkan aku datang dari arah Pagoh (keluar tol Pagoh) so aku ambil keputusan untuk singgah makan mee bandung di Restoren Abu Bakar Hanifah. Setelah beberapa kali berpusing kat tengah bandar Muar tu, akhirnya jumpa juga restoren tu. Nak tergelak pun ada sebab sebenarnya dah beberapa kali lalu depan tu tapi tak perasan..

Mujurlah masa kami masuk ke restoren ni, pelanggan tak ramai. Tak perlu nak tunggu meja lain kosong. Aku dan encik asben order mee bandung. Dak tecik kami orderkan soto nasi. Ainul pulak nak makan sate.

Kuah mee bandung yang pekat likat... terasa kemanisan udangnya...  RM4.50 je sepinggan..

Sate Ayam dan Daging jadi pilihan Ainul. RM0.60 secucuk...

Biarlah gambar pinggan ini yang menceritakan segalanya. Licinnnnnn! Hahahaha!

Gambar2 orang terkenal yang pernah singgah ke restoren ini.

Sedang aku menghayati makan mee bandung ni, tetiba encik asben cakap,

"Sedaplah... abang nak order lagi satu la...."

Bila dia cakap macam tu, tetiba idea buruk melantak aku datang....

"Jangan. Lepas ni kita singgah kat Tanjung Agas pulak..."

Ha! Kan aku dah kata.... idea buruk lantak dah datang... encik asben plak setuju dengan idea lantak aku tu... hehe!

Ok. Siap bayar dah semua, kami gerak ke Tanjung Agas plak. Encik asben siap pesan, masuk restoren nanti kita buat2 muka lapar... hahaha! Yang si Ainul sibuk tanya, kenapa kita nak makan lagi? adoiiii... hehe!

Inilah restorennya yang terletak di deretan kedai2 di Tanjung Agas. 

Si kakak : ini kali kedua kita makan tengahari ni...
si adik : satu je... satu je... satu je... satu je....
mama & papa : syyyhhhhh diamlah! Nanti orang dengar...

hahaha!

Dialog ini hanya rekaan semata2.

Memang menyelerakan. Tapi oleh sebab aku kekenyangan, mee aku pindahkan ke dalam pinggan my encik asben. Aku makan kuahnye jer... memang terbaekkk!

Licin jugak pinggannya... hahaha!

Dak tecik ni.. orang duduk atas kerusi.. tapi dia sedap je dok atas meja.. bila letak kat kerusi dia taknak...

Mee bandung dan sirap bandung soda. Gabungan yang mantap. Tapi gelas yang macam tak berluak tu, gelas aku la... tu la.. tamak sangat kan? Ikut nafsu sangat walhal perut dah penuh. Akhirnya aku minta diorg bungkuskan je air tu...

Air yang tinggal separuh gelas tu encik asben transfer ke botol dak tecik ni. Bukan main suka lagi dia...

So korang... kalau rasa rasa nak makan mee bandung yang sedap ni, boleh la datang ke Muar dan makan kat restoren2 ni...

Antara dua ni, mee bandung siapa lagi sedap?

Pada aku, aku lebih suka mee bandung Abu Bakar Hanifah. Kuahnya pekat. Terasa air udangnya. Tapi air sirap bandung soda Tg. Agas tu memang terbaikkkk!

Encik asben kata, mee bandung Tanjung Agas tu lebih sedap. Terasa kesedapannya. (Tapi aku tengok apa yang dia makan semua licin termasuk la soto anak aku tu dia jugak yang tukang abiskan... haha)

Tapi tak kisahlah yang mana paling sedap pun, sebabnya... dua2 pun memang sedap... tak rugi pun pergi makan kat dua tempat ni dalam sekali jalan...

Ngeeeeeeeeeee!

