Sahabat

Halaman

13 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 44 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 13, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt

13/02/2020


Sarapan pagi ni... Susu Pisang Nilofa dan sadwich sambal.... Alhamdulillah, kenyang... Susu Pisang Nilofa tu Sue yang bagi malam tadi.. Dia beli satu kotak, tapi sebab dia tak berapa suka, so dia bagi kat aku, Anne dan Ika... Aku suka... sedap... cuma macam kuat sangat rasa esen tu.

Nampak tak? Sihat sangat menu aku hari ni. Chicken wrap aku beli kat kantin. RM7.50 jer...  Sedap pun sedap..

Balik aku singgah tapau makan kat Waraung D'sawit kat area rumah aku. Aku memang pelanggan tetap dia. Kueytiaw goreng kering hangit ni memang menu tetap aku. Taknak menu lain dah... memang terbaik... 

12 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 43 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 12/02/2020




Nasi separuh... kuah kicap dengan ikan cencaru sambal. RM9. Murah ke mahal??? Takperlah. Yang penting, sis kenyang.

Petang ada latihan tarian. Jenuh mak, nak... Si kayu ni nak menari... agak-agak berapa lama nak ambik masa untuk lembutkan si kayu ni supaya jadi lembut?

Tiga tahun pun tak cukup kut.... dah terlambat nak melentur. haha!

Beli cheese tart mini dari jiran sepagar. Sedap.

Sebelum balik, aku panaskan pizza yang aku beli semalam tu. Nasib baiklah kat opis aku ni ada microwave. Sebenarnya pagi tadi masa sarapan pun aku dah makan satu... tapi lupa nak ambik gambar...

Malam Sue ajak pergi makan bubur pulak kat Night Circle. Layan jer la... Lagipun aku memang suka makan bubur ni...

Nampak tak kat dalam mangkuk bubur tu ada cili burung pedas berapi... tu aku bawak dari rumah tu... cili burung yang aku petik kat rumah mak kelmarin. Sedap wooooo... berasap telinga... paduuuuu! ngeeeeee!

11 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 42 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 11/02/2020


Hari ni pukul 3.30am aku dah gerak dari rumah mak untuk balik ke Subang. Aku cekalkan je hati untuk lalui 7km perjalanan keluar dari FELDA menuju ke jalan besar. Alhamdulillah masa aku nak balik tu, hujan dah mula reda... Renyai2... Sebelum tu hujan selebat2 nya buat aku rasa takut nak drive balik pagi2 macam tu... Syukurlah... Sekurang2nya aku masih boleh nampak jalan walaupun hati masih hujan

Abah bagi aku sebelah nangka madu ni... Dari pokok belakang rumah. So aku letak kat opis je.. ramai boleh makan.. memang manis... Sedap...

Tengahari tu aku teman kak Wani pergi bilik GTR untuk penukaran pusat mengundi. Kebetulan SPR ada datang bukak kaunter kat sini...

Lepas pergi bilik GTR, aku dengan kak wani pergi unit bekalan IPD pulak untuk ambik kertas warna ni. 

Spagetti beli kat kantin. Ni la yang aku buat untuk sarapan dan lunch. Senang. Jimat pun jimat sebab spagetti dia banyak..

Petang pulak kami ada meeting PERKEP BSPT membincangkan persembahan yang akan BSPT lakukan pada dinner PERKEP nanti... tema Hawaii.. tapi kami buat persembahan bollywood. Bolehlaaaaa! haha

Bali aku singgah Pizza Hut jap. Rindu pulak nak makan pizza.. 

So aku beli pizza beef pepperoni.. Untuk take away, ada promosi RM5 untuk small, RM10 untuk medium dan RM15 untuk pizza saiz large. Oleh sebab perut aku saiz extra large, so aku beli yang large la... makan sorang uollssss! Pengsan. Lepas tu ko gaduh kata tak kurus2. Dalia.. Dalia... malas Dalia nak layan. hahahha

10 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 41 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin : 10/02/2020

Malam tadi aku gerak balik Segamat... Tapi di sebabkan tiba2 aku terasa seram bila memikirkan yang aku akan melalui 7km jalan nak masuk ke FELDA yang agak gelap, maka aku ambik keputusan untuk melengah2 kan masa supaya aku sampai sana agak2 waktu yang dah ada orang keluar masuk FELDA untuk pergi kerja.


