Sahabat

Halaman

19 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 110 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, April 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 19/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-33

Hari pagi-pagi lagi aku menghadap cerita P. Ramlee, Nujum Pak Belalang. Cerita2 P. Ramlee ni memang sentiasa segar dan sentiasa diminati walau dah berpuluh-puluh kali layan cerita ni.

Malas nak masak berat-berat ni. Tahap kemalasan pagi memang bukan beshe-beshe. Paling senang untuk sarapan dan sambil kudap-kudap, aku goreng cendawan enoki. Dua paket aku goreng, kejap je licin. Paling tak tahan, tak sempat nak tunggu gorengan kedua, gorengan pertama yang dah siap goreng tadi abis. Begitulah seterusnya. Sebab tu aku takder masukkan gambar cendawan yang dah siap di goreng. Tak sempat.

Tengahari, masih mengekalkan tahap kemalasan yang sama. Kekonon nak order satay kat Foodpanda tapi tak jadi sebab kena caj container sampai RM11 (Satay 10 batang, nasi himpit 1- means dia caj RM1 untuk satu item)

Tak puas hati punya pasal, aku cari no telefon Satay Adam ni kat pakcik google. Tanya dia kena mahal sangat caj container, padahal sebelum ni dah banyak kali aku order takder pun kena caj. Dia kata tu Foodpanda yang letak. Okaylah. Aku pun taknak salahkan dia. Yang penting aku dah boleh order direct jer dari dia. Lagi murah dan senang. Sebenarnya Satay Adam ni yang meniaga salah satu tempatnya tak jauh dari jalan nak masuk ke rumah aku. Memang aku selalu beli kat situ.


Malam aku goreng tauhu begedil. Bukan nak puji diri sendiri, tapi tauhu begedil aku buat ni memang sedap. Kena pula dengan sambal kicap yang aku buat sendiri tu, memang puas hati la. Cukup dengan pedasnya.

Hari ni asben aku antar wasap keadaan kat depan BSN Ulu Tiram, Johor. Beratur panjang... ni semua yang duit Bantuan Prihatin tak dapat dikreditkan atas alasan tertentu. Macam aku la.. tu bila dah dapat no voucher, kena tebus kat BSN. Tapi sebab beratur panjang sangat, asben aku surrender. Dia kata nanti la bila-bila orang dah tak ramai baru dia datang. Dua tiga hari lagi katanya...

Ainul hantar gambar dia masak sardin dengan telur. Untuk dia dengan Arissa. Jadilah nak oiiii.. Ni pun dah Alhamdulillah dah, tak payah bergantung kat orang kalau papa pergi kerja. 

dia buat lagi cheesekut ni.. alahai.. makin gemuk la korang nanti.. jangan sampai gemuk macam mama dah la..



Malam layan cerita Ali Baba Bujang Lapok pulak...



….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

19/04/2020




18 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 109 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, April 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 18/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-32

Bermalas2an lagi kat rumah. Tahap kemalasan aku ni sampai nak malas pun dah naik malas dah. Penat rasa.


Celik celik mata aku terus makan buah nenas ni. Takper ke ek? Ada orang kata tak elok makan nenas time perut kosong sebab nenas ni tajam. Ada orang kata tak apa.. nenas kan sejenis buah.. so takder masalah.. aku pasrah jer la sebab aku dah makan. Huhu

Lepas tu aku makan karipap kingkong dengan donut tak berlubang ni.. lambat sikit goreng sebab tunggu dia defrost.. baru keluar dari freezer.

Teringin nak makan spageti... Buatlah jugak, guna je apa bahan yang ada..

Petang teringin nak makan tauhu bergedil pulak.  Kalau ikutkan hari ni plan nak buat sagu gula melaka sebab tak puas hati aritu buat tak jadi yang sebutir2 tu. Nampak gayanya tangguh hari lain la..

Buat sendiri memang puas hati... Sumbat la sebanyak2 nya dalam tauhu kering tu. Aku guna daging burger je, tumis dengan bawang putih dan garam sebelum campur dengan kentang rebus yang dah dilenyek. Pastu aku letak la bawang goreng dan hirisan daun sup sebelum digaulkan sekali.

