Sahabat

Halaman

05 Januari 2019

Hiking @ Bukit Kutu 3.0, Kuala Kubu Baru

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 05, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Bukit Kutu lagi!! Nasib baik la Bukit Kutu ni namanya bukit walaupun ketinggiannya setaraf dengan gunung. Sebab kalau gunung, aku takkan repeat dah. Sesuai dengan falsafah hidup aku, 1Gunung 1Kali, bukit-bukit takper boleh bawak bincang.. haha poyo!

Sebenarnya masa ni aku tak sihat. Ishhhh aku ni asal hiking je mesti tak sihat, kan, Kali pertama datang sini lom sempat hiking lagi awal2 aku dah kena gastrik masa tengah berkumpul kat Masjid KKB. Tapi kali ni aku demam biasa jer, masih boleh lagi menggagahkan diri untuk ke puncak. Cuma masa kat runtuhan banglo lama tu, tiba-tiba badan aku seram sejuk. bukan sebab gangguan kat situ, tapi disebabkan aku memang dari awal lagi tak sihat. Lepas minum air panas baru aku rasa segar semula.

Add caption















Aku tak tau kenapa aku suka sangat dengan trek Bukit Kutu ni. Kalau diajak lagi ke sini pun aku sanggup. Walaupun aku tak laju mana, tapi aku rasa trek ni best sangat lebih-lebih lagi time turun tu. Setiap kali turun dari sini mesti aku laju meninggalkan yang lain-lain tu. Aku pun tak tau kenapa. Sampai aku kena marah sebab tinggalkan diorang. Pernah sekali tu dengan asben aku sekali aku tinggalkan. 
 haha!

02 Januari 2019

Kalendar Puasa Sunat Dan Puasa Wajib 2019

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 02, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Kalendar Puasa Wajib dan Sunat untuk tahun 2019.

Kalau tidak dapat sedikit insya-Allah banyak lebih baik

Puasa sunat dan wajib tahun 2019 ada 154. Jika dicampur dengan Puasa Syawal  6 hari tidak termasuk dengan puasa-puasa sunat yang lain, kita boleh berpuasa selama 160 hari.

Ini bersamaan dengan 43% setahun.

Kajian barat menunjukkan bahawa puasa seperti umat Islam adalah yang terbaik untuk fizikal, mental dan spiritual. Sehari berpuasa bersamaan dengan 10 hari detox.

Pesan Nabi, selepas berpuasa bulan Ramadhan, ditambah dengan puasa 6 hari di bulan syawal seperti berpuasa setahun.

30 hari ramadhan + 6 hari syawal = 36 hari.
Setahun = 365 hari
365 bahagi 36 hari = 10 hari

Jadi 160 hari berpuasa untuk tahun 2019 bersamaan dengan 1,600 hari detox = 4.3 tahun detox.

Kuncinya puasa beribadah kepada Allah, dan kebaikannya berganda-ganda. Tambahan pula banyak makanan dan minuman tidak sihat yang kita ambil, meningkatkan potensi sakit akut.

Ya Allah
kurniakanlah kami rezeki yang mendekatkan kami kepadaMu
jauhilah kami rezeki yang kami mengkufuri nikmatMu

Ya Allah
Lorongkan kami untuk berubah dan berhijrah kepada yang lebih baik dari sebelumnya

Sesungguhnya Engkau sahaja yang dapat menunaikan hajat kami

Amin YRA



Kredit:
Ihsan Husainy Hasbullah
Ketua Lajnah Belia & Riadah
Masjid Al Husna Bandar Sunway 2017-2018

Via :FB  Jawatan Kosong Sektor Kerajaan



01 Januari 2019

( Resepi ) Puding Karamel Tersedap

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 01, 2019 0 comments

Assalamualaikum gais.

Aku nak share satu resepi kek karamel yang sangat sedap. Selembut taufufa. Aku dah banyak kali buat dan ianya sangat lazattttt. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi...

Resepi puding karamel yang ni memang takder langsung bau hanyir telur. Senang cerita, korang try la buat sendiri baru korang tau camana...

Ni resepinya...

Resepi Puding Karamel Tersedap

Karamel

Masukkan 4-5 sudu gula pasir ke dalam loyang, 
letak atas dapur gas, kacau sehingga gula perang. 
Dah perang ketepikan. 

Puding

3 biji telur
2 butir kuning telur
400ml susu segar
4 sudu gula pasir
Esen Vanilla

Caranya campurkan kesemua bahan tu, Kacau sampai semua sebati.
kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih.
Kalau berbuih, nanti puding kita banyak lubang.
Tak cantik.

Lepas tu tapis.
(Untuk mendapatkan tekstur puding yang lembut dan tak berketul)
Then masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi,
bakar menggunakan kaedah stim bath dengan suhu 200 selama 40-50 minit.


Ok then. Daaaaaaaa!

Selamat Datang 2019

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 01, 2019 1 comments

Assalamualaikum wbt uols...

Pejam celik pejam celik berakhir sudah 2018 dan bermulalah episod tahun baru, 2019.

Azam? Memandangkan setiap tahun azam aku tak pernah tercapai (nak kurus), maka pada tahun ni aku ambil keputusan untuk menukar azam aku daripada nak kurus kepada nak gemuk.

Ya! Azam aku pada 2019 ini adalah NAK GEMUK.

Semoga tahun ni pun azam aku tak tercapai, sepertimana azam2 aku yang sebelum ni... (means aku akan kurus la kan... kan.... kan...)

Tolong laaaa aminkannnn.

Aminnnnn.
(Kalau tak faham pun buat2 faham je la...)

23 Disember 2018

Kejohanan Badminton Piala KJSPT Selangor

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 23, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt


Program : 
Kejohanan Badminton Piala Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor 2018

Tarikh : 
22-23 Disember 2018

Tempat : 
Kompleks Sukan SUK Selangor, Shah Alam

Johan :
IPD Klang Utara

Naib Johan :
IPD Sepang

Tempat Ketiga :
IPD Kajang

Tempat Keempat : 
IPK Selangor
































20 Disember 2018

Status Blog #115

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 20, 2018 0 comments

😭😭😭😢


17 Disember 2018

Abah

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 17, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt

Jumaat 14/12/2018 mak, abah dan adik aku telah sampai ke Malaysia kembali mereka dari menunaikan umrah. Alhamdulillah. Cuma, masa sampai kat KLIA tu, abah aku tiba-tiba pengsan. Nasib baik adik aku sempat tahan abah dari jatuh terbaring. Mak aku agak panik juga la, ye la walaupun abah aku tak berapa sihat, tapi dia tak pernah pengsan. Tiba-tiba pulak tu. Lepas dah renjis-renjis air kat muka abah, baru la tersedar dan terpinga-pinga. Mungkin masa tu abah kepenatan kut.

Gerak dari KLIA, singgah kat RNR Seremban, sekali lagi abah jatuh. Tapi abah taknak pergi hospital jugak sebab dia rasa cuma kepenatan jer. Sampai Segamat, okla nampak macam takder apa cuma esok pagi tu masa bangun tido, dua jari tangan kiri abah tak boleh gerak. Dia mula perasan masa nak tutup alarm henfon dia. Bila tengok keadaan abah macam tu, abang aku yang baru sampai dari Miri terus bawak abah pergi hospital Segamat.

Masa tengah jumpa doktor tu, boleh pulak abah batuk teruk padahal sebelum tu takder la batuk seteruk tu, biasa-biasa je maklumlah perubahan cuaca. Doktor bila dapat tau abah baru balik dari umrah dan batuk teruk, terus dia tahan abah dan kuarantinkan. Sampel kahak abah dihantar untuk ujian di hospital JB kerana doktor khuatir abah terkena virus Merscov (korang google la sendiri).

Kesian sangat abah masa ni. Kejap2 dia call mak tanya kenapa dia dipenjarakan. Menangis-nangis abah. Ye la. Tak sempat nak rehat, dah kena kuarantin. Dah le tu, jari tangan kiri abah daripada dua jari yang tak boleh gerak, terus semua lima-lima jari tak boleh gerak. So membataskan pergerakan dia kalau nak buat sesuatu benda. Dah le takder siapa yang dibenarkan masuk jumpa abah.

Satu malam jer kat hospital tu, abah dah macam tension sangat. Dia kata bunyi apa pun takder. Sunyi. Abang aku memang standby duduk kat hotel tak jauh dari hospital tu, supaya senang dia nak hantar apa-apa kalau abah mintak. Walaupun tak boleh masuk jumpa abah, tapi apa2 barang yang nak bagi abah akan dihantar melalui nurse kat situ.

Pagi Ahad tu, aku dengan adik bongsu aku, adah nekad je pergi hospital walaupun dah tau memang tak dibenarkan jumpa abah. Kakak aku yang keje nurse kat Hospital Melaka tu abis je kerja terus pergi Hospital Segamat tanpa sempat tukar uniform. Tapi disebabkan dia datang dengan uniform, doktor bagi dia sorang je yang masuk jumpa abah, itupun terpaksa pakai mask. Kakak aku minta Dr buat kes abah ni urgent dengan alasan abah susah nak gerak sendiri disebabkan tangan dia tak boleh gerak.

Abah bila tengok kakak aku masuk jumpa dia, barulah muka dia ceria. Masa ni kakak aku buat video call dia dengan abah kat kami padahal kami ada je kat luar wad tu. Saja nak tunjuk kat abah yang kami semua ada kat hospital dan ambil berat pasal dia. Bukan apa, risau jugak kami kalau abah ingat kami semua tak jengah dia kat hospital...

kakak aku...

masa ni kakak aku yang dapat masuk jumpa abah, buatkan video call...  abah dalam wad, kami kat luar wad, mak kat rumah...  masa ni barulah nampak abah ceria sikit.

Masa ni la baru perasan yang henpon abah tak support untuk buat video call. Abang aku terus ajak pergi kedai henfon, belikan abah henfon dan nombor baru supaya kami boleh buat video call dan abah tak bosan kena kuarantin dalam tu. So kami belikan abah telefon Oppo A3s yang 32GB.. sebelum serah kat dia, aku dah siap2 install aplikasi yang memang ada kat telefon lama dia... Quran, selawat, zikir dan sebagainya... aku pun masukkan aplikasi tv sekali supaya dia boleh tengok tv dalam wad tu.

Cuma, kami terlupa yang tangan abah sebelah tu tak boleh gerak. Jadi bila kami cuba buat video call kat abah, dia susah nak jawab call dengan guna sebelah tangan jer...


Mujurlah Isnin pagi dah dapat keputusan ujian kahak abah. Alhamdulillah... negatif. dan pagi tu aku dan adik beradik lain usaha juga bawak abah keluar dari hospital walaupun tangan abah masih takder perubahan. Tengahari tu dapat result scan, yang abah memang kena mild stroke. Doktor benarkan abah keluar tapi abah kena datang untuk pemeriksaan susulan pada tarikh yang dah ditetapkan. Alhamdulillah. Lega aku sebab petang tu aku kena balik Subang juga disebabkan selasa tu aku dah kena kerja.

Pagi lepas dapat result tu, abah terus mandi dan siap2 tukar baju walaupun Doktor tak cakap lagi yang abah boleh keluar. Nasib baik abang aku ada, dia lah yang tolong abah mandi dan bersiap.

haha

Aku, long dan adah. Saja try camera henpon baru abah. Entah kenapa pipi aku nampak macam pau.. tak bagus la kamera henpon abah ni (tak dapat terima hakikat bahawasanya aku memang gemuk)

Dan tengahari tu, lepas uruskan semua dan Doktor bagi kelepasan untuk abah keluar wad, kami semua bawa abah balik. Tapi bulan Januari ni abah kena datang untuk buat fisioterapi, dan checkup susulan pada Feb dan Mac 2019

16 Disember 2018

Status Blog #114

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 16, 2018 0 comments

Betullah ni... 😂🤣😂🤣


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review