Jumaat : 08/05/2020
PKP / MCO : Hari Ke-52
Ramadhan : Hari Ke-15
Hari terakhir aku kat Kota Tinggi. Pagi esok aku akan gerak ke rumah mak abah aku kat Segamat. InshaaAllah aku sihat untuk berjumpa dengan diorang. Abah aku tu sebenarnya tak berapa sihat sangat. Sepatutnya 20/5/2020 ni abah pasang bateri kat jantung, buat kat Hospital Serdang tapi nampak gayanya kena tangguh la, sebab covid-19 ni...
Tak jadi masuk Econsave, aku beralih ke Kipmall... |
Beratur juga tapi tak sepanjang kat Econsave tadi... |
Ok. Daftar dulu... |
Masak Ayam Goreng Pandan untuk menu berbuka. |
Tembikai potong.. |
Jus mangga. Kebetulan masa aku pergi Kipmall tadi, tengok ada jual mangga yang terlebih masak, dua kilo dia jual RM5. Aku pun belilah... sedap dibuat jus. |
Arissa minta buatkan jus tembikai. Alang2 aku buat satu mug untuk aku punya sekali... tapi tak taulah kenapa memang semenjak dua menjak ni aku suka sangat kat buah tembikai. |
Ayam pondan anak aku kata... |
hari ni Badak Berendam aku buat kecik2 saiz onde-onde... senang nak makan. Buat besar2 macam aritu rasa nak tercekik jer dibuatnya. haha! |
Adik ipar aku bagi... |
Ayam sambal Pak Mertuaku |
Sayur Bendi pak Mertuaku |
Bubur Lambuk Pak Mertua bagi... |
Malam lepas terawih sesi karaoke pulak. Semua suara hancur... tenggelam di lautan dalam. |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan