Sahabat

Halaman

20 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 20 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt



Pagi-pagi sebelum masuk ofis, aku singgah kantin jap beli sarapan. Spageti Bolognese jadi pilihan aku.. alah. aku kan minah salih celup-celup.. mestilah tekak pun tekak omputih. #konon

Pagi-pagi lagi Sue Senget datang bawak bubblewrap yang aku order tu. Korang pun mana yang nak beli bubblewrap boleh tengok kat ig dia... bubblewrap_shahalam

Abis kerje, aku stay ofis dulu sebab malam ni aku  nak pergi rumah abg aku. So memang sengaja la aku keluar lambat sikit sebab memang confirm lah KL tu jem. Tu yang aku gerak lambat sikit.

Saja pusing-pusing depan KLCC.. menikmati keindahan KLCC katanya...

Anak buah aku, Luqman tunjukkan kat aku hasil tanaman dia dalam pasu.

Tu lah kegunaan bubblewrap yang aku beli kat Sue Senget tu, untuk balut TV yang aku nak bawak balik Kota Tinggi nanti. Terima kasih abg ijat sebab sudi bagi aku TV ni... TV ni asalnya dia letak kat studio apartment dia kat Embassy Garden... dia serah kat OYO untuk uruskan, so dia tukar dengan TV yang baru. TV lama ni jadinya rezeki untuk rumah aku kat Kota Tinggi tu. Alhamdulillah

19 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 19 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Bangun pagi hari ni tiba-tiba jer aku teringin nak makan sotong yang ada telor sotong kat dalam tu. Tak taulah kenapa air liur aku ni meleleh-leleh je bila teringat nasi goreng cili padi sotong telor seketul yang aku pernah buat aritu.

So aku plan dalam pukul 10 lebih nak pergi NSK Kota Damansara jap cari sotong yang bertelur. Sementara pagi tu aku sarapan Timmy Burger yang ada berbaki lagi dua ketul dalam freezer tu...


So dalam pukul 10 lebih, aku pun keluar pergi NSK dengan niat nak cari sotong yang bertelur.. Tapi malangnya, sotong jer yang ada.. telurnya takder.. mungkin bukan musimnya kut...

Mula2 aku ingat nak beli mangga ni... tapi bila mengenangkan beratur panjang kat cashier dan aku cuma beli mangga jer, terus aku kansel..

Nak gerak balik, tiba-tiba hujan lebat pulak kat luar tu.. nak tak nak terpaksa aku lepak dulu layan Tealive sementara tunggu hujan reda...

Tealive Bang Bang Fresh Milk.

Hujan berhenti jer, aku pun terus gerak dan menyinggah Uptown Kota Damansara untuk beli Nasi Tiga Budak Gemuk.

Tak taulah aku kenapa sambal dia tu sentiasa menjadi pujaan hati aku.

18 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 18 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu.
Pagi ni sambung rehat memandangkan belakang aku masih lagi terasa sakitnya. Sakit tapi masih boleh dibawa bincang... oklah...

Pagi aku order Nasi Ayam Penyet guna Food Panda. Ni kira sarapan dengan lunch sekali la ni... pakej sekali dengan air sirap bandung. 

Dalam pukul 4, aku gerak dari rumah untuk pergi berurut lagi kat Lynas Spa kat Taipan. Terasa segar lepas berurut.


Balik aku singgah IPD jap bagi anak2 kucing ni makan..

Singgah jap Family Mart..


Menu malam ni... 

17 Januari 2020

Wang Tak Dituntut ( WTD ) - e-Gumis

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Bagi korang semua yang masih belum mencuba nasib untuk menyemak kalau2 ada rezeki anda dalam WTD, bolehlah semak di website eGumis...

Tapi sebelum tu, korang kena daftar dulu kat sini.. sila klik


APA ITU WANG TAK DITUNTUT?

Kredit : Sini
WTD adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada pemilik akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang setahun. Ianya boleh datang hasil daripada gaji, komisen, upah atau bonus daripada majikan kepada kakitangannya.
Selain itu, WTD boleh juga boleh jadi wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh pemilik dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. Ianya sama ada akaun simpanan, akaun semasa atau akaun simpanan tetap.
WTD juga boleh datang hasil daripada wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. Contohnya akaun pemiutang dagangan atau akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
 WTD tertakluk di bawah Seksyen 13 (1), Akta WTD 1965 iaitu:
  • Apabila Pendaftar WTD berpuas hati bahawa pemohon adalah pemilik yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.
  • Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah pemilik sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.
  • Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.
  • Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan.

Bila di semak, tak sangka aku pun ada WTD.. Alhamdulillah.. lepas la buat tambahan untuk aku renew roadtax kereta bulan depan...

Memandangkan aku pun ada patratus lebih dalam WTD, so macamana aku nak tuntut duit ni?

Bersambung.....

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 17 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Jumaat.

Kejap je aku rasa dah Jumaat. Bila fikir2 semula... Oh! Aku MC tiga hari, dua hari je aku kerja minggu ni.. patut laaaa.. haha!

Belakang aku masih sakit walaupun dah banyak kurangnya... Aku pun masih takut2 nak angkat atau buat kerja2 yang berat. Takut nanti makin sakit...

Pagi sebelum masuk opis, aku singgah jap beli Nasi Lemak Warisan Opah kat Taipan. Sedap nasi lemak opah ni.. RM1 je sebungkus. Wangi je sebab dia bungkus dengan daun pisang.

Sampai opis, aku makan nasi lemak dengan cendawan enoki crispy.. peh.. krup krap krup krap masuk mulut. Memang best.

Tengahari waktu rehat agak lama.. so aku ambik kesempatan untuk berurut. Aku beli voucher kat Fave, so dapatlah murah sikit.


Lepas urut, aku rasa lega sangat. Esok ada sekali lagi aku urut kat sini. Harap2 segala angin yang melekat dalam badan aku ni keluarlah. Jangan menetap kat dalam tu. Sakit πŸ˜…

Malam aku gigih tengok yutiup cara nak pasang tali ukulele. Last2 tak siap jugak.
Haha
Takper la. Ada masa nanti aku buat. Kalau pasang tali gitar aku tau la.. (padahal lebih kurang jerπŸ€­πŸ˜‚)


Ok
Daaaaaaaaaaaaa


16 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 16 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku kerja setelah 3 hari aku MC + Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah.. kurang jugalah sakit tu.. sikit. Takperlah asalkan aku boleh berjalan dan lakukan pergerakan tanpa menyusahkan orang lain, itupun dah cukup baik.

So pagi2 lagi, on the way ke office, aku dapat notification dari TNG ewallet yang diorang dah tambahkan RM30 ke akaun ewallet aku. Alhamdulillah... Walaupun BRIM/BSAH dengan bantuan persekolahan anak RM100 aku tak dapat, sekurang2 nya merasa jugalah aku RM30 ni... Bolehlah asalkan ada. Lagipun aku memang selalu guna TNG ewallet ni.. so dapatla tambah2 lagi baki dalam akaun tu.


Pagi aku pawww bekalan Kpl Adam... asalnya masa aku tuang minyak pagi tadi, sempat la aku beli roti jagung kat stesen minyak tu.. sampai ops, aku masak air n bancuh Min Kaffe... Oh. Bihun tu bukan aku makan sorang ya.. aku share dengan kak sariha. Kpl Adam pergi keluar beli sarapan lain. haha!
Dalam tengahari... aku keluar settlekan dua benda... Tinted kereta dengan urut. Tapi hari ni aku nak cerita pasal tinted kereta je.. Esok baru aku akan cerita pasal mengurut sebab esok dan lusa aku akan mengurut kat tempat yang sama.

Tinted kereta ni aku buat kat Cool Master USJ dengan menggunakan voucher pembelian yang aku beli dekat aplikasi FAVE. 

Cuma RM 178 je gais. 

Dengan RM178 tu, ni yang dapat gais.. sekali dengan warranty 7 tahun.. aku rasa ni la pembelian awal tahun aku yang paling aku puas hati. Berbaloi-baloi.



Surat warranty 7 tahun

Lepas ni nak kilatkan lampu depan tu pulak.... buruk pulak tengok bila dah kelabu  macam tu...

Balik opis aku makan Nasi Arab Syawin Jiddan pulak. Lama dah tak makan nasi arab dia.. ni kebetulan dia ada balik subang, aku order terus kat dia. Kalau dia dah bali Penang nanti, terindu-rindu pulak. Oh ya. Dia meniaga kat Bukit Jambul.. nanti aku update kemudian kut2 ada sesiapa yang teringin nak merasa Nasi Arab Syawin Jiddan ni...
Sampai dah barang yang aku beli kat Shopee.. Tali Ukulele dan lain2.. Asalnya nak beli tali ukulele je sebab ukulele aku tu dah bertahun terputus talinya... last2 belia jugak sampingan yang lain untuk gitar aku...


Ok. Tu je kisah untuk hari ini...
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

15 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 15 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni dok rumah jer sambil catch up drama Kampung People. Terbahak aku gelak sorang-sorang sampai lupa yang aku ni tengah sakit. Tapi tu la... syukur sebab hari ni aku dah rasa kurang sikit sakitnya walaupun kadang-kadang terasa juga bisa tu menyucuk-nyucuk belakang.

Nak masak, macam takder barang sangat kat rumah. So aku pun keluar la kejap pergi Super Seven cari susu kurma Farm Fresh... Alang-alang dah ada kat seberang jalan sana, aku singgah la beli Nasi Kandar Melayu Utara. Nasi kandar ni memang kena la dengan tekak dan selera aku... sebelum ni aku pernah makan nasi kandar yang viral kat Penang, tapi mungkin tak kena dengan tekak aku, memang aku tak boleh nak abiskan walaupun aku tengok kawan2 aku yang lain makan sampai licin pinggan. Tapi tu la... tekak lain-lain. Citarasa pun tak sama.

Ni kedai nasi kandarnya... kat sebelah masjid area depan Star Avenue.

Ayam rempah, telur sotong, peria crispy, bendi cuma RM11.50 jer. Memang puas hati.. sedap sangat.
Masa pergi Super Seven tadi aku ada beli pisang masak. Ingatkan malam2 sikit nak buat cekodok pisang... sampai masa nak buat, tengok rupanya tepung takder. Aduhai. Punah harapan...

Last2 aku order Satay Adam je guna Food Panda.  Alhamdulillah... Kenyang walau dia tak masukkan nasi himpit yang aku tambah dalam order.

10 batang orang sakit tu makan sorang2 πŸ˜‚πŸ€­

Takper2...
Minggu depan aku start diet.

14 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 14 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke Hospital Sungai Buloh. Dengan pergerakan yang agak perlahan, 8.30 pagi jugalah baru aku dapat gerak dari rumah.. Sampai kat Kecemasan dan Trauma, aku turun dulu untuk tanya kat staff sana, betul ker tempat yang aku nak tuju, sambil tunjukkan surat rujukan doktor yang aku dapat dari Poliklinik Dinar tu. Bila dah confirm, baru aku pergi cari parking.  Tapi tu la.. hospital kan... memang sentiasa penuh dengan parking... berapa kali juga la aku berpusing2.. last2 aku park je kat tepi jalan... redha jer la kalau kena saman pun...

Kat sini la aku park. Nasib baik tak kena saman... kalau tak melayang duit.. ngeeee!

Bilik Trauma... aku jumpa doktor kat bilik ni la...

Dapat MC lagi 2 hari. Bolehla aku rehat kat rumah.. kalau tak jalan kejap je aku dah sakit belakang.. hehe

Lepas jumpa doktor, doktor bagi aku tambahan MC lagi dua hari... oklah. cukuplah tu.. cuma kalau lepas seminggu masih sakit lagi, doktor suruh aku datang lagi untuk scan. Erm. Malas betul aku. Harap2 dalam tempoh seminggu ni, belakang aku tak sakit dah.

InshaaAllah...
Aminnnnnnnn...


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review