Assalamualaikum wbt
Rabu: 27/05/2020
PKP / MCO : Hari Ke-71
Hari terakhir aku kat kampung sebelum balik ke Subang seawal pagi esok... Teringin sangat nak makan sup tulang, tu yang petang semalam aku pergi cari tulang kat pasar Kipmall. Beli 2 kilo cukup dah untuk bagi sekali ke rumah mertua aku.
|
Oleh sebab rendang ayam semalam ada lagi, aku buat lempeng kosong untuk cicah dengan rendang tu. Berebut2 makan. Boleh tahan kesedapannya. Haha |
|
Sambil2 mengemas rumah, aku rebus tulang ni dalam rice cooker. Jimat skit gas. Haha |
|
Makan dengan bihun maka terjadilah Bihun Sup Tulang. Makan pulak dengan sambal kicap. Memang pehhhh la... |
|
Masuk kedai eco jap.. |
|
Sebelah kedai eco ada brother tu jual apam balik. Boleh tahan sedap. Patutlah ramai jer orang beli. |
|
Sebelah malam.. melayankan permintaan si Ainul.. ermmm. Mama ni kategori remaja ke apa ni? BBNU??? Hahaha BBNU sangat!😂 |
|
Setelah kepenatan shooting tiktok.. terbungkang menghadap tv pulak. |
|
Kesayangan ni. Manja dia tak boleh nak cakap. Terlalu.. dan juga terlalu mengada2. Haha |
….......................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
0 comments:
Catat Ulasan