Sahabat

Halaman

21 Februari 2020

Majlis Makan Malam Perkep : Tema ~ Hawaii

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa..  camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. Dah le aku ni kayu.. tapi takperlah... Aku redah jer...

Malas nak cakap banyak... Masa ni pun aku tak sihat, demam. Memang bergantung dengan panadol je la sampaikan orang yang make up aku tanya, cik demam ke? Badan cik panas...

Haaa memanglah aku demam... Berapa hari dah bertahan ni...

Oklah. Ni gambar2 yang aku ada. Kebanyakannya dari telefon orang. Aku takder mood nak bergambar kecuali selepas aku makan panadol malam tu, baru aku rasa sihat sikit dan ada mood nak bergambar... Walau tak banyak...

Check it out!

Ni dari kamera aku...




















Ni dari kamera kawan2...














Ni pulak video yang sempat aku rakamkan pada malam tu...











Chapter 2 : February 2020 ~ Page 52 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 21/02/2020

Ermmmm... Setiap tahun, perkara ni la yang aku sentiasa cuba elakkan. Setiap tahun juga macam2 alasan aku reka. Semuanya kerana aku tak nak pergi ke Mesyuarat Agung Tahunan Perkep (AGM) ni.

Tapi kali ni, memang aku tak dapat nak elak dah... Kalau aku ambik cuti, nanti orang pertikaikan pulak penglibatan aku untuk majlis makan malam, malam ni. Nak tak nak terpaksa jugalah aku hadir walaupun sebenarnya demam aku dah semakin teruk.


Ucapan Pengerusi Perkep

Ucapan OCPD Subang Jaya


Makan. Tapi masa ni tekak aku memang tak boleh nak terima makanan... Suhu badan kejap sejuk kejap panas. Tapi aku paksakan juga makan dalam 2 sudu nasi lemak.. oklah untuk aku makan panadol jap lagi.

Masa pemilihan AJK Perkep sesi 20/21, aku agak sedikit bengang sebab nama aku naik sebagai bendahari. Aku bengang sebab aku dilantik secara terus oleh pengerusi perkep, bukan secara undian. Sekurang2nya kalau secara undian, mungkin ada lagi yang dapat undian tinggi... Inilah salah satu sebab aku berat hati nak hadir AGM ni... Mesti sangkut jadi AJK... Aku tak suka ada komitmen lain yang aku tak ada hati kat situ.. 😭😭😭😭

Tapi tu la.. nak buat camana. Elephant fight elephant aku memang tak boleh buat apa dah. Redah je la.. terima dengan kepasrahan yang seadanya... Jalankan tugas yang diberi dengan hati yang tidak sepenuhnya...


Ermmmmmm
Dalam pukul 1 lebih kami dah gerak ke Empire Hotel. Tapi sebelum tu kami pergi cuci mata dulu kat Empire Gallery... Cari apa keperluan yang masih tak mencukupi untuk malam ni...

Gambar dalam bilik hotel lupa nak ambik... Gambar luar bilik pun boleh la...

Meja kami BSPT - Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik

Tak banyak gambar selfie sebab takder mood... Lepas makan panadol baru la ada mood nak selfie... Kalau tak semua gambar guna kamera kawan2 lain...ngambar ramai2...

Antara persembahan malam tu...
Untuk majlis malam tu, InshaaAllah aku akan buat dalam entry lain...

20 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 51 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 20/02/2020

Pagi ni ada perhimpunan bulanan. Aku ingat malas nak masuk, sebab badan pun tak berapa sihat. Tapi memandangkan nama aku naik, aku pergi juga lah...

Pemakaian pangkat... Sarjan Adam dengan bertongkat pun gigih jugalah naik pentas. Dan rezeki dia juga, waktu2 nak pemakaian pangkat ni la dia dapat cucu pertama... Anak dia selamat bersalin anak lelaki... Alhamdulillah... Bukan main excited lagi dia.

Lepas perhimpunan, aku terus masuk opis sebab aku rasa macam nak pitam sangat... Dah lama sikit baru aku gerak pergi ambil makanan yang memang ada disediakan untuk mereka yang terlibat dalam perhimpunan bulanan.

Dalam pukul 11 lebih aku pergi dewan pulak untuk pemeriksaan kesihatan. Oleh sebab aku baru telan panadol, so aku ambik keputusan untuk tak buat pemeriksaan kesihatan ni. Lagipun ramai sangat la yang menunggu... Tak larat aku...

Buku biru...


Aku melepak kat meja pendaftaran ni je sampai pukul 1... Berborak dengan petugas kat situ sambil2 diselitkan sedikit dengan aktiviti membawang.

Dalam pukul 2 lebih kami ke Empire Gallery sebab petang ni kami ada raptai penuh untuk majlis malam esok di Empire Hotel. Sebelum tu kami pergi isi perut dulu kat Kedai Nyonya...

Cendol untuk badan aku yang kejap panas...

Laksa untuk badan aku yang kejap sejuk... So ngam la.. badan sejuk panas sejuk panas... Makanan pun aku ambik sejuk dan panas.
Fengsan..
Haha

Menunggu sesi raptai bermula...

Layan SJ Band prektis dulu...

Kat luar dewan ballroom...
Sempat lagi tu...

Ya. Badan aku semakin lemah... Lepas telan panadol, ok sekejap....

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review