Sahabat

Halaman

09 Jun 2019

Hiking @ Setia Alam Community Trail, Shah Alam

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 09, 2019 0 comments










 Assalamualaikum wbt...


Lama dah tak mendaki. Kali ni dapat la panjat bukit yang rendah2. Itu pun rasa nak pengsan dah, stamina takder.

Setia Alam Community Trail ni terletak di projek pembinaan rumah baru dalam kawasan Setia Eco-Park. Aku ni pun first time datang sini itupun sebab kak bib yang ajak. Tapi kira okaylah, trek ni sesuai untuk aku yang stamina ke laut ni, dan juga sesuai untuk nubis yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia hiking. Errrr.. walaupun aku yang paling muda, tapi aku la yang paling pewai...

Malu ah!!

Oh ya.... hiking kami kali ni pakej sekali dengan beraya kat puncak. Poyo je kan tapi seronok. Siap ada kuih raya lagi kat atas tu. Paling best kak bib siap bawak kek lapis Sarawak yang dia buat sendiri. Sedap hoi!

Check it out!










cucur adabi namanya...

 Gara2 tak sempat nak cari stokin dan pasangan yang betul. main tarik jerrr
Sempat gak masak jemput-jemput ngan keropok kering.





Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin




Turun je dari bukit kami terus mengeteh kat mamak... sambungan sesi perkenalan almaklumlah ada yang masih tak kenal antara satu sama lain.

07 Jun 2019

Lirik Lagu : Sambutlah Kasihku ~ LoveHunters

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 07, 2019 0 comments
Sambutlah kasihku ~ LoveHunters


Tak pernah ku menduga
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimanakah nantinya
Aku dapat merasakan
Rasa cinta di hatiku
Hanyalah untukmu kekasihku

Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan...

Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyang walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi 




Selamat Hari Raya

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 07, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hai semua. Sempena hari baik bulan baik ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada sekalian umat manusia di muka bumi ini yang menyambutnya.


















Tahun ni turn aku beraya di rumah mertua aku kat Kota Tinggi. Tapi disebabkan encik asben aku kerja, lepas makan dan bermaaf-maafan aku dan anak-anak aku jalan2 raya di Aeon Tebrau City, cuci mata. Penat cuci mata, aku lepak kat ofis asben aku sampai berapa kali aku tertidur sebab kepenatan tunggu dia abis keje. Katanya nak datang keje kejap je siapkan kerja sikit, tapi berjam2 jugalah aku tunggu.

Raya kedua aku balik Segamat sekejap sebelum gerak balik Subang. Dari Kota Tinggi ke Segamat ambil masa 3 jam perjalanan, dari Segamat ke Subang dekat 7 jam perjalanan! Jem teruk! Nasib baik aku tak tertidur dalam kereta dan nasib baik jugak mak aku bekalkan nasi...




29 Mei 2019

Hard Copy PSM ~ Alhamdulillah

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 29, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.
Settled!

Tahniah buat semua... masa untuk dihantar ke UTM Skudai.

Yahoooooo!






25 Mei 2019

Iftar @ Ali Grand Hall

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 25, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Tempat : Ali Grand Hall, Amcorp Mall @ Aeon Au2 @ Bangi Gateway
Waktu : 6.30pm - 8.30pm
Pakej : RM15.90 (Dewasa), RM10 (kanak-kanak)
Pertanyaan / Tempahan : 012-3379107 / 012-3315457

Saja nak share buffet Ramadhan di Ali Grand Hall ni. Murah sangat dan masakan yang sedap. Memang tak banyak pilihan tapi pada aku menu macam ni memang ok sangat la, ini pun tak terlarat nak makan. Buffet ni konsep dia sama macam kenduri kawin.

Kenapa aku kata berbaloi2? Sebab kalau kita beli nasi beriyani kat bazar ramadhan pun, beriyani ayam paling2 pun RM10. Tapi dekat sini, kita bayar RM15.90, beriyani kita boleh pilih nak lauk apa.. ada ayam, kari kambing, ayam masak hitam, arca buah, dalca sayur, buah2an ada, kuih muih pun ada. Ko nak tambah berapa kali pun tak kisah asalkan perut ko mampu menampung kapasiti makanan yang masuk ke perut tu.

Dan paling best sekali, kalau ada makanan lebih, diorang siap bagi plastik suruh ko bawak balik. Hihuuuuu! Aku tapau daging hitam sebab nanti boleh makan dengan roti...










24 Mei 2019

Iftar @ Holiday Villa ( Majlis Perpisahan Tuan KBSPT)

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 24, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt


Gambar2 sekitar majlis Iftar @ Holiday Villa ( Majlis Perpisahan Tuan KBSPT)...

Tengok gambar je lah ya. Takder nak tulis apa just nak simpan kenangan ni kat sini.














PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review