Ni yang dah siap dioreng. Sambal kicap tu tak nampak pulak kat belakang tu. Dah le hitam, sama color dengan meja. Haha

Tidur lewat, makan buah naga pulak sebagai snek.
Makan sejuk2 memang nikmat.

Mak hantar gambar Pakcik Mat tadi.. Alhamdulillah nampak macam dah ok sikit. Nasib baik la ada Kak Ngah anak Ucu Ajal keje Pembantu Perawatan kat hospital tu. Ada la yang tengok2an dia kat sana.

Dapat perkhabaran sedih, kembalinya Hj. Ismail ke rahmatullah. Teringat kenangan masa kami sama2 pergi Jakarta secara senyap. Tak janji pun.. dia, isteri dengan anak2 dan menantu dia, aku pulak berdua dengan kawan aku, Kak Ina Shakir. Sampai airport, aku tengok dia, dia tengok aku. Aku tengok dia, dia tengok aku. Macam kenal. Dia pun macam ye tak ye je, sebab masa tu aku tak pakai tudung. Bila aku tegur, gelak besar dia. Ye la. Setahu aku dia ambik cuti sebab nak pergi bercuti ke Langkawi. Rupanya sama destinasi dengan aku, Jakarta. Dalam flight, boleh pulak seat dia betul2 depan aku. Memang menyakat je la sepanjang penerbangan.

Al- Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Hj. Ismail. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

InshaaAllah.
Aminnnn.

Dalam pada sedih atas kehilangan Allahyarham Hj. Ismail, tetiba aku di invite join group FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni ..

Aduh. Berair bijik mata aku ni asyik gelak jer tengok diorang post. Akhirnya ada juga platform untuk diorang share masakan diorang yang tak jadi. Ye la. Mesti sebelum ni segan nak tunjuk kat orang masakan kita yang tak jadi.. takut kena kecam. Tapi kat grup fb ni, korang masukkan je la tanpa ada rasa malu. Hahaha sis terhibur.

Sekurang2nya sis tak keseorangan bila masakan selalu tak menjadi.

😂✌️
….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

18/04/2020




( Resepi ) Kuih Pau Oleh PakDe Masak Apa Hari Ni ( MAHN )

By Dalia Hassan at Sabtu, April 18, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku ternampak resepi pau dari FB PakDe Nasharuddin. Nampak menarik dan aku nak share kat sini sebagai rujukan kita nanti...

Cantik kan kuih pau PakDe


#sharingiscaring

Meh sini Pak d kongsi resepi..

1 paket tepung gandum Ros
1 sudu tepung beras
1 sudu kecik baking powder
Setengah cawan minyak masak
1 paket mauripan
Susu pekat

Satukan tepung, tepung beras, baking powder.. ratakan.. bancuh mauripan dengan air suam letak Gula sikit Susu sikit. Buat air Susu suam untuk rasa lemak Pau tu.. Bila mauripan dah kembang, tuang ke dalam tepung Gaul rata, masukkan air Susu sikit sikit, tuang minyak masak, uli jangan lembik sangat, biar keras sedang2. Uli 5 minit. Lepas tu Banting doh tadi dekat talam 10kali, sekuat Hati lagi Bagus, lepas tu sambung uli 3 minit. Takpayah rehatkan doh terus buat jer.. pastikan sebelum kukus Pau tu dah Naik, jangan terlalu Naik, nanti berjerawat.. kukus dalam lingkungan 5 hingga 7 minit...

17 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 108 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, April 17, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Jumaat :17/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-31


Alhamdulillah...

31 hari PKP dah hilang 10kg
Beras kat rumah aku.

Ok. Hambar.

Sebenarnya aku saja nak menceriakan hari. Malam tadi sebelum tidur memang nangis je rindu anak2 kat kampung. Dekat dua bulan tak jumpa. Aku paling kesian kat Arissa, si adik tu. Dia asyik tanya je bila mama nak balik. Sedih rasa.. mesti dia rindu sangat kat mama dia ni.

Nangis punya nangis aku pun tak pasti pukul berapa baru aku tertidur. Pagi2 terjaga, ngam2 pukul 5.30am. Alhamdulillah aku tak kesiangan sebab hari ni nama aku naik dalam roaster untuk keje.

Ermmm. Ramai rupanya yang kerja. Mungkin diorang kerja yang lebih kurang sama dengan aku.

Sampai IPD, lepak dulu dalam kereta. Dengar radio Suria. Aku memang suka dengar Issey dengan Fizi Ali punya celoteh. Masa Ajak Shiro mula2 masuk team pagi Suria ni, aku agak tak berapa suka sangat. Tapi dah lama sikit baru aku dapat terima Ajak. Okla.. diorang bertiga ni memang serasi. Takder la sampai serabut kepala aku dengar penyampai radio berebut2 nak bercakap.

Haha!

Selfie dulu..

Hari ni Sjn Adam bawak nasi lemak. Alhamdulillah... Rezeki. Dia bawak karipap jugak tapi perut aku tak boleh terima dah. Kenyang sangat. 


Mengintai jap dari meja orang.

Sempat. 
Konon tadi kenyang sangat kan? Pukul 11 aku dah naik berek tingkat dua untuk cari makanan tengahari kat kedai Cik Awang. Masa lalu depan surau terserempak dengan ASP Che Samsudin, Ketua Polis Balai Bukit Puchong. Tetiba dia tegur

 "heiii.. lama tak nampak"

Haha. Aku cakap kat dia aku lapar, nak pergi beli makan.. dia terus gelak..

KPB Bukit Puchong ni geng pingpong aku ni. Kitorang satu team memang semua sporting, macam adik beradik dah...

Sampai kedai Cik Awang, dengan hampanya dia takder buat lauk tengahari.. yang ada laksa dengan menu sarapan yang cuma tinggal mee goreng je. Nak beli laksa pun, laksa belum siap masak lagi.

Alang2 dah ada kat kedai dia, aku beli la biji sagu dengan gula merah. Nak try semula buat sagu gula melaka yang aku gagal buat semalam. Haha

Lepas bayar, keluar dari kedai, Pakcik Mizan merangkap rakan sebaya aku ni (dia lahir dulu dari aku, beza beberapa hari je) suruh aku duduk dulu. Ada benda nak tanya katanya. Penyudahnya dok membawang je sampai ke sudah.


Rehat lama.. macam biasa la aku akan ke Mydin USJ1 untuk beli barang keperluan. Sebelum masuk, bukan aje kena tembak suhu badan, tapi kena lalu terowong ajaib ni pulak. Best je bila kena sembur masa lalu kat situ. Sejuk je. Haha

Sebelum gerak balik ke opis, singgah tapau Set Bawal Penyet kat Restoren Ayam Penyet AP dalam Mydin tu.

Set Bawal Penyet dah aku transferkan masuk pinggan

Ok. Sebelum makan kita basuh dulu k..

Lepas rehat sambung buat keje.. dah kenyang ni mata mengantuk jeeer..

Aik. Ko pun sedih??? Tunduk je..

Ni je sempat buat.

Balik rumah, masak kueytiaw kerang pulak..

Sebelum tidur aku ambik vitamin C pulak.
Sebenarnya memang hari2 aku akan ambil buah cuma kadang2 aku tak update dalam cerita aku sebab bosan. Benda yang sama je. Haha. Kalau aku tak sempat nak restock buah, aku akan ambil Vitamin C yang dalam bentuk tablet tu.. bancuh dengan air.. yang tu memang aku ada stok kat rumah, jalan terakhir kalau buah dah abis.

Mak wasap. Dia kata dia ada pembantu indon. Lelaki. Yang tolong dia buat kerja rumah

Ni si Ainul pulak wasap aku. Tunjuk makanan yang dia buat sendiri. Aku pulak yang terliur.

