Sahabat

Halaman

28 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 149 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 28/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-72

Hari ni aku akan gerak balik ke Subang. Alahai sedihnya la mama nak tinggalkan asben dengan anak2 mama kat sini. Tapi tu la... Nak buat camana... Selagi mama tak dapat tukar, selagi tu la akan macam ni jer.. Sedih rasa bila mama terlepas untuk tengok anak2 mama membesar depan mata. Paling sedih bila mama tak dapat nak tengokkan anak2 mama buat kerja sekolah dan bantu diorang apabila diperlukan.

Lontong
Pagi ni masak lontong goreng jer. Walau simple tapi rasa dia memang sedap..

Gerak balik ke Subang
SJR atas highway kat sempadan negeri

Sampai USJ terus pergi Mydin.

Murah


Tapau Rotiboy


Sampai rumah terus order kueytiaw goreng dari gerai D'Sawit. Order guna Foodpanda je..

Stok otak2 banyak lagi. So masuk oven la... Masak.

Makan panas2 memang sedappp


Malam try buat Mask Extender ni. Adik aku yang Azhar tu mintak buatkan 100pcs untuk staff dia yang selalu mengadu sakit telinga bila lama sangat pakai mask.

Oklah kut...

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



28/05/2020




27 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 148 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 27, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu: 27/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-71


Hari terakhir aku kat kampung sebelum balik ke Subang seawal pagi esok... Teringin sangat nak makan sup tulang, tu yang petang semalam aku pergi cari tulang kat pasar Kipmall. Beli 2 kilo cukup dah untuk bagi sekali ke rumah mertua aku.

Oleh sebab rendang ayam semalam ada lagi, aku buat lempeng kosong untuk cicah dengan rendang tu. Berebut2 makan. Boleh tahan kesedapannya. Haha

Sambil2 mengemas rumah, aku rebus tulang ni dalam rice cooker. Jimat skit gas. Haha

Makan dengan bihun maka terjadilah Bihun Sup Tulang. Makan pulak dengan sambal kicap. Memang pehhhh la...

Masuk kedai eco jap..

Sebelah kedai eco ada brother tu jual apam balik. Boleh tahan sedap. Patutlah ramai jer orang beli.

Sebelah malam.. melayankan permintaan si Ainul.. ermmm. Mama ni kategori remaja ke apa ni? BBNU??? Hahaha BBNU sangat!😂


Setelah kepenatan shooting tiktok.. terbungkang menghadap tv pulak.

Kesayangan ni. Manja dia tak boleh nak cakap. Terlalu.. dan juga terlalu mengada2. Haha

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



27/05/2020



26 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 147 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 26, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt


Selasa : 26/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-70

Sebenarnya aku masih tak puas lagi makan menu raya lebih2 lagi rendang yang kakak aku tempah untuk mak aku tu tak berapa kena kat selera aku... So aku plan hari ni aku nak masak menu raya dan dan bergambar raya. Ala2 raya pertama gituwwww.


Mintak asben aku gorengkan kacang tanah, sampai naik hitam kejadiannya... Nasib baik tak pahit.

Siap dah rendang ayam

Nasi impit jer. Takder sapa nak tolong anyam daun ketupat

Kuah lodeh

Lepas makan sesi bergambar pulak






Sebelah petang pergi pasar kat Kipmall Kota Tinggi pulak. Cari bahan masakan untuk esok.

Mango Milk Juice. Terbaikkkkk

Malam ada sesi bergambar lagi dengan mertua dan keluarga adik ipar aku.

Budak yang pantang tengok kamera.

Citam dengan Oyen pun sama nak bergambar. Rapikan bulu dulu...






Tu je la aktiviti hari ni.. walau nampak simple tapi penatnya ya ampunnnn. Haha
….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



26/05/2020




25 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 146 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 25, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt


Isnin : 25/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-69

Hari ni tak banyak sangat nak cerita... Apa adanya jer...

Pergi DIY Kota Tinggi jap.. cari barang sikit.

Bawak budak ni beli henfon. Henfon dia rosak.. skrin dah keluar pelangi senja... Kalau tak disebabkan sekarang ni banyak kerja sekolah secara online, memang mama papa tak layan la nak beli henfon baru.

Fresh mango...

Aktiviti malam... Buat barbeque kami2 je... Rumah aku.. rumah depan (rumah mertua) dan rumah sebelah (rumah adik ipar)




Alhamdulillah kenyang sangat! ….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



25/05/2020



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review