Sahabat

Halaman

19 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 50 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 19/02/2020

Hari ni aku dah mula rasa tak sedap badan.. mungkin kesan dari kerap sangat kena hujan agaknya. Konon kebal sangat, tapi dah mula rasa goyang.

Untuk sarapan, aku buat sandwich tuna... 
Tapi dalam pukul 11 pagi perut aku dah mula berbunyi... Aikkkk?! Takkan tak kemyang kut makan sandwich td.. so aku pun dengan muka tak bersalahnya waktu kerja aku pergi kantin, cari makan. Sampai je kantin, alamak! Timbalan ada kat kantin pulak... Aku ni seram sikit dengan dia ni... Tegas. Buatnya dia tanya kenapa waktu kerja aku ada kat kantin, tak ke naya (walau sebenarnya dia pun ada kat kantin time keje)

So dengan kemahiran yang aku ada dan kebijaksanaan aku dalam mengencing dalam kerja, aku pun terus ubah haluan ke tingkat 2... Kedai Cik Awang... Alhamdulillah... Dah ada makanan tengahari...

Kari ayam ni pun dah cukup untuk mengenyangkan dan menggembirakan hati aku yang sedang kelaparan ni.

Terserempak dengan Cik Jepun kat sana... Ada geng la makan sekali..

Petang sambung latihan tarian pulak. Alahai. Gemuk macam aku ni di surih menari, susah betul hati aku. Dah le asyik lupa step. Pastu mesti buruk kejadiannya nanti.

Haishhhhh!



Amboi si cilik Kyla ni... Kemain lagi dia menari sampai ibundia ajak balik pun nangis2 dia taknak. Haha. Anak ibu sungguh. Betul2 perangai ibu dia, Nisa. Geng KIK aku. Haha.

Kat bawah ni video yang sempat aku rakam masa si Kyla menari lagu La Bamba bersama SJ Dancers.



18 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 49 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 18/02/2020

Pagi ni keluar rumah aku tengok jalan semua basah. Tak perasan pulak aku yang hujan pagi tu. Mungkin sebab aku tidur bilik belakang, tu yang tak dengar bunyi hujan. Tapi rumah aku ni, kalau hujan tak lebat memang tak dengar bunyi hujan. Banyak kali dah tertipu.. confident keluar rumah nak merempit, turun2 je tengok hujan. Naik balik masuk rumah.


Tak sampai separuh jalan, tiba2 hujan turun lagi. Aiseyyyyhhh... Dah la baju hujan aku tertinggal kat opis. Yang ada cuma windbreaker jer. Bolehla asal ada. Bila hujan dah mula perlahan dan renyai renyai, aku pun gerak terus ke opis. Aku nekad dah. Kalau basah, sampai opis aku tukar baju sukan terus. Kebetulan memang aku ada tinggalkan baju sukan kat opis.

Tapi syukurlah, sampai opis, memang aku basah tapi takder la sampai basah kuyup. Lega. Hujan pun macam embun je aku rasa bila terkena pipi aku yang gebu ni.

Cuma satu je. Lapar pulak rasa...

Kebetulan, hari ni besday Sue Senget. Aku memang jenis malas nak makan kat luar. Nak beli hadiah, aku pun tak tau nak beli apa. Yang aku tau, dia suka makan Subway dan besday dia tahun lepas pun aku bawak dia makan kat Subway.

Cuma tadi, aku nak keluar tapau Subway hujan pulak. Aku malas nak start kereta bawak pergi Taipan tu. Selain leceh, nak cari parking pun satu masalah negara juga tu. Akhirnya aku mintak bantuan Food Panda... Senang. Lagipun aku boleh guna baucer potongan 30%... Jimat sikit.

#siscuba

Tak payah nak jerit sangat tanda gembira... Jap lagi aku hantar resit, nak claim balik.

Ni yang aku punya... 

Petang macam biasa la... Latihan menari. 


Bantuan cahaya kat belakang tu.. flawless jadinya kulit aku...

Gedik mengada-ngada..
Korang pernah dengar peribahasa, "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga" tak? Sebenarnya, kalau korang nak tau, dalam cerita ni akulah nila itu... Habis jahanam tarian sebab adanya aku dalam team ni. Tapi nasiblah kannnnn.. sapa suruh nak aku masuk. Hambikkkk si kayu jati ni.
Keras!

Malam aku buat sandwich tuna kurang sayur. Letak tomato je. Pastu aku potong2 cili burung yang aku petik kat rumah mak aritu..  pedas! Puas hati!

Tengok budak2 band pun dah start training untuk perform malam tu nanti. Good luck la ye mana kawan2 yang nyanyi dengan band ni. Aku seram skit kalau ikut band. Kalau karaoke ok lagi walau suara confirm ke lautan dalam... 🤭😅 haha!

                                         


                                         


17 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 48 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin : 17/02/2020

Monday blues!!

Arghhhh! Malasnya nak pergi kerja hari ni. Takder mood rasa. Rasa macam nak balik Johor jumpa anak2 dan suami. Rindu tak tak terbendung. Letih aku bersabar. Entah bila la aku dapat tukar balik sana. Tunggu pertukaran, ibarat menanti buah durian yang tak gugur. Bila toleh atas, rupanya pokok durian takder buah. Bunga pun takder. Bertambah hampa.

Ok. Sis is stress. Tak mampu nak tulis panjang2.

Bekal untuk hari ni...

Sebab hari ni bawak kereta, awal aku dah keluar rumah. Sampai opis pun awal. Park kereta kat tepi IPD, pastu aku sambung tidur. 

Jengah opis baru Sue. Ada pulak Cornflake Spicy Salted Egg. Apa lagi... Bedal la. Makanan Sue makanan aku jugak. Macam tu juga sebaliknya. 🤭

Baru je ingat aku nak tidur time rehat tu.. si Sue ajak aku makan pulak. Adoilah. Dia ni kalau ajak, secara paksaan. Memang aku takder pilihan dah. Padan muka dia kena bayar makanan aku.

Latihan tarian la pulak sebelah petang... Training la ko selagi belum hari kejadian.

Bincang sat.

Ko buat apa tu Sue Senget?

Oleh sebab tekak aku mintak sesuatu yang pedas, maka balik kerja aku terus singgah Uptown Kota Damansara, tapau Nasi Tiga Budak Gemuk. Ni memang salah satu makanan kegemaran aku. Mungkin sebab sambal dia yang memenuhi citarasa aku yang kaki pedas ni.

Oh ya!
Aku memang suka sangat makan pedas,
 tapi aku tak tahan pedas.

Errrrr... Camana nak explain ek????


16 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 47 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 16/02/2020

Hari ni aku akan melawan rasa kemalasan aku yang seharian singgah semalam. Hari ini aku akan pastikan yang aku ada aktiviti untuk dibuat, sekurang2nya dengan berjalan 5000 langkah (paling kurang)

So selepas puas memujuk diri supaya bangkit dari kejahatan aura tilam, aku pun bersiap2 untuk ke dobi. Aktiviti wajib aku setiap minggu, tak kira hari apa bergantung kepada kelapangan masa dan kerajinan diri. Aku bukan taknak cuci sendiri memandangkan aku dok sorang, tapi rumah aku memang cahaya matahari tak masuk. Kalau aku jemur baju, berhari nak kering. Lepastu bila dah kering, berbau pulak tu. So, jalan paling selamat, hantar je jat dobi layan diri. Hantar dan uruskan sampai siap. Jangan pulak da hantar, tinggalkan dalam mesin. Memang ke plastik sampah la baju2 aku tu orang lain yang nak guna mesin tu buang.

Dobi Matahari. Favourite dobi aku sebab dia ada mesin basuh yang 20kg. 14kg mana cukup. Haha


Habis mendobi, aku plan nak pegi AEON Mall kat Shah Alam... Tapi entah kenapa aku boleh menghala ke arah KL pulak bila tengok jalan macam lengang. So aku terus ke Kenanga Wholesale City... Boleh survey pario...
View dari tingkat 11, tempat aku parking kereta. Gayat sebenarnya nak bawak kereta naik parking tinggi-tinggi ni. Tapi pasrah je la ..

Jus Alpokat

Apa2 cari makan dulu sebab dari pagi pun tak makan apa pun lagi... Nasi Ayam Penyet katanya...  Bedal je la Dalia. Perut dah lapar..

Cari kasut si Arissa. RM10 je sepasang. Nak cari Ainul punya, takder saiz. Maklum la, saiz kaki dia dah sama dengan saiz kaki mama.. tak boleh cari kat tempat kasut kanak2 dah...

Ermmmm... Mahal jugak pario ni ek.. RM49..😅
Balik dari KWC, singgah Super Seven jap beli barang dapur...




Sebelum balik rumah, singgah petronas jap... Lepas tu... Ternampak Tealive... Macam biasa la, terorder pulak.

Bang Bang Fresh Milk

Ni la kasut RM10 yang aku belikan untuk Arissa. Cantik ni kalau pakai dengan seluar jeans. Mesti bergaya anak mama nanti.

Malam, sebelum tidur aku siapkan bahan2 untuk aku buat sandwich pagi esok...


15 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 46 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 15/02/2020

Hari ni hidup aku terlalu pasif. Guling-guling je kat rumah dari pagi sampai malam. Bermalas2an... Memang satu gaya hidup yang sangat tak sihat. Sila jangan contohi aku.

Petang sikit, bila perut lapar, macam biasa aku order je guna Food Panda. Kali ni aku saja nak try nasi daging utagha ada satu restoren ni (aku pun lupa apa nama dia)... Aku tengok rating dia agak tinggi, review pun baik2 belaka.. so aku pun try la... Kalau sedap nanti boleh order lagi...

Nasi Daging Utagha.... Nampak sedap kan? Daging pun banyak. 
Tapi tak taulah kenapa tekak aku tak dapat nak menikmati nasi daging ni padahal sebelum ni pernah jer aku makan yang kak long aku masak. Bertambah2 jer aku makan. Tapi yang ni, nasi separuh pun aku tak abis. Daging je aku bantai sampai licin. Rugi kalau tak makan. Daging mahal. 😂

Malam, bila perut lapar, puas aku fikir nak makan apa yang boleh memenuhi citarasa aku. Kat Food Panda tu banyak yang aku tak pernah try lagi.. Biasanya aku akan order dari beberapa penjual yang sama je sebab dah tau masakan diorang macamana. Berapa kali jugak aku try yang lain, tapi kebanyakannya hampa. Tak penuhi citarasa aku. Ada yang ok, tapi aku serik bila asyik kena kansel je order tu. Kebiasaannya aku akan buat bayaran dengan menggunakan online banking sebab aku jarang ada cash yang banyak dalam tangan. Bila dah order dan buat bayaran, tiba2 order kena kansel.

First time terjadi macam ni, aku panik jugalah. Cuba message kat customer service, rasanya bangla yang jawab. Lepastu mintak aku cakap english. Memang aku balas dalam english, tapi ayat agak pedas sikit la... Tapi bila dah berapa kali terjadi yang order aku kena kansel, aku tak gabra dah sebab dah tau, sehari dua lagi mesti diorang refund dalam akaun aku semula. Cuma, agak sakit hati la .. dah berharap nak makan tu tetiba kena kansel. Punah harapan sis. Hancur berderai. Tak ada selera terus nak makan (tolonglah percaya)

Satay Adam. Ni antara yang aku selalu repeat order. Sama ada melalui Food Panda atau aku singgah sendiri beli (murah sikit dari harga kat Food Panda)


14 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 45 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 14/02/2020

Aku pun tahu kenapa nama aku naik lagi untuk aktiviti Gaya Hidup Sihat minggu ni. Kiranya ni dah kali ke tiga berturut-turut nama aku naik. Yang aku tau, sepatutnya sistem penggiliran perlu di lakukan. Tak semestinya yang takder nama tak boleh turun join aktiviti ni. Cuma bila ada nama, memang tak boleh nak skip la.. Yer la.. korang bayangkanlah.. 6.30am dah ada kat perkarangan IPD. Biasanya aku solat subuh kat opis jer. Kalau solat kat rumah memang tak sempat la jawabnya... dah le sekarang waktu masuk lambat...


So macam biasa... jalan je lebih... larinya kurang. nasib baik ada geng. 

Camana nak lari kalau laluan tu ikut celah2 jalan nak ke LRT ni... (alasan tak nak lari)



lepas larian, tabata dan senamrobik pulak...

Lepas bersukan dan bakar lemak, kita makan kek pulak.

Tengahari beli kueytiaw goreng depan masjid. 

Not bad...

Petang latihan tarian...

Balik kerja, singgah pasar malam Subang Perdana beli tauhu bergedil dengan tengkuk ayam ni... sedap hoi!

Malam aku patah balik pergi IPD, untuk ambik kereta... weekend nanti nak basuh baju senang... kalau naik motor susah sikit. Baju kotor sebakul besar, camana nak bawak naik motor...








PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review