Assalamualaikum
Isnin : 06/04/2020
PKP / RMO : Hari Ke-20
Sebenarnya kalau ikutkan hari ni aku kerja... Tapi atas sebab tertentu, aku minta tukar ke hari Selasa...
Malam semalam pulak aku tak boleh tidur.. pusing kiri tak kena.. pusing kanan tak kena.. pendek kata semuanya serba tak kena. Malam tadi pulak aku ada selisih faham dengan kawan baik aku, mungkin sebab tu la antara punca aku tak boleh tidur.
Alang2 dah tak boleh tidur tu, aku pun masuk ke dapur, tengok apa yang boleh aku buat. Tetiba rasa nak makan puding karamel sebab tasi ternampak ada sorang brother tu masukkan resepi puding karamel tanpa telur dalam grup fb MAHN...
Maka gigihlah aku menyiapkan puding karamel di kala jam menunjukkan ke angka 2.30pagi...
|
Tarraaaaaa... Ni la puding karamel tanpa telur stail aku... Lain skit sebabnya karamel aku letak kemudian kat atas puding tu. Malas aku nak terbalik2 kan.. bila dah dalam bekas macam ni, senang aku nak simpan dalam peti ais. Nak makan pun senang...
Yang bekas paling besar tu asalnya aku nak bagi kat kakak ipar Fatin, pengasuh anak aku yang Ainul tu masa dia kecik. Kakak ipar dan abang dia tu ada anak ramai.. dalam 6-7 orang camtu la.. paling tua tingkatan satu kalau tak salah aku.. muda setahun dari anak aku yang ainul tu. Tu yang memang aku dah niat nak bagi dia.. lagipun memang dia duduk satu blog apartment dengan aku ni.
Petang lepas hujan lebat, aku wasap Fatin.. ingat nak mintak dia panggilkan anak buah dia tu naik rumah aku jap untuk ambil puding karamel ni. Sekali Fatin kata, akak ipar dia dah pindah ke Denai. Alamak! Abis yang banyak2 ni siapa nak makan? Takkan aku nak gemuk sorang2.
Last2 aku suruh je fatin mintak adik dia datang rumah aku ambik. Nasib baik adik dia nak datang... So selamat la puding karamel aku tu bagi kat orang, dan kiranya berjaya jugalah ajak orang lain ke arah yang lebih gemuk demi kesejahteraan sejagat. |
|
Ni namanya test kit untuk rasa.. Set percubaan.. karamel tu memang aku sengaja taknak letak banyak.. karbo tinggi nyah! (Baru nak hengat .. tagune) |
|
Tengahari order je Nasi Kandaq Melayu kat Foodpanda. |
|
Boleh tahan kesedapannya.. cuma menyesal tak ambik ayam je.. kalau ayam pada aku sedap sikit, sebab aku dah pernah try sebelum ni. |
|
Petang try mangkuk ke dua pulak... |
|
Aummmmmm! Floles je kejadiannya, takder lubang2, tak hanyir bau telur...
Sangat sedap.. |
|
Malam layan Ejen Ali The Movie pulak.. |
|
Bila rasa nak kudap sesuatu, aku goreng mee siput pulak... Walau takder sambal, tapi cukup sedap dah bagi aku. Krup krap krup krap di malam hari.
Heaven |
….......................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
06/04/2020