Sabtu : 16/05/2020
PKP / MCO : Hari Ke-60
Ramadhan : Hari Ke-23
Hari ni tak banyak benda aku nak cerita... Duduk rumah jer... Lepas sahur sambung tidur jap... Dalam pukul 8 bangun mengemas rumah sikit2. Nak raya katanya...
Time sahur makan mangga. Kau ada? |
Dah makan mangga, makan otak2. Botak. |
Banyak benda nak kena belajar. Tak boleh nak terus start meniaga... Kena fahamkan dulu. Jangan gelojoh. Semoga ada rezeki aku kat situ... Cubaan dalam menambah pendapatan memandangkan aku pun ada benda nak buat untuk isi masa lapang.
Aktiviti luar aku hari ni ni mendobi saja... |
Ikan siakap untuk berbuka. Walau takder rupa, tapi rasa dia.. pehhhh! Tak terkata sedapnya.... |
Cekodok pisang luar rangup dalam lembut. |
Kuih cara... Beli kat restoren sebelah kedai dobi tadi... |
Pukul 11 lebih mata tak mengantuk langsung... Hujan lebat dari petang tak reda2... Dok sorang memang akan ada rasa seram sikit. Akhirnya berkaraoke sorang2 hilangkan rasa takut. |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan