BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain : Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil, Munzir, Mubassyir
Nama-nama Gelaran : Abu Qasim, Al-Amin
Bangsa : Arab Quraisy
Tarikh Lahir : • Hari Isnin • 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal) • Bersamaan 20 April 571 Masihi
Bidan Nabi : Ummu Mas’ud
Tempat Lahir : Syua’ib Bani Hashim di Makkah
Bilangan Adik-beradik : Anak tunggal [anak yatim]
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab
Nama Ibu Susuan : • Thuwaibah [hamba Abu Lahab], • Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh : Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW
Nama-nama Isteri : Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris Nama-nama Anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara : Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : • Hamzah, Al-A’bbas. • Sufiah, Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : Mariah al-Qibtiah, Raihanah
Nama-nama Hamba Lelaki : Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi
Nama Anak Angkat : Zaid bin Harithah bin Syarahil
Nama-nama Khadam : Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa
Setiausaha Sulit : Huzaifah b. Yaman
Sifat Fizikal : • Badan tinggi sedang • Rambut ikal mayang • Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap • Bulu dada nipis, keseluruhan badan tidak berbulu • Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang Nabi : Siddiq [ benar ] Amanah [ jujur] Tabligh [ menyampaikan ] Fatanah [ bijkasana ]
Sifat-sifat Yang Mustahil : Kazib [ dusta ] Khianah [ pecah amanah] Kitman [ menyembunyikan ] Baladah [ bodoh]
Sifat-sifat Yang Harus : Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam
Pendidikan : Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ]
Pekerjaan : • Gembala Kambing • Berniaga
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : Umur 40 tahun di Gua Hira’
Guru Pertama : Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam
Tugas Utama : Menyeru manusia menyembah Allah SWT
Jawatan Yang Di Amanahkan : • Menjadi Nabi • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin • Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah
Keistimewaan : • Sebaik-baik makhluk yang dicipta • Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an • Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ] • Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi : • Ulul ‘Azmi [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ]
Kenangan Manis : • Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj
Kenangan Pahit : • Di usir oleh penduduk Ta’if • Semasa peperangan Uhud
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu : Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal
Pengalaman Yang Paling Menakutkan : Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril AS di ruang angkasa
Hijrah ke Madinah : Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M
Orang Yang Pertama Di Dakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ]
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib
• Hamba : Zaid bin Harithah
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu Bakar as-Siddiq
• Umar al-Khattab
• Uthman bin Affan
• Ali bin Abu Talib
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ]
• Uthman dan Ali [ menantu ]
Berita Yang Mengembirakan : Keislaman Umar bin al-Khattab
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi]
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
Peristiwa Yang Mengembirakan : Pembukaan Kota Mekah
Penglibatan Dalam Peperangan : Perang Badar, Uhud, Khandak, Khaibar, Al-Fath, Hunain, Tabuk
Nama Tempat Yang Pernah Di Lawati : Syam, Baitul Maqdis [Palestin]
Catat Rekod Dunia : Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isyak hingga sebelum masuk waktu Subuh [Isra’ & Mi’raj]
Isteri Yang Paling Di Sayangi : ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]
Anak Yang Paling Di Sayangi : Fatimah
Cucu Yang Paling Di Sayangi :
• Hassan bin Ali
• Hussin bin Ali
Sahabat Yang Paling Di Sayangi : Abu Bakar
Nasihat Nabi : “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi : Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi : Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat : • Waktu pagi hari Isnin • 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M • Umur 63 tahun , 4 hari
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Kredit : www.datoksirkronik.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan