Sahabat

Halaman

03 April 2016

Malam Selingkar Kasih Sekalung Budi Cawangan Trafik IPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Ahad, April 03, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang Jaya yang bertukar dan yang bersara. Malam Selingkar Kasih Sekalung Budi diadakan di Skypark One City dihadiri oleh lebih kurang 75 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota dan juga Pegawai Awam dari cawangan trafik IPD Subang Jaya. Majlis juga turut dihadiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Hj. Mohammad Azlin Bin Hj. Sadari bagi menyempurnakan majlis.




Terima kasih pada cik Man boroi sebab sudi teman aku siapkan hadiah untuk cabutan bertuah. Dan juga cik Meow yang sudi menghuru harakan lagi suasana dengan bermain2 dengan riben dan kain aku... (dalam gambar ni cik meoww dah penat.. so dia amik favourite port dia untuk rilek)

Antara menu yang disediakan..



















selfie jap...










Tuan Elias dan isteri... duduk semeja dengan aku...

ucapan dari tuan OCPD..

Ucapan dari ASP Rahman




Tuan KBKA dan Tuan OCPD Subang Jaya


Sambutan hari lahir...





dengan Puan Zura dan Azie

Sesi gedik santai...

terserlah kependekan aku... haha!



Masa awal2 majlis, dia datang kat aku..  dia bisik "karang kita ambik gambar berdua tau..."
Masa aku tengah makan, dia datang kat meja aku.. dia cakap lagi, "jangan lupa amik gambar sama2.."
Akhirnya masa aku tengah ambik makanan kali kedua, kebetulan dia ada kat situ.. terus aku ajak dia selfie... haha!




















penyampaian hadiah utama cabutan bertuah. Tahniah Kopral Zamran!
masa aku bagi beg yang ada no cabutan bertuah kat si fadzli ni, aku dah cakap dengan dia (gurau)... no dia mesti naik.. sebab aku yang bagi... sekali betul2 naik daaaa... benda yang sama aku cakap kat Fauzi, dan no Fauzi pun naik... 
Tuan KBKA dan isteri...
muka2 poyo...
ASP Faris Adli yang akan bertukar ke IPK... (kalau tak salah aku)

Sarjan Aliff
ASP Rahman yang akan bertukar ke IPD Kajang...
Sarjan Meor yang telah bersara pada Febuari 2016.

Kopral Zul yang baru bersara.








inilah hasil tangkapan aku..

Table Lamp : hadiah untuk game malam tu..
Tupperware : hadiah cabutan bertuah
Gelas IKEA : goodies
Majlis berakhir lebih kurang jam 12.15am setelah sesi bersalaman dan bergambar. Sebenarnya aku memang terasa sedih sangat, lebih2 lagi atas pertukaran ASP Rahman ke IPD Kajang. Perasaan sedih ni berbeza dengan perasaan sedih masa pertukaran ASP Naser tempohari. Kali ni aku betul2 sedih, tak tahu nak cakap apa. Kenapa? Susah nak cakap, tapi jawapan tu juga ada pada kawan2 aku yang lain....

Sebelum majlis berakhir, dia pandang aku sambil tersenyum. Dia kata, "Jangan tahan nangis..." uwaaaaaaaaaaaaaaaa! camana dia tahu aku tahan diri dari menangis ni????? Aku tengok kat Jijah, Jijah pun sama dah mengalir airmata.... tapi aku tak berani nak pandang pada kawan2 yang lain... aku takut aku tak dapat tahan air mata aku dari keluar.

Ok ini rahsia.

Masuk jer dalam kereta, aku terus menangis.

Bye!


31 Mac 2016

Status Blog #74

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 31, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Sebenarnya hari ni adalah hari yang agak sedih buat aku kerana hari ini adalah hari terakhir orang yang agak rapat dengan aku bertugas di sini. Dialah pegawai, dialah bos, dialah tuan, dialah abang, dialah good friend aku sejak 6 tahun dulu... mestilah aku sedih, kan?

Pagi ni dia bagitahu aku, dia malas nak keluar dari opis dia.. dia kata mata dia bengkak.. aku gelak. aku tanya dia nangis ker?? (sebab aku tahu dia baru habis taklimat) dia kata dia tak tahan.. pastu aku gelakkan dia lagi (jahat kan aku?).. ermmm... sebenarnya aku faham sangat perasaan dia nak tinggalkan tempat yang banyak memberikan dia kenangan pahit dan manis ni. Aku tahu dia sayang anggota2 dan pegawai awam bawah jagaan dia. Dan aku juga tahu macamana anggota2 dan pegawai awam sayangkan dia. Hari2 aku join diorang, dan aku faham perasaan diorang. Sedangkan aku yang dari trafik ni pun terasa, apatah lagi diorang yang lebih rapat dengan bos diorang ni. Mesti terasa kehilangan. rasa sedih.

Dan petang tadi, aku dapat jumpa dia sekejap. Mungkin jumpa kali terakhir di IPD Subang Jaya (harap2 bukan kali terakhir).. lepas ni aku tak ada abang dah kat IPD ni.. abang yang sentiasa memahami karenah adiknya...

Cuma terngiang2 satu ayat dia tadi yang buat aku bertambah sedih....

ermmmm...


cenderahati dari adik buat abangnya... Pen yang di engrave nama... ASP Naser...


Dalia : Minggu depan, seorang lagi orang yang rapat dengan aku akan meninggalkan IPD Subang Jaya. Ermmm.. kalau yang ni pun aku dah rasa sedih sangat2, yang lagi seorang nanti aku tak tau nak cakap apa.. sebab... dia direct bos aku.. walaupun dari pandangan mata dia sangat poyo, hakikatnya dia tak! cuma... dia ada sedikit sifat panas baran (silalah tanya aku, yang pernah ditengkingnya suatu ketika dulu) Tapi sebenarnya kenangan tu lah yang buatkan aku tak boleh lupa dan kadang2 buat aku tersenyum sendiri mengingatkan kenangan manis tu (hoiii lu gilalah. kena tengking pun lu kata kenangan manis) haha! jadi manis sebab benda tu lah yang buatkan aku akan ingat dan hidup aku tak bosan dengan perkara yang sama je hari2 walhal pada masa tu, 3 hari mata aku bengkak menangis sebab tak nak pergi kerja!!! (takut nak tengok muka dia!!)

 Apa yang boleh aku cakap, ermmmmm... aku tak tahu nak cakap apa! isk isk isk!

Majlis Perpisahan Ketua Cawangan Pengangkutan IPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 31, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...


Malam semalam bertempat di Skypark One City telah diadakan Majlis Perpisahan Ketua Cawangan Pengangkutan IPD Subang Jaya, ASP Mohd Naser Bin Ismail yang akan bertukar ke Bukit Aman bermula April ini.

Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa... sedih sebab beliau adalah antara pegawai yang paling baik yang ada kat IPD Subang Jaya ni. Seorang yang tegas tapi peramah, baik hati, bertolak ansur, dan macam2 lagi la. Walaupun aku bukan bekerja di bawah dia, tapi aku tetap rasa kesan dari ketiadaan dia di IPD nanti. Terasa. Sangat2 terasa.

Tapi itulah lumrah bekerja dibawah PDRM ni.. Apa2 pun... Kami sentiasa doakan agar Tuan Naser sentiasa maju jaya dan moga lebih cemerlang di masa akan datang. In Shaa Allah.









Aku dan boss aku, Tuan Azman, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Subang Jaya. Bos paling sporting. hehe!


bergambar dengan bakal menantu..
tatkala papa dan mama dia dah selamat masuk dalam lif... haha!


aku tak boleh tahan nak gelak bila tengok si Shaari tu... orang suruh dia naik pentas untuk menyanyi, dia boleh pulak menyamar jadi Chef... konon2 orang tak kenal dia la... hahahah!




cer tengok perangai 3 orang yang hujung tu.... haha!


artis sendu... hahahaha!

30 Mac 2016

Lirik Lagu : Over ~ Fynn Jamal

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 30, 2016 0 comments



Over

What more do you want to hear from me?
Is there anything you wish to see?
A joke? A laugh? A smile? A cry?
A scream? A song? A lullaby?

See i know we are not who we were
I live in denial, remember?
So please don't ask me to open my eyes
Don't wanna wake up and realize

The honeymoon's over
That i should better
Be mature

I'm sorry i do not know what to say
Do understand i'm breaking, but hey
When you tell me that you are leaving
Don't think i didn’t see it coming

Of course i saw we are no longer
Having stuff we enjoy together
But can we play along our part

And not parade this change of heart?
Are you really sure?
That we off better
And over?

What more can i say when you wish to leave today
I wont break down now and burst
But..
Would you like to have one last breakfast?

Of course i saw we are no longer
Having stuff we enjoy together
But can we play along our part
And not parade this change of heart?
Are you really sure?
That we off better
And over?






PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review