Indon lelaki yang mak maksudkan tu, abah aku laaaa..
Kemain mak mengusik abah.
Haha

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

17/4/2020



16 April 2020

Tazkirah : Hidayah Milik Allah

By Dalia Hassan at Khamis, April 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

#copypaste
#sharingiscaring

*THIS IS TAZKIRAH*

Tak tahu siapa penulis asal artikel ni,memang hebat, Tapi sedikit sebanyak membantu buka minda dan jiwa ...
 
HIDAYAH MILIK ALLAH

*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA*

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang!
Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah.
Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.
Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!

4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita kepada Allah*. Jangan lupa *hutang pada manusia* yang belum dibayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM *pergilah Mekah*. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan terlibat dengan bisnes tanpa ilmu dan bimbingan!* Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak/mak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati2 bagi anak pinjam RM* untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan2 dan sedara mara* sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita *tebus segala dosa* agar kita clear *dengan manusia* bila mati.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.
Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.

🌾 Semoga bermanfaat....n renungan utk kita sama2
Sila share ke grup wasap kg sebelah🤭


Covid-19 : Peringatan Ketika PKP

By Dalia Hassan at Khamis, April 16, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Asben aku forward wasap ni kat aku. Mana entah dia dapat. Rasanya wasap ni mesti dikongsi oleh pihak PDRM / ATM yang buat SJR sebagai panduan untuk mereka.

Aku rasa bolehlah aku share kat sini sebagai peringatan dan panduan kita ketika menghadapi PKP ni...


#copypaste


PKP reminded

*teksi @ grab*
1 org  pemandu
1 org penumpang

*Lori bawah 2 tan*
1 pemandu.

*Lori atas 2 tan*
1 pemandu
1 kelindan

*Pergerakkan org awam tidak lebih dr 10km dari kawasan yg dia tinggal*
bergantung pada ic atau lesen atau bil2 yg boleh membuktikan ia tinggal di kawasan tersebut

Alasan sering di guna

*Nk balik rumah*
Bile cek ic negeri lain/kawasan terlalu jauh klo  dia ckp dia merantau suh dia. Kemukakan bukti seperti Bil air elektrik terkini  atau apa2 sahaja yg boleh membuktikan dia tinggal di kawasan yg dinyatakan.

*nk bawa isteri/anak/mak sakit*
Surat appointment Dr.
Jika dia ckp on walk...tgk lokasi tmpt dia tinggal jika di Sana ada klinik berhampiran boleh la suh dia pusing blk..

*Pergerakan tidak boleh melebihi jam 10 malam*
Mana2 teksi atau grab atau kenderaan persendirian yg nk hantar penumpang Ke Airport atau ke mana2 dgn alasan flight 7 pg atau sebaliknya nasihatkan mereka  hendaklah buat persiapan awal dan bergerak awal bukan melepaskan mereka pada waktu malam...

*mana2 kenderaan yg berkata nak balik rumah dgn jarak jauh*
contoh dr KL ke JB dgn alasan mereka tinggal di JB jgn lepas kan kerana mereka merantau bekerja di KL mereka cuma cari alasan yg konon nya mereka tinggal di JB sebenarnya mereka ke JB untuk ke tmpt halamannya... Minta alamat yg mereka tinggal dan minta bantuan MPV daerah sana utk pastikan rumah berpenghuni atau tidak ( klo malas getak je tangkap beri kenyataan PALSU kpd polis).

*Reminded PKP *

*NGO BEBAS*
mana2 yg alasan nk bgi beras la apa2 bantuan jika diikutkan tidak dibenarkan kerana setiap bantuan tersebut perlu di salurkan kepada JKM dan JKM akan agihkan kepada org2 yg memerlukan..

*HELAH SALESMAN MAKANAN*
Rata2 surat dari syarikat makanan ini ramai yg salah guna mereka serah kan kepada org2 yg tiada kaitan dgn majikan utk HELAH me lepaskan diri dari SEKATAN PKP pastikan tgk invoice adakah benar nama salesman invoice dgn pemandu dan tarikh perjalanan invoice itu..

*SURAT PELEPASAN DARI SYARIKAT SWASTA*
Setiap surat Pergerakkan setiap syarikat swasta  memerlukan kelulusan hasil tani dari MOB
Industri dari MITI
Perubatan dari KKM perkhidmatan dari KPDNHEP tapi mereka selalu ambil mudah hanya mengeluarkan surat sendiri tanpa sokongan dari kementerian.

*VAN KILANG TEKSI E HILING*
muatan yg boleh membawa 7 org seperti van perlu membawa 1 orang pemandu sahaja dan 2 orang penumpang
Manakala manakala kenderaan yg boleh membawa muatan kurang dari 7 org seperti kereta dibenarkan 1 pemandu dan 1 penumpang jika kenderaan persendirian 1 pemandu sahaja..


Chapter 4 : April 2020 ~ Page 107 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 16/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-30

Sebulan dah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. berapa hari je aku keje, yang lain semua aku menghabiskan seluruh masa aku berkurung dalam rumah, kecuali waktu aku nak keluar cari bahan untuk memasak / bahan keperluan.

Banyak juga la aku menghabiskan masa aku menghadap aplikasi Shopee, sampaikan terbeli benda2 yang remeh. Dalam troli shopee aku dah ada lebih 80 item yang masih belum proceed untuk bayaran. 2 barang yang dah sampai, 1 masih lagi menunggu untuk penghantaran, dan 1 lagi untuk tunggu abam posmen ketuk pintu rumah je. Oh ya. Yang 1 menunggu untuk penghantaran tu bukan 1 barang je ye, tapi ada 14 item dalam satu order dari company yang sama. Yang ni semua barang keperluan diri untuk anak2 aku dan suami aku kat Johor. So aku gunakan alamat penghantaran ke sana.

Hari ni tetiba aku dapat idea nak masak Masak Lomak Cili Api Daging Salai... Rindunya masakan mak aku.. so aku pun menyalai la daging yang ada dalam peti ais tu.. kalau kat kampung memang betul2 salai guna arang.. tapi oleh sebab kekangan duduk kat apartment ni, so aku guna oven jer la... Janji ada. Asal boleh.

Siap di salai...

Hasilnya.  

Nyummmm!

Hari ni banyak betul aku makan nasi.. Dua kali kau! Tengahari dan petang. Berselera betul. Sama macam air tangan mak. 
Sedap!


Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri.
Haha!


Pstttt. Aku ada satu rahsia ni.. tapi janji ya jangan bagitau orang lain. Pagi tadi aku ingat nak buat sagu gula melaka tu... Kan sekarang tengah hangat diperkatakan kat grup fb MAHN tu.. tapi kan.. aku try buat ikut cara yang diorang ajar tu.. sebelum ni pernah gak aku buat tapi tak jadi cantik sebutir2 macam tu... Sekali kannn.. aku tak tau mana pergi butir sagu tu.. agaknya aku masak terlampau lama kut. Frust betul. Menyesal. Tau guna je cara lama aku.. kat tekak ni dah terasa2 makan sagu gula melaka sejuk2 lalu kat tekak.

Sis stress! Sapa ada jual tolong pm sis. Sis nak order jeeee

...............................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



16/04/2020



15 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 106 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, April 15, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Rabu : 15/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-29


Hari ni sarapan buah jer... Rock Melon. Manis macam si pemakannya!

Tengahari makan bakso.. perhangatkan bakso yang masak semalam...

Milo susu segar Farm Fresh..

Cendawan Enoki Crispy... Untuk kudapan malam2...

Ainul wasap tunjuk lempeng yang dia buat sendiri. Jadilah nak oiiii.. lama2 nanti terror la masak apa je.. yang penting, jangan malas masak.. macam mama.

Bekas makan kucing2 kat kampung. Pandai kucing baca nama sendiri. Hehe

Mak hantar gambar ni. Semoga Pakcik Mat yang dirawat dia Hospital Sultanah Aminah, JB cepat sembuh. Mujur sepupu aku, anak mak ucu aku bertugas kat sana. Sekurang2nya ada la yang tolong tengok2 kan Pakcik Mat. Makcik aku dengan anak2 dia tak dapat ke sana...

Aishhhh.. keluar gambar ni pulak kat memori ig.
Kenangan sungguh!



….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


15/04/2020


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review