Berapa kali mak aku pesan, jangan keluar ikut tol Simpang Ampat. Sebab jalan kat situ menuju ke Segamat sangat sunyi. Dia fobia bila teringat yang depan mata dia (masa baru balik dari Sabah, gerak dari KLIA) yang anak saudara aku kena tahan dengan satu motor kat laluan Hutan Percha tu. Anak saudara aku demam.. drive sorang2.. dia dari tempat belajar dia kat Beranang. Nasib baik la memang dia tunggu kakak aku balik dari Sabah, untuk konvoi sekali balik Segamat. Dia siap2 tunggu kat RNR Seremban. Masa tu Long, Abg Long, mak dengan abah satu kereta, follow belakang kereta Amsyar ni. Masa kat Hutan Percha ni la dia nampak ada motor tahan kereta anak buah aku ni. Abg ipar aku terus berhentikan kereta dan sergah budak2 tu. Terus diorang lari... Sejak tu la mak aku memang fobia kalau aku balik Segamat sorang2 ikut jalan tu. Apa2 hal dia suruh aku keluar ikut tol Tangkak.. biar jauh asalkan selamat katanya... Aku pun ikut je la... Lagipun jalan dati Tangkak nak ke Segamat pun dah cantik.. terang... 
Aku sampai rumah mak abah kat Felda Pemanis Satu lebih kurang jam 6.20 pagi.. perjalanan paling lama aku balik Segamat setakat ni...

Lepas Subuh aku sambung tidur. Dalam jam 9.30 aku bangun, mak sampaikan kat aku yang Abam Bocey meninggal dunia. Allahu. Terkejut aku. Rasa macam tak percaya jer. Al-Fatihah buat abam bocey. Kita baik ramai orang sayang.


Dalam pukul 10 lebih mak ajak aku pergi bandar beli lauk. Hari ni cuti masak kata mak.. aku ikut je.. So kami pergi tapau kat gerai makan Sinar Suria kat Jalan Segamat-Muar ni ...

Ikan baung yang sentiasa diidamkan... Selain masakan mak, abah memang suka masakan ikan baung dari gerai ni.. kena dengan tekak dia katanya...

Macam2 jenis lauk hoi! Rambang mata dibuatnya..

Alahai. Ni pun feveret aku ni...

Ni la lauk yang kami beli. Baung.. telur ikan.. ikan keli... 
Masa aku dan mak keluar pergi bandar, abg aku sampai dari KL.. dia pun bila kakak aku kata abah tak sihat petang semalam, malam semalam jugak dia balik KL dari Miri. So pagi tadi baru dia gerak dari KL untuk balik Segamat.

Petang tu, abg aku ajak abah keluar pergi bandar... Mula2 abah aku kata dia mengantuk, nak tidur... Tapi abg aku paksa jugak abah keluar.. untuk pancing abah keluar, abg aku ajak abah aku untuk tukar tayar dan rim kereta abah... Peh!! Terus senyum lebar abah... Tapi ni la satu yang aku puji abg aku ni... Dia tak boleh dengar mak atau abah aku nak apa2... Mesti dia belikan... Sampaikan mak aku bila nak beli apa2 nak mintak tolong anak2 belikan, mesti pesan, jangan bagitau abg. Sebab, mesti abg aku akan keluar duit dia untuk beli apa yang mak dan abah nak... Dia taknak guna duit yang mak/abah nak bagi.

Sebagai contoh... Masa abah aku nak beli kereta yang abah pakai sekarang ni... Abah memang berkenan sangat kat Persona baru tu. Sampaikan dia kata, abah ni bukan tak mampu nak beli. Deposit abah ada.. bayar bulan2 pun abah mampu. Satu je masalah abah. Nama abah dah tak layak untuk buat loan bank, sebab dah dekat 70 tahun.

Tup tup... Abg aku belikan kereta yang dia nak sangat tu. Bukan aje deposit, bayaran bulanan pun abg aku yang bayar. Dia taknak ambik duit dari abah... Alhamdulillah. Aku pun harap nanti ada la anak2 aku yang macam abg aku ni nanti.. utamakan mak abah...

Mudah-mudahan Ya Allah.

Aminnnn



Sementara tunggu siap, aku dengan mak pergi beli abc jap kat gerai depan kedai kereta tu. Boleh tahan sedap juga ABC nya. Cendol aku mintak x letak gula untuk abah dan abg aku.. diorang kata takder gula pun sedap...

Balik rumah, terus goreng cempedak untuk minum petang. Nyum nyum sedapnya... Lama tak makan goreng cempedak ni...

Keropok lekor jugak..

Malam makan kueytiaw tomyam tapau beli kat Restoren Ngeteh kat Taman Yayasan petang tadi.
Alhamdulillah...  Malam boleh tidur nyenyak sebab seawal pagi esok kena bangun awal untuk terus ke tempat kerja.

09 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 40 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 09/02/2020

Pagi ni aku mereput jer kat rumah, takder apa nak buat. Masak memang tak la.. lama dah aku tutup dapur untuk masak lauk2 ni.. bukan apa, bila aku masak, mesti masak banyak. Yang nak makan aku sorang... Baik aku beli jer...

Tekak rasa macam taknak makan nasi. Tapi tak tau nak makan apa selain nasi. Belek-belek apss Food Panda, ternampak pulak ada rojak mee dengan cendol. Apalagi... Order la...



Rojak Mee dan cendol

Sedap. Cuma kuah rojak tu pada aku agak manis sedikit. Cendol tu, bolehla...
Petang lepas maghrib, along aku bagitau yang abah tak sihat. Mak pulak demam. Abah aku tu semenjak dua menjak ni memang selalu tak sihat. Risau pulak dibuatnya. Bulan 5 nanti baru pasang bateri kat jantung abah.

So malam tu jugak aku decide untuk balik Segamat. Kereta pulak aku tinggalkan kat opis. So terpaksalah malam2 aku merempit ke opis. Kat pertengahan jalan, hujan pulak selebat2 nya... Terpaksa berlindung kat bawah flyover bulatan kewajipan. Lama jugak aku tunggu kat bawah tu. Kecik besar kecik besar je aku tengok air kat longkang besar tepi tu. Makin lama makin banyak airnya.. Akhirnya aku redha je.. redah ujan tu.. tapi oklah... Takderlah selebat mula2 tadi.
Tak silap aku, aku gerak dari opis dalam jam 11malam jugak. Itupun aku masuk opis dulu untuk tukar pakaian aku yang yang dah lencun tu..

Berhenti kat RNR Dengkil, aku order mee rebus.. memang perut tengah lapar giler masa ni.. mata pun dah mula buat hal 

Aku beli jugak biskut ni. Konon2 buat hilangkan mengantuk dalam kereta.

Lama jugak aku berhenti kat RNR Dengkil ni. Sebab masa ni lah aku terfikir, camana aku nak lalu jalan gelap nak masuk FELDA aku nanti...

08 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 39 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 08/02/2020

Hari kemalasan sedunia. Takder keluar pergi mana2 pun hari ni... Dok guling2 je kat rumah...

Dari pagi aku berangan dalam tengahari sikit nak keluar jap pergi beli barang nak buat kuih talam berlauk. Entah kenapa craving sanagat talam berlauk tu.. tapi malangnya niat tu tak selari dengan perbuatan...  Penyudahnya, aku buat sandwich egg-mayo je... Tu je barang yang ada untuk dimakan tanpa oerlu keluar rumah.

Ni la makanan aku sampai ie petang. Ada lebih kita buat untuk sarapan esok.

Sebelah malam pulak aku order set bawal panas Man Bai Ikan Bakar guna Food Panda. Sebenarnya tadi dua kali order aku kena kansel sebab katanya kedai yang aku order makan tu dah tutup... Dah le aku bayar guna online banking. Rasanya 2, 3 hari jugak nak dapat full refund tu.

Oleh sebab rasa bersalah sangat sebab makan nasi malam2, so setengah jam kemudian aku pun mengayuh la basikal demi membuang rasa bersalah tu.

07 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 38 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 07/02/2020

Jumaat. Hari ni nama aku naik lagi untuk hadir ke Program Gaya Hidup Sihat... Oklah.. Alang2 stamina aku dah da sikit ni lepas bersukan hari tu, bolehlah aku teruskan larian dan senamrobik ni.





Ada yang nak pitam masa larian. Mungkin belum sarapan lagi agaknya... Kalau aku, at least aku minum air panas sikit.. kalau tak mesti rasa nak pitam.


Lepas larian, sambung senamrobik...


Belum pukul 11 aku dah cari makan. Pagi tadi larian dan senamrobik elok dah turun sekilo. Lepas makan, naik tiga kilo.
Punah...
Kak Long Seha bagi puding laici ni... Sedap.. dah petangbaru aku teringat nak makan.. nasib baik lom balik rumah lagi... Kalau tak mau aku patah balik opis semata2 nak .makan puding ni.

Balik aku singgah pasar malam Subang Perdana... Sini nampak gayanya macam baru lepas hujan lebat.. sebab tu la masa aku sampai, masih banyak lagi tapak yang masih kosong.. mungkin peniaga sampai lambat / cuti berniaga 

Aku dah macam ketagih pulak nak makan tauhu begedil ni. Sedap.. terasa dagingnya... Peniaga pulak cantik2 muda belia... Pandai diorang buat tauhu begedil ni..

 Tengkuk ayam pun sedap gak. Padanlah sentiasa ramai pembeli kat peniaga tu.. kalau nak beli, cari je peniaga ayam goreng yang ramai orang beli. Kerumun jugalah pembelinya. Kalau tak salah aku, yang jual air sbelah tu pun peniaga yang sama. Budak2 muda jugak tapi lelaki..

Malam sebelum tidur aku makan mangga ni. Manis. Beli kat pasar malam tadi. 2 kilo RM10. Potong2 lepastu sejukkan dalam peti ais.. bila makan, sejuk je tekak ni.

Haishhhh

06 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 37 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 06/02/2020

Hari ni tak banyak yang nak diceritakan...

Pagi sampai tengahari aku takder selera nak makan..  Yang sebenarnya bukannya aku takder selera, tapi aku malas nak keluar ergi beli makan.

Dalam jam 1400 Kopral Yati dari Cawangan MPV datang hantar goreng pisang kat aku. Alhamdulillah.


Petang lepas balik kerja, aku singgah jap beli Nasi Ayam Penyet kat Restoren Heritage Penang.


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review