03 Januari 2015

Biodata Rasullullah

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 03, 2015 0 comments
Sharing Is Caring

 BIODATA RASULULLAH SAW

 Nama:  Muhammad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

 Nama-nama lain :  Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil, Munzir, Mubassyir 

Nama-nama Gelaran :  Abu Qasim, Al-Amin

Bangsa :  Arab Quraisy

Tarikh Lahir :  • Hari Isnin • 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal) • Bersamaan 20 April 571 Masihi 

Bidan Nabi :  Ummu Mas’ud

Tempat Lahir :  Syua’ib Bani Hashim di Makkah 

Bilangan Adik-beradik :  Anak tunggal [anak yatim] 

Nama Ibu :  Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab

 Nama Ibu Susuan :  • Thuwaibah [hamba Abu Lahab],  • Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah. 

Nama-nama Pengasuh :  Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW

 Nama-nama Isteri :  Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris Nama-nama Anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

 Nama-nama Bapa Saudara :  Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak. 

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

 Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :  • Hamzah, Al-A’bbas. • Sufiah, Urwa. 

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :  Mariah al-Qibtiah, Raihanah

 Nama-nama Hamba Lelaki :  Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi 

Nama Anak Angkat :  Zaid bin Harithah bin Syarahil 

Nama-nama Khadam :  Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari

 Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :  Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa

 Setiausaha Sulit :  Huzaifah b. Yaman

 Sifat Fizikal :  • Badan tinggi sedang • Rambut ikal mayang • Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap • Bulu dada nipis, keseluruhan badan tidak berbulu • Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang

 Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang Nabi :  Siddiq [ benar ] Amanah [ jujur] Tabligh [ menyampaikan ] Fatanah [ bijkasana ]

 Sifat-sifat Yang Mustahil : Kazib [ dusta ] Khianah [ pecah amanah] Kitman [ menyembunyikan ] Baladah [ bodoh]

 Sifat-sifat Yang Harus :  Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam

 Pendidikan :  Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ]

 Pekerjaan :  • Gembala Kambing • Berniaga

 Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : Umur 40 tahun di Gua Hira’

 Guru Pertama :  Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam

 Tugas Utama :  Menyeru manusia menyembah Allah SWT

 Jawatan Yang Di Amanahkan : • Menjadi Nabi • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin  • Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah

 Keistimewaan :  • Sebaik-baik makhluk yang dicipta • Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an • Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ] • Manusia pertama masuk Syurga.

 Gelaran Dari Kalangan Nabi :  • Ulul ‘Azmi [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ]

 Kenangan Manis : • Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj

 Kenangan Pahit :  • Di usir oleh penduduk Ta’if • Semasa peperangan Uhud

 Pengalaman Pertama Menerima Wahyu : Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal

 Pengalaman Yang Paling Menakutkan :  Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril AS di ruang angkasa

 Hijrah ke Madinah : Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M

 Orang Yang Pertama Di Dakwah Dan Memeluk Islam :

 • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq
 • Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ]
 • Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib
 • Hamba : Zaid bin Harithah

 Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu Bakar as-Siddiq
• Umar al-Khattab
• Uthman bin Affan
• Ali bin Abu Talib

 Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
 • Abu Bakar dan Umar [ mertua ]
 • Uthman dan Ali [ menantu ]

 Berita Yang Mengembirakan :  Keislaman Umar bin al-Khattab

 Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi]
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]

 Peristiwa Yang Mengembirakan :  Pembukaan Kota Mekah

 Penglibatan Dalam Peperangan :  Perang Badar, Uhud, Khandak, Khaibar, Al-Fath, Hunain, Tabuk

 Nama Tempat Yang Pernah Di Lawati :  Syam, Baitul Maqdis [Palestin]

 Catat Rekod Dunia :  Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isyak hingga sebelum masuk waktu Subuh [Isra’ & Mi’raj]

 Isteri Yang Paling Di Sayangi :  ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]

 Anak Yang Paling Di Sayangi :  Fatimah

 Cucu Yang Paling Di Sayangi :
 • Hassan bin Ali
 • Hussin bin Ali

 Sahabat Yang Paling Di Sayangi :  Abu Bakar

 Nasihat Nabi :  “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

 Wasiat Nabi :  Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

 Syafaat Nabi :  Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

 Tarikh Wafat :  • Waktu pagi hari Isnin • 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M • Umur 63 tahun , 4 hari

 Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

 Kredit : www.datoksirkronik.blogspot.com

Kenali Rasul Kita : Muhammad S.A.W

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 03, 2015 0 comments

Sharing Is Caring

Assalamualaikum wbt...


                                                      

                                                      

                                                      

                                                      

              










02 Januari 2015

Status Blog #34

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 02, 2015 0 comments

Hari ni dok borak2 dgn my encik asben kat tepi sungai kota sambil makan steamboat cucuk yang paling sedap kat kota tinggi ni....
Pastu saja je bukak cerita pasal my good friend nan seorang yang kat pantai timur tu. Camana aku rapat ngan dia dari uitm lg. Camana skrg aku boleh rekemenkan dia dengan roomate aku dulu (tapi tak menjadi). Dari A sampai Z aku cerita. Dan aku bgtau dia yang sampai sekarang aku masih ada 2 orang bespren lelaki. (Mamat tu dengan Manek Ngok Ngek-bespren sejak sekolah)


Tapi... dari dulu aku perasan satu pasal mr. laki aku ni... dia ni takder perasaan jeles ker? Cuba la sekali sekala tu tunjuk perasaan jeles skit. Aku yg susah hati bila dia takder perasaan ni.. mentang2 bini dia tak cantik, mesti dia ingat bini dia ni tak laku. Huhu!

~sekadar luahan rasa di malam sepi~

28 Disember 2014

Malam Jasamu DiKenang 2014

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 28, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pada 26 Disember yang lalu aku telah menghadiri majlis Malam Jasamu Dikenang yang diadakan di One City Hotel, USJ. Malam jasamu dikenang diadakan sempena menghargai jasa pegawai / anggota / pegawai awam yang telah atau akan bertukar serta menghargai jasa mereka2 yang telah tiada.

Dan, setelah berapa bulan tak jumpa my bff, Linie yang telah bertukar ke Ipoh pada Febuari lalu, inilah masanya untuk kami berborak panjang. Biasa kalau bercerita dalam whatsapp tak syok.. bila dapat jumpa barulah puas dapat bersembang. Yerla.. dulu Linie ni la yang sama2 susah senang dengan aku. Sahabat dan jiran meja kat opis. hehehe

                              

kami bersiap kat opis jer. konon2 nak selfie. sekali kena kacau ngan Sue, terus nak tergelak. (alamak! baru perasan yang aku takder gambar selfie dengan Sue la.. huhuhu!)
                                           
Kak Wani, Linie ngan Sue
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Azha dari cawangan Baka, yang mendoakan kesejahteraan mangsa2 banjir di Pantai Timur.
Tuan Chandran yang bertukar ke IPK Melaka..

penyampaian cenderamata..

mencari Mr. baju petak2.. hehe!

Persembahan live band  dari SJ Cops Band

Hidangan tersedia depan mata... yummyyyyyy!

oleh sebab aku diet, ni jer yang aku makan... 

oh ok aku tipu.. sebenarnya ni yang aku makan... ngeeeeeee! 
antara tetamu yang hadir...
                                   
penyampaian hadiah oleh isteri timbalan KPD

DSP Tuan Hj Che Din yang bertukar ke IPD Shah Alam

ngan kak wani...

selfie ngan Anne.. dia ni finalis bintang RTM tahun bila aku tak ingat.. 2001 kut..  (sila abaikan ketembaman pipi aku)

selfie ngan my bff Linie... 

Selfie ngan Tuan Naser yang senget.. Macam OKU dah aku tengok... kekekeke.. jangan marah tuan!

tayangan slide aktiviti sepanjang tahun 2014



My BFF, Linie menerima cenderahati dari tuan KPD


Tu jer aku nak cerita...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 28, 2014 0 comments
Sharing Is Caring



24 Disember 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 24, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

24/12/2005 - 24/12/2014

Alhamdulillah... hari ni genap 9 tahun usia perkahwinan aku dan si dia. Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya walaupun terpaksa harungi pelbagai cabaran. In Shaa Allah.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review