Sahabat

Halaman

17 Januari 2015

Menu Atkins : Bebola Ayam Cheese Atkins

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 17, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Disebabkan oleh esok aku akan memulakan program induksi (fasa 1) Atkins Diet, so hari ni aku dah shopping sikit kat Giant Kota Damansara bahan mentah untuk aku masak nanti. Ayam, bayam, telur, kewpie mayo, cuka epal, dan macam2 lagi.

Balik dari shopping, aku terus memulakan operasi membuat bebola ayam supaya senang bila aku nak masak nanti...

Ni resepi bebola ayam cheese atkins yang aku buat.. simple jer..

Ayam (blend kering)
daun sup (cincang halus)
bawang putih (blend)
bawang merah (blend)
garam
telur (1 biji)
Cheese cheddar (dipotong kecil)





Aku gunakan 3 keping dada ayam harga dalam RM8+ .. dapat lebih kurang 66 biji bebola ayam.. okla kan... tapi kalau tengok bebola yang aku buat tu tak sama saiz.. ada kecik ada yang besar.. tapi x tak kisahlaaaa...

Hehe!

15 Januari 2015

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik ( 15/01/2015 )

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 15, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt.....

Aktiviti pagi ni... senamrobik... memang best dapat keluarkan peluh pagi2 macam ni... kalau hari2 IPD buat ssenamrobik pun aku rela.. nak kurus la katakan.. hahaha poyo!

selepas bersenamrobik... muka pun macam apa tah.. berpeluh...


eh eh! encik Man ni dah kenapa? buat kiyomi ker?



14 Januari 2015

Diet Atkins

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 14, 2015 0 comments

Sharing Is Caring
Sumber : 1KLIK
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat
Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

GiveAway : Siapa Nak Cari Sponsor?

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 14, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Seronok rasa bila tengok blogger lain buat giveaway.. kadang2 tu rasa macam teringin nak buat, tapi.. ada sambutan ke? Hehe. Yer la.. aku ni hanya blogger biasa... tak dikenali pun.. tapi aku tak kisah pun sebab aku menulis ni pun sekadar isi masa lapang je. Kalau rajin, ada la entry baru.. kalau tak rajin, memang bersawang la jawabnya...

Erm. Agak2 kalau ada sahabat2 blogger yang nak buat giveaway dan perlukan sponsor, bolehla aku jadi salah sorang sponsor tu. (Nak buat GA sendiri memang tak confident la)

Yerla.. aku ni jenis yang tak sempat nak ber blogwalking... dengan giveaway jer la yang boleh bantu aku tingkatkan trafik dan juga menambahkan followers blog aku ni...

So sapa2 yang nak buat giveaway tu, boleh la emel terus ke alamat emel aku.

alyanulmilia@gmail.com
alyanulmilia@yahoo.com

In Shaa Allah aku akan berikan sedikit sumbangan sama ada dalam bentuk tunai, topup, selendang butterfly, tudung, atau lain2 yang dirasakan sesuai..

Sekian..

Daaaaaaaaaaa!

12 Januari 2015

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 12, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari pertama persekolahan Ainul... seronok dia dah naik darjah tiga. Yang mama pulak percaya tak percaya jer anak sulung umur dah nak masuk 9 tahun.. bukan apa... mama rasa umur mama ni baru nak masuk 25... muda belia lagi.. hahaha! Perasan!



Fakta Anak Keempat

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 12, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Memandangkan aku ni anak keempat dari enam orang adik beradik... so aku nak share skit apa yang aku jumpa daripada encik google. Fakta yang kita perlu tahu tentang anak keempat.

Aku rasa lebih 95% memang tepat! Hahaha!


Check it out!

1. Banyak buat orang ketawa dan banyak juga buat orang menangis (setuju)

2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara tu. Dia takkan minta orang lain untuk membantunya. Tak suka susahkan orang lain. (benar sama sekali.. hehe!)

3. Orang nampak dia macam sombong, tapi bila dah tegur or kenal. Haa amik kau! Bercakap tak henti henti. (setuju)

4. Senang percayakan orang. Kekadang baru je kenal, dah cerita macam macam pasal dia kat orang. (tak juga..tapi kadang2 memang ada gak la.. tengok orang tu pulak macamana...)

5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah tak nak baru terhegeh hegeh nak bagi. (betul)

6. Kalau dah suka satu lagu tu, dia akan ulang banyak kali. (hahaha!.. ni yang paling buat aku gelak besar... sangat tepat! aku sanggup dengar lagu yang sama dari pagi sampai petang.. budak opis aku pun naik muntah dah dengar lagu yang sama...)

7. Kalau orang sedih, mesti cari dia. (ada la beberapa orang yang cari aku... aku ni tak pandai nak nasihat... sekadar menjadi pendengar yang setia jer la)

8. Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, dia jawab berpatah patah. (setuju)

9. Tak pandai memujuk. Memang FAILED bab bab memujuk ni. (setuju)

10. Mudah risau and suka paksa paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh. (ada betulnya... kekekeke)

11. Cepat rasa kesian dengan orang lain. (sangat tepat...)

12. Suka menolong. Selagi dia boleh tolong, dia akan tolong dengan bersungguh sungguh :)(Ya betul.. In Shaa Allah..)

13. Cepat sangat terasa. Kekadang orang tak cakap pasal dia pun. Dia tetap terasa juga. AWAS! (setuju sangat...)

14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak. Sikit sikit gelak :P (ya benar belaka.. ;p)

15. Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic, tak lepas punyalah. Mula mula je segan nak nyanyi. (ok. yang ni aku tak setuju... sebab suara aku memang tak sedap pun.. huhu!)

16. Sangat memahami perasaan seseorang. Tidak boleh lihat orang dalam keadaan susah. Mesti rasa nak tolong punya. (setuju)

18. Sesetengah orang je boleh faham anak keempat ni (Mungkin...)

19. Bila kawan dia tengah sedih, dia lah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya. (betul... kadang2 diri sendiri puntengah sedih tapi masih mahu gembirakan orang lain)

20. Pendiam bila dia ada masalah. Kalau tak, dia lah orang yang paling bising. Pot pet pot pet (tepat)

21. Sangat pemalas! Kekadang benda yang ada depan mata pun, dia still suruh orang yang tolong ambilkan. (hehhe... biasanya Ainul la yang jadi mangsa kalau kat rumah ni...)

22. Tidurlah lewat mana pun. Kalau kunci jam, pasti akan sedar dan bangun punya. (setuju)

23. Suka tidur lambat, bangun pun jadinya lambat. (tak setuju... kalau tisur lambat macamana pun... bangun tetap macam biasa... tapi pastu hadap la.. sakit kepala sebab tak cukup tido.. hehe!)

24. Kalau dia dah tak mampu ucap dengan kata-kata. Air mata je yang akan menemani. (betul sangat)

25. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (Sakat-menyakat) (betul)

26. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik. Maklumlah anak keempat la katakan ~ (setuju sangat)

27. Paling pantang bila moody, orang tanya "Kau takde mood ke wehh?" Time tu hanya kaki je mampi bercakap. (hahahaha! sangat betul)

28. Pandai jaga hati orang. Hati dia luka takpe, asalkan dapat puaskan hati orang lain. (yup.. tapi kadang2 kalau dah bengang sangat, terlepas gak la...)

29. Kalau cakap tak henti-henti. Try lah bersembang dengan dia :) (ehhh.. ye ke? ye ker? ye ker? tapi memang ye pun.. haha!)

30. Bila mak/ayah suruh buat sesuatu kerja, "sekejap" "sekejap" at last buat pun tak. Lupalah katakan. (ni masa zaman budak2 la dulu ni... "kejap mak.. jap lagi akak buat" penyudahnya tak buat.. hahaha!)

31. Suka ingat tarikh, lagi lagi kalau tarikh penting. (betul. tarikh kenal asben aku, tarikh aku bertunang semua aku ingat.. apatah lagi tarikh2 penting yang lain)

32. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu or pembohong and what so ever. (hahaha! setuju)

33. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkawan dia. But kalau dia takde duit, jangan cakap dia KEDEKUT pula. (betul sangat)

34. Kalau tengah takde mood, hanya orang tertentu je boleh kembalikan mood dia balik. (betullah tu)

35. Bila ada makanan, pandang pun tak. Bila takde makanan, baru terhegeh-hegeh tanya mana makanan. (ya. kadang2 ianya berlaku...)

36. Bersabar selagi mampu and kalau tahap kesabaran dia dah lebih had. Dia akan luahkan segala-galanya. (sangat tepat)

37. Tak suka dipaksa. lagi lagi time kena makan ubat! (memang betul tak suka dipaksa.. tapi bab makan ubat, takder masalah)

38. Tetap happy walaupun tengah bersedih :D (betul sangat)

39. PELUPA. Kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata je. (kerap berlaku... muahahaha!)

40. Walaupun seorang yang peramah tapi sifat pemalunya still ada (harusssssssss)

41. Cepat salah faham sebelum bertanya perkara yang sebenar. Bersifat sensitif. Ya, sangat sensitif orangnya. (memang sangat sensitif... lebih2 lagi semenjak dua menjak ni...jangan silap cakap dengan aku. memang makan ati la...)

Program Diet Atkins ?

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 12, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni ramai pula yang tegur aku ni semakin gemuk. Entahlah. Puas dah aku cuba untuk turunkan berat badan, telan pil kurus la, detox la, jogging la.. namun berat sama jer.. tak turun2. Kadang2  tension sangat bila kena tegur...

Bulan disember tahun lepas aku balik kampung masa parent aku balik dari umrah. Aku drive dari Subang ke Segamat berdua je dengan anak aku yang kecil tu.. si kakak masih kat kg papa dia, asben aku pula kerja. Dahla sebelum mulakan perjalanan tu aku tak sempat nak breakfast, memang lapar sangat la... sampai kampung kakak aku dah sediakan roti jala. Apalagi, menghadap la.. tapi masuk je kepingan roti jala yang kedua, kakak aku dah perli2 aku. Mula2 aku dapat control lagi tapi tak tahu entah kenapa telinga aku rasa panas.. aku angkat pinggan terus pergi dapur, campak pinggan kat sinki pastu menangis. Masuk tandas, ambik wuduk pastu terus ambik si kecik bawak masuk bilik. Kunci.

Masing2 terdiam tengok aku marah sebab aku memang tak pernah marah dan merajuk sampai macam tu sekali walaupun dengan famili sendiri. Abah aku berapa kali panggil aku suruh keluar bilik. Tapi aku buat tak tau je. Sakit rasa hati bila orang kata aku makin gemuk. Sensitif sangat.

Pastu aku cuba google produk langsing.. kut2 ada yang berkesan. Then aku try satu produk ni.. ermmm.. rasa macam takder apa2 kesan jer... makin naik ada la aku rasa berat aku ni... isk isk..

Camana ekkkkk?

Tetiba aku macam teringat kisah sorang kawan aku yang aku kenal masa sama2 kursus Mandarin kat INTAN haritu. Hasni namanya... kurus jer orangnya tapi siapa sangka 6 bulan sebelum tu dia adalah seorang yang gemuk!

Terkejut aku bila dia tunjuk gambar dia 6 bulan sebelum tu. Macam tak percaya pun ada...

Bila aku tanya apa rahsia dia berjaya turunkan berat badan, dia jawab ATKINS....

Oh. Kenapa la aku boleh terlupa akan kisah Hasni ni?

Dan sekarang, aku tengah study pasal program diet Atkins ni... nampak macam menarik jer.. tak perlu berhabis duit beli produk itu dan ini untuk kurus. In shaa Allah dalam sehari dua lagi aku akan memulakannya. Tak cuba tak tau, kan. Malas dah nak makan produk2 kurus. Kita berdiet dengan cara yang betul je lah.. harap2 berjaya ler...

Chaiyooo chaiyooookkkk!

(Semoga bukan hangit2 tahi kucing!)


10 Januari 2015

Poskad Dari Sarawak

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 10, 2015 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku keje sorang2 kat opis.. memang mengantuk sangat... mata ni rasa macam tak boleh bukak jer... so untuk menghilangkan rasa ngantuk, aku pun mengemas la rak buku kat belakang aku ni...

Susun punya susun aku terjumpa pulak beberapa keping poskad kepunyaan kak Sariha... boleh aku tergelak sorang2 macam orang giler bila baca poskad tu (tapi aku dah wasap dia minta sorry sebab dah ter baca poskad dia tanpa izin dia- tapi dia tak kisah pun)

Masyarakat Sarawak yang sangat unik. Teringin nak merasa hidup dalam masyarakat sana. Mesti best dan akan menjadi pengalaman yang indah dalam kehidupan...

Poskad tu dia terima dari ex-boss dia masa dia kat Bukit Aman dulu. Tapi dia memang selalu cerita kat kami yang ex boss dia yang tu memang selalu kenakan dia... secara bergurau. tapi sekarang ni memang dia bersahabat lagi dengan ex boss dia dan isterinya... dah jadi bespren dah...

Ni la poskad2 yang ex boss dia hantar ke dia... memang terbaikkk...
















Aku paling tak tahan nak gelak pasal yang ni la... siap sebut bekas setiausaha perkep tu.. sah2 kak sariha dulu memang setiausaha perkep... hahaha! 









Sekian